Kulit wajah kusam, tidak berseri, tak glowing dan sebagainya lagi sering menghantui kaum wanita. lebih-lebih lagi yang mementingkan penampilan diri. Justeru, penjagaan seri wajah ini tak semestinya hanya untuk bakal pengantin saja, swanita yang sudah berkahwin juga perlu sentiasa pastikan wajah berseri untuk pasangan.
Penggunaan barangan semual jadi seperti halba misalnya dikatakan baik untuk tujuan kecantikan wajah. Selain memberikan kesan kulit yang lebih glowing, ia juga membantu mengatasi masalah jerawat dan blackhead.
Sorry ter janji capati pulak. Sepatutnya Aisyah post petua ni semalam. Tapi semalam bizi yakmat. Mintak ampun ya ibuk ibuk semua.
Memula masa jumpa petua ni, Aisyah macam percaya ngan tak jekk. Ye laa, dalam post tu cakap pakai halba boleh buat muka kita instant glowing pastu boleh kurangkan jerawat merah merah kat kulit. Macam tipu jekk. Dah la nak buat dia senang sangat.
Jadi semalam Aisyah try la buat masker halba ni. Kengkonon nak try la betul ke muka glowing mowing. Ehhhh, serious laa muka memang instant glowing. Yang lagi best, muka nampak bersih jek.
Mana jerawat yang tengah mengamuk tu semua dah kena pujuk. Tak merah dah. Padehal baru pakai sekali. Rupenyer halba ni selain boleh glowing mowing kan kulit kita, dia ada thiamine jugak tau.
Thiamine ni boleh sihatkan kulit kita. Pastu kalau kat muka ada banyak black head, memang elok sangat buat masker halba ni.
Ads
Masker halba ni bukan setakat boleh kurang kan black head jek, mata panda pun boleh bertukar jadi mata pola bear, putih berseri gituu.😆.
Tapiii, yang paling unsangkarable, masker halba ni ada vitamin C. Patut la bila pakai masker halba ni, memana jerawat merah yang tengah mengamuk tu semua cool jek. Hilang terus merah membara dia.
Ok jom tengok cara buat dia
MASKER HALBA
Ads
Bahan-bahan
– 1/2 cawan halba ( ni sebenarnya banyak, kalau nak buat separuh dari sukatan ni pun boleh)
– 2 cawan air
Cara- cara
– rebus halba dengan air selama 5 minit. Pastu biarkan semalaman. Kalau halba tu kering dalam periuk nanti korang tambah la air sikit. Biar dia berendam.
Ads
– besoknya korang tapis halba tu. Air halba tu korang simpan jangan buang.
– blend kering halba tu pastu sapu rata rata kat muka.
– texture dia memang ala ala playdoh, korang tepek jek kat muka. Biarkan 15 minit gitu, pastu baru basuh.
**air halba tu nanti korang spray kat rambut. Biarkan 3-4 jam pastu baru basuh. Nanti rambut korang bersinar sinar macam model iklan shampoo pantene.😆
** jangan lupa follow Aisyah Badar Bajrai untuk petua jimatkan poket yang lain😉
#masker_halba
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mana tidak tumpah kuah kalau bukan ke nasi. Bagi yang baru pertama kali melihat anak Y.M Raja Azura Tengku Tajuddin tentu mengakui wajah anaknya sama dengan dirinya.
Menerusi perkongsian terbaru di laman Instagram, Raja Azura atau lebih mesra dikenali Kak Engku bersama anaknya, Engku Puteri Mia Maizura telah meraih perhatian wargamaya.
Video yang dirakam ketika hendak menghantar anaknya ke asrama sambil makan dalam kereta membuatkan para warganet membuat perbandingan.
Sambil mendengar anaknya memohon doa untuk kembali ke sekolah, Raja Azura juga memberikan nasihat kepada anaknya supaya berkelakuan baik.
Hantar…budak ni balik @_mia.ara_ Check in asrama. Jaga diri s.o.p Jgn maciammm maciammm…semoga dipermudahkan insyaallah amin. Sibok pesan,windu ke. Jangan nangis.oh. Pesan paling shahduuuu. Belajor baby.
Menambah ilmu tentang menanam cili di laman rumah agar bukan sahaja boleh hidup subur malah hasil tuai boleh disimpan lebih lama untuk kegunaan sendiri ada caranya.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Tok Serama, menurutnya ada 32 tip yang cukup mudah untuk dipraktikkan.
Ini perkongsiannya.
Cara mudah tanam cili di rumah
1. Pilih kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak di rumah.
2. Pilih kawasan yang redup akan menyebabkan pokok menjadi tinggi daripada biasa dan saiz buah menjadi kecil.
3. Cara pemilihan medium penanaman bergantung kepada kaedah penanaman yang dipilih sama ada tanaman dalam pasu atau terus dalam tanah.
4. Medium penanaman untuk pasu yang sesuai adalah tanah campuran tiga bahagian tanah merah, dua bahagian tanah hitam dan satu bahagian pasir.
5. Saiz pasu yang sesuai adalah 16 inci x 20 inci bagi musim penanaman enam bulan.
6. Sekiranya bercadang untuk musim penanaman yang lebih panjang dari enam bulan, sila guna saiz pasu yang lebih besar seperti 30 inci x 50 inci.
7. Kaedah penanaman secara terus di tanah bagi kawasan rumah teres adalah tidak digalakkan kerana tanah tidak subur.
8. Sekiranya ingin meneruskan hasrat menanam di tanah kawasan rumah teres, tanah perlu diganti dengan tanah yang baru.
9. Pastikan tiada pokok buah-buahan seperti mangga, belimbing dan jambu berdekatan dengan kawasan tanaman. Ini bagi mengelakkan serangan lalat buah.
10. Umur paling sesuai untuk memindah tanam anak pokok atau tanah adalah ketika anak pokok sudah berusia tiga ke empat minggu.
11. Kelewatan memindah tanam anak pokok yang sudah cukup umur boleh menyebabkan pokok terbantut.
12. Waktu yang sesuai pindah tanam adalah pada waktu lewat petang.
13. Jangan pindah tanam anak pokok pada waktu tengah hari kerana pokok boleh terkena kejutan haba dan layu seterusnya mati.
14. Waktu yang sesuai untuk menyiram pokok adalah pada waktu awal pagi dan lewat petang.
15. Pokok cili harus disiram dua kali sehari, sekiranya waktu hujan tidak perlu disiram.
16. Pastikan kawasan penanaman tidak menyebabkan air bertakung. Air bertakung boleh menyebabkan lembap dan menggalakkan pertumbuhan kulat.
17. Kayu pancang perlu dipasang ketika peringkat awal selepas pindah tanam untuk mengelakkan kerosakan pada akar sekiranya dipasang pada umur matang.
18. Jenis kayu pancang yang sesuai adalah seperti buluh yang boleh bertahan sehingga lebih enam bulan.
19. Pemasangan kayu pancang bertujuan untuk mengelakkan pokok rebah apabila sudah berbuah lebat.
20. Baja organik seperti baja tahi ayam amat sesuai diberikan kepada pokok untuk menggalakkan tumbesarannya.
21. Sekiranya menggunakan baja kimia, pastikan mengikut kuantiti yang disarankan.
22. Pemberian baja kimia secara berlebihan boleh menyebabkan pokok mati kepanasan daripada baja.
23. Tempoh pemberian baja yang sesuai adalah setiap 10 hingga 14 hari.
24. Kehadiran semut yang banyak pada pokok cili adalah disebabkan ia menghurungi aphid atau bena putih yang terdapat di bahagian bawah daun.
25. Gunakan larutan pencegah serangga yang dirumus daripada bahan semula jadi seperti ekstrak semambu dan bawang putih.
26. Larutan mencegah serangga daripada bahan semula jadi mudah hilang apabila hujan.
27. Selepas hujan berhenti, larutan haruslah disembur semula.
28. Waktu paling sesuai untuk menyembur larutan pencegah serangga adalah pada waktu petang menghampiri Maghrib.
29. Tahap umur cili paling sesuai untuk dituai adalah apabila 80 peratus daripada cili yang matang sudah mencapai warna kirau (warna hijau bertukar sedikit merah).
30. Waktu paling sesuai untuk menuai adalah pada jam 9 pagi ke atas iaitu ketika embun sudah kering.
31. Sekiranya cili ingin disimpan lama, jangan basuh hasil tuaian cili. Sekiranya perlu dibasuh, harus dikeringkan segera.
32. Selepas cili dituai, baja perlu segera diberikan pada waktu petang yang sama atau keesokan harinya bagi mengelakkan pokok tertekan
Sumber : Tok Serama
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Andai dapat membawa seisi keluarga bersama-sama menunaikan umrah, itulah rezeki yang cukup bermakna kerana keluarga kita diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah dalam satu masa yang sama. Sewajarnya, peluang yang dianugerahkan ini perlu direbut dengan sebaik mungkin.
Lalu persiapan diri bagaimana pula harus kita lakukan? Ini dikongsikan oleh Encik Hairulnizam untuk info bersama.
Persiapan Rohani Sebelum Berangkat Umrah
Dengan rendah hati, saya ingin kongsikan persediaan-persediaan rohani untuk bakal-bakal tetamu Allah yang mungkin seperti saya juga, yang masih merasakan diri dan jiwa masih jauh dari Allah dan Rasulullah SAW, beberapa bulan sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Apa yang saya ingin kongsikan ini adalah daripada tips-tips yang diberikan oleh sahabat-sahabat yang telah menjadi tetamu di Baitullah.
insyaAllah… semoga bermanfaat.
1. Perbaiki kualiti solat & Mencintai Masjid
Mulai dengan jaga solat 5 waktu dan kerap hadir ke masjid. Latih diri solat awal waktu, berjemaah dengan hadir ke masjid atau surau.
Boleh berlatih dengan mulakan dengan berjemaah Maghrib dan Isyak dahulu (balik kerja) kemudian upgrade kepada Zohor dan Asar berjemaah (jika ada peluang) serta Subuh berjemaah (ini yang paling mencabar).
2. Biasakan solat-solat sunat & Berdoa
Mulakan berlatih perbanyakkan solat-solat sunat Qobliyah dan Baa’diyah.
Juga biasakan solat Taubat, Dhuha, solat hajat dan solat Tahajjud jika mampu. Juga biasakan diri banyak berdoa dengan yakin di antara azan dan iqamah serta selepas solat.
Apabila kita berada di Madinah dan Mekah nanti, perkara utama dan yang paling banyak untuk kita lakukan ialah berulang-alik ke masjid untuk solat 5 waktu. Di sanalah nanti peluang untuk kita merebut ganjaran pahala 1,000 kali ganda solat di Masjidil Nabawi dan 100,000 kali ganda di Masjidil Haram.
Apabila sudah biasa dengan amalan solat awal waktu dan solat-solat sunat, insyaAllah, ia menjadi perkara yang paling dekat dan paling dicintai di hati kita untuk bangun awal sebelum Subuh, dan diikuti datang awal ke Masjidil Nabawi dan Masjidil Haram setiap kali masuk waktu solat dan melakukan solat-solat sunat serta berdoa mohon kebaikan daripada Allah.
3. Belajar Bersabar dan Redha
Mulakan berlatih bersabar dan redha dengan setiap apa yang berlaku dalam aktiviti harian kita. Didik hati bahawa setiap perkara yang berlaku adalah dengan izin Allah, merupakan ujian dari Allah dan Rasulullah SAW pun menyuruh kita menjadi orang yang sabar dan menahan kemarahan.
Apabila hati dah mula biasa bersabar, insyaAllah, bila sampai di Tanah Suci nanti, segala macam dugaan seperti kelewatan imigresen, masalah hotel, masalah makanan, masalah bas atau sikap-sikap jemaah lain serta kerenah pasangan pun dapat kita hadapi dengan baik.
4. Belajar Jaga Tutur Kata
Mulakan latih diri bercakap perkara yang baik-baik sahaja sama ada dalam perbualan atau media sosial. Elakkan bercakap hal-hal buruk, hal orang lain atau bergurau menyebut seolah-olah akan jadi perkara tidak elok seperti “Jauh berjalan macam ni, boleh patah kaki…!”
Setiap tutur kita adalah doa. Dan di Tanah Haram, insyaAllah… akan dimakbulkan segera apa yang kita tuturkan atau detikkan dalam hati sama ada yang baik atau yang buruk.
Apabila sudah biasa mendidik lidah kita, insyaAllah, hanya perkataaan-perkataan baik sahaja yang akan keluar dalam bicara kita di sana.
5. Belajar Berbaik Sangka
Didik hati untuk berbaik sangka dengan orang lain terutamanya dengan orang minta derma, minta sedekah atau mohon bantuan.
Di Tanah Haram nanti kita akan bertemu dengan macam-macam peminta sedekah. Bila hati sudah dididik berbaik sangka, jika kita menolak untuk tidak memberi sedekah pun, kita akan tolak dengan baik dan dengan senyuman.
6. Banyakkan Membaca Sirah Nabi dan Bersalawat
Timbulkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dengan banyak membaca sirah-sirah nabi, kisah-kisah pengorbanan nabi berdakwah menyebarkan agama Islam.
Di Masjidil Nabawi nanti, itulah peluang terbaik kita untuk berziarah makam Rasulullah SAW setiap hari selepas solat dan memberi salam kepada baginda Rasulullah SAW.
Apabila hati sudah ditanam dengan kecintaan yang tinggi kepada baginda, insyaAllah…akan menitis air mata bila berziarah ke makam baginda.
7. Rendahkan hati, rasa diri banyak dosa
Kedatangan kita ke Baitullah adalah atas jemputan Allah. Kita ini hamba yang banyak berdosa. Namun, atas kasih sayang Allah, kita masih dijemputnya untuk ke sana.
Inilah peluang terbaik kita bertawaf depan Kaabah, solat taubat, solat sunat dan mohon keampunan kepada Allah, banyakkan berdoa, membersihkan diri untuk menjadi hamba-Nya dan umat nabi Muhammad yang lebih baik.
Semoga persiapan rohani kita dari awal sebelum berangkat ke Tanah Suci akan menjadikan kita benar-benar hamba-Nya yang berserah sepenuhnya kepada Allah sepanjang berada di Tanah Suci.
Tiada lain yang kita harapkan, hanyalah umrah yang mabrur serta dapat kita istiqamah dalam perkara ibadah-ibadah dan akhlak baik kita apabila kembali ke tanah air, insyaAllah…
Dan kepada sahabat-sahabat yang masih belum berpeluang ke sana, lakukanlah juga persiapan rohani seperti di atas. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, amalan dan istiqamah kita boleh menjadi asbab untuk kita dijemput ke Baitullah. Sesungguhnya Allah itu maha kaya , dia boleh jemput kita dengan pelbagai cara dan jalan yang tidak disangka-sangka.
“Allah tidak memanggil orang-orang yang mampu, tapi Allah memampukan orang-orang yang terpanggil”.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...