Wanita yang memiliki bau badan biasanya akan berasa rendah diri dan tidak selesa pada badan berpeluh.
Biasanya situasi ini dialami oleh wanita yang berbadan berisi.
Walaupun sudah sembur pewangi banyak kali sampai separuh botol pun badan masih lagi berbau.
Tentu ada sebabnya. Nak tahu cara nak atasinya ikuti perkongsian wanita ini, puan Mastura Rashid
Jom lihat caranya.
Khas untuk wanita, terutama yang saiz badan dia comey-comey gitu.
Ada 4 tempat di badan wanita, yang paling mudah mengumpul daki dan bau masam tau.
1. Celah peha dan v-line. Kedua-dua tempat ini paling mudah mengumpul bau masam disebabkan seluar dalam yang sering lembab akibat aktiviti ke bilik air, ditambah pula dengan peluh dan keputihan yang ada.
Ini yang kena buat
1 Skrub/exfoliate kulit. Fiona suka skrub guna sarung tangan, kain panjang, berus panjang, kopi atau gula. Tengok mana yang rajin. Tapi hari-hari mesti akan skrub. Lepas dah skrub badan, dah habis mandi, kita sapu losyen atau body oil supaya kulit maintain muda dan lembab. Awww
2. Boleh elakkan pakai bra sama selama seminggu, dua minggu atau sebulan di rumah.
3. Always always alwaysss bawa sabun dan feminine wash sendiri (travel size) ke mana-mana, especially public toilet. Jangan biarkan punggung dan faraj tak bersabun okay.
4. Pakai losyen/body oil yang natural. V-oil insyaAllah sangat membantu bahagian faraj kekal wangi dan bersih. Oh please jangan minta V-oil. Dah habis.
5.Pakaian dalam pastikan bertukar setiap hari. Jika ada banyak keputihan, biasakan bawa panty extra, dan pakai pad liner. Kalau risau alergik dengan pad/panty liner, boleh pakai cloth pad. Sekarang pun jenis organik dah ada.
Nahh fiona kongsikan resipi skrub anti selulit. Ada dalam gambar. Jemput klik dan buat ya.
Skrub kopi yang dibuat dengan serbuk kopi arabica starbucks (mintak sisa kopi dengan diorang sebelum tutup kedai), oat, minyak, madu dan gula
Ni hand mitten untuk skrub badan waktu mandi
Lepas mandi sapu losyen bagi lembab dan lembut.
Ni loofah. Natural body scrub.
Berus panjang ni bagus sangat untuk sesi dry brush sebelum mandi. Banyak manfaat dia tau.
Okay itu saja. Semoga bermanfaat ya kawan-kawan! Love u gaisss!
Sumber: Mastura Rashid
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club