Nasi tak melekat
Dulu tak pandai masak Nasi lemak . Dia punya nasi. Tak pandai agak-agak. Masak nasi tapi lembik la mentah la. Rupanya senang gila nak masak cik mak ni
2 kali try mmg jadi . Tu berani share. Tak ingat tengok tips dari mana
Alhamdulillah nasi dah jadi sebiji-biji tak melekat antara satu sama lain.
TIPS PENTING
3 pot beras + 4 pot air atau santan
( guna pot yang sama )
Contoh la nak masak 3 pot nasi
Cara penyediaannya:
1. Basuh beras dan tapis
2. Potong bawang merah + bawang putih + halia
3. Masukkan beras + bawang + halia tadi . (Gaul dalam beras tadi )
4.simpul daun pandan
5. Ok masuk kan 2 pot air + 1 pot santan pekat + 1 pot santan cair ( KIRA TOTAL 4 pot air / santan ). Guna POT yang sama masa sukat beras.
6. Letak 3-5 sudu minyak masak selepas masuk air ( terpulang nk letak berapa pandai2 adjust )
7. Letak garam 1 sudu teh ( agak2 ) jgn masin sudah.
8. Tekan cook jgn lupa tekan kang tak masak nasi . Hahahaha
9. Dah masak nasi akan ada pati santan nnti ambil garpu gaul2 manja pastu tutup semula tudung periuk biar 5 minit boleh hidang la
Masa mendidih bau semerbak nasi .
Kalau 5 pot beras+ 6 pot air/santan. Matematik di situ
P/ s : saya guna santan kotak tadi
Selamat mencuba! Lepas ni confirm nasi tak melekat. Boleh lah buat makan-makan sanak saudara atau ajak mertua tunjuk skil memasak nasi lemak!