Ramai wanita ingin cantik walaupun sudah berusia. Namun untuk kekal awet muda perlu dengan semangat yang tinggi. Maklumlah perlu melakukan pelbagai amalan yang boleh membuatkan diri kekal cantik.
Sebagaimana petua wanita ini boleh dipraktikan agar kekal awet muda. Boleh cuba!
1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.
2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut
3.Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka,tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi, ulang usapan ini sebanyak 3 x. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.
4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.
5. Selepas solat Isya’, amalkan baca Al-Fatihah 1 x, Ayatul Qursi 1 x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x, ditiupkan pada segelas air dan niatkan
“Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku”
6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi
7. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan
8. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT
9. Perbanyakkan Selawat Nabi, sentiasa sedekah senyuman, perbanyakkan solat Tahajud
Amalkan hari-hari….in sha Allah kelihatan ‘cantik’.
Kredit: Zaria Omar
Rahsia Kulit Wajah Kate Middleton Cantik, Guna Nutella Sahaja. Cukup Mudah!
Pelik tapi benar, memang itu yang dikongsikan oleh jurusolek peribadi Kate Middleton mengenai rahsia penjagaan kulit wajah Kate. Menurut Debora Mitchell menerusi sebuah rancangan bual bicara berjudul This Morning, Kate hanya menggunakan Nutella dan gula untuk mengekalkan kesihatan pada kulit wajahnya.
Mitchell memberitahu bahawa Kate hanya menggunakan kaedah tradisional untuk menjaga kesihatan kulit wajahnya. Bahan yang digunakan ialah dengan sapuan Nutella sebagai topeng muka (face mask).
Menurut Michell lagi, kaedah yang digunakan itu adalah sebagai langkah untuk melembabkan kulit wajah. Selain itu, campuran coklat Nutella bersama gula amat bagus bagi menghasilkan kulit wajah yang halus.
Setelah mengamalkan cara ini selama tujuh atau lapan hari, anda pasti akan melihat perubahan pada kulit wajah. Tetapi harus ingat, jangan campurkan Nutella dengan air!
Debora Mitchell juga merupakan penasihat kecantikan kepada artis-artis ternama seperti Victoria Beckham dan Gwyneth Paltrow.
Kate Middleton melebihi usia 35 tahun tetapi penampilan serta kulit wajahnya tak menunjukkan langsung sebarang kedut.
Malah cara beliau berpakaian juga sering jadi ikutan wanita lain termasuk golongan remaja.
Sumber: Astro Awani
Nak Muka Flawless dan Bertenaga, Cuba Amalkan Teh Serai Awet Muda Perkongsian Bidan Ini. Wow, Terlajak Mudah Ni!
Selain menjadi bahan penyedap dalam masakan, serai antara herba yang sangat efektif untuk membaiki kesihatan dalaman seorang wanita. Bagi anda yang mementingkan kecantikan dan kesihatan dalaman, apa kata cuba praktik petua menggunakan serai ini.
Perkongsian petua oleh Mastura Rashid melalui laman facebook ini boleh dijadikan panduan untuk anda. Patutlah wajahnya bersih tanpa cela, rupanya dia mengamalkan petua mudah ini.
Tapi, dalam mana-mana herba pun, bila ada baik, mesti ada buruknya juga jika terlebih dos, terutama sekali jika anda sedang mengandung, menyusu atau orang tua. jadi, berpada-pada tatkala mengamalkan sesuatu petua.
Jom kita ikuti perkongsian beliau seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba !
Okay, resipi teh serai ni asalnya adalah dari perkongsian seorang bidan kelantan. Kalau tengok umur dia waktu tu, ingatkan baru lewat 30an atau awal 40an gitu.
Rupanya dah 50an ok. Pengsan fiona tengok wajahnya yang bersih dan muda tak padan umur. Kemerahan, bersih, bertenaga. Jangan fikir dia bela saka atau hantu raya pulak ok. Memang dia amalkan teh serai sejak muda lagi.
BAHAN-BAHAN
3 batang serai
1 sudu besar daun teh hijau
2 ketul besar gula batu (pecahkan)
Resipi asal hanya gula batu dan serai saja. Tapi fiona tambah daun teh hijau supaya teh ni supaya fungsi awet mudanya berdouble triple dengan teh hijau yang antioksida. Bukan saja darah lancar, siap pakej cairkan kolestrol ,sihatkan jantung dan otak sekali.
Boleh guna teh hijau uncang brand OSK, AHMAD TEA ATAU BOH. Boleh ganti dengan teh rooibois atau black tea biasa. Boleh guna madu, stevia atau gula perang kalau tak nak gula batu. Tapi sebaiknya jangan guna gula biasa sebab tak berkhasiat. Boleh tambah halia jika nak extra hot. Tambah lemon untuk extra vitamin c booster.
Ketuk serai sampai pecah supaya kesemua khasiat serai masuk dalam air rebusan.
Isi air dalam cerek terus (cerek jenis boleh masak atas induction cooker), atau dalam periuk pun boleh.
Isi serai dan teh hijau.
Masukkan gula batu terus ke dalam air. Mulakan merebus sampai mendidih.
Dah didih, tutup api, dan biarkan seketika selama 10 minit. Biarkan dulu bahan-bahan berada dalam cerek. Nampak tak air dah bertukar warna perang? Kalau air bertukar hitam, cuba check, takut ada cicak tokek termasuk sekali tanpa sedar.
Tuang secawan. Harumnyaaa aroma teh serai ni. Jadilah kau esok berwajah baby baby dengan teh awet muda yang satu ni. Simple kan? Tak buat jugak, tak tahulah.
Kos RM1 untuk 5 batang serai, dan RM10-RM15 untuk daun teh hijau asli sebungkus. Gula batu sepeket RM2.20. Kos tak sampai RM20, tapi boleh buat berkali-kali.
Jemput minum. Lepas minum ni berpeluh-peluh badan. Ini antara teh terbaik untuk diminum sebelum mulakan senaman atau buat kerja rumah.
Teh ni selamat diminum kanak-kanak ok. Tak perlu rebus 7 hari 7 malam. Cukup 10 minit untuk legakan cirit birit anak, demam dan sakit perut.
Oh jangan hairan lepas minum asyik nak kentut, sendawa dan kencing saja ok. Nilah “magic”nya teh serai awet muda ni. Amalkan gaya hidup sihat dengan bahan semulajadi dari dapur ok.
APA KEBAIKAN TEH SERAI?
1. Kalau selalu senggut sampai guling-guling dan bergulung macam tenggiling tu, bolehlah minum teh serai secawan bila senggugut menyerang takde belas kesian.
2. Untuk orang yang sakit-sakit urat, krem urat lepas bersukan, atau bersumo, boleh minum teh serai secawan ok. Serai bersifat antispasmodic, iaitu boleh melegakan otot yang kekejangan.
3. Melancarkan darah, buatkan badan berpeluh non stop macam berlari naik tangga 20 kali.
4. Detox semulajadi. Detox perut dan juga detox kulit. Jadi senang membuang, senang berpeluh dan anda pun sihat happily ever after.
5. Boleh melegakan sakit sendi dan arthritis.
6. Rumah yang selalu dimasuki ular, bolehlah tanam serai sekeliling pagar. Pantang 7 keturunan ular dekat dengan rumah yang ada pokok serai. Kalau dimasuki ular juga, belalah angsa sebagai bonus. Ular paling anti dengan bunyi angsa. Tapi angsa arwah abah dulu, kena telan juga dengan ular sawa. Bising sangat kot, jalan mudah, telan saja.
7. Melegakan selsema dan meningkat sistem imun badan, dan mengelakkan kerosakan sel badan. Jadi badan dan muka maintain awet muda.
APA SIDE EFFECT TEH SERAI?
1. Ibu mengandung tak boleh minum dikhuatiri berlaku birth defect disebabkan bahan aktif nama Citral dan Myrcene yang ada dalam serai.
2. Fungsi melancarkan darah haid juga menyebabkan risiko keguguran tinggi.
3. Orang berkulit sensitif tak boleh minum teh serai kerana serai ni boleh trigger ruam dan alergik.
SIAPA BOLEH MINUM?
Semua dari kanak-kanak hingga orang tua. Termasuk ibu menyusu. Tapi ibu menyusu tak perlu letak daun teh hijau ok. Teh hijau ada kafein. Elakkan.
Jika anda mengandung, berkulit sensitif, nak makan boleh, tapi dalam masakan saja ok. Elakkan minum teh, apatah lagi sapu minyak serai yang panas di kulit.
Boleh tengok cara buat di dalam gambar. Fiona dah ubahsuai resipi ni untuk tambah fungsi antioksida dan sejukkan badan.
BERAPA KALI MINUM SEHARI?
Serai bersifat diuretik. Boleh singkirkan garam dan air berlebihan dari badan. Efek kencing, berpeluh tu sangat biasa. Boleh minum 2-3 kali sehari. Tapi sebaiknya jangan tambah gula putih ok. Hilang khasiat dia tau.
Tambah halia untuk efek panas dan extra diuretic function. Orang yang ada darah tinggi, bengkak badan, kencing manis, elok minum teh serai ni. Kalau ada kencing manis, tolong jangan tambah gula batu, gula biasa, gula perang, madu, atau pemanis. Stevia saja ok.
“Sebelum Ni Suami Dah Asingkan Baju Zaman Saya Kurus Untuk Disedekahkan.” Ikuti Perkongsian Wanita Ni Kembali Kurus!
Pernah suatu ketika dulu berat badannya mencecah hingga 70kg dan sering kali juga ditegur oleh suami tentang perubahan berat badannya itu. Tidak mahu terus dibebani dengan masalah berat badan, dia nekad untuk lakukan sesuatu.
Ketahui apa tindakan yang membolehkan wanita ini mendapat berat badan ideal dalam tempoh 3 bulan dan ini perkongsiannya.
Berat badan Saya pernah mencecah 70KG dan berjaya turun sehingga 51KG dalam masa 3 bulan sahaja. Sesuai dengan ketinggian saya 160cm. Saya diet untuk memudahkan urusan saya untuk solat dan memudahkan pergerakan seharian.
Start 1 Januari 2019 hingga Mac, saya buat diet atkins +IF* tak ambil air manis, tak ambil nasi, dan tak bersenam pun sebab gaya hidup saya memang aktif dan minum air kosong sehari 3 liter, target 5 liter. Akhirnya saya puas hati dengan berat badan yang saya miliki kini.
Selain itu, mengimbas kembali perkara yang memotivasikan dirinya untuk menurunkan berat badan, ini jawabnya.
“Sebenarnya saya nak mencari semangat baru dalam diri sebab saya akan tamat sebagai Pegawai Tadbir Kontrak di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada Mac 2019. So saya start diet Januari 2019, kiranya takde la saya rasa down bila keje takde kalau diri cantik.
Sebelum ini suami pernah berkali-kali nasihat kepada saya supaya jaga badan sebab dia tak pernah melihat saya obes. Jadi suami menyokong penuh untuk melihat saya berubah ke arah yang lebih sihat.
Sejujurnya suami pun tak sangka saya nekad untuk kuruskan badan sebab sebelum ni dia dah asingkan baju-baju zaman saya kurus dan berikan kepada mereka yang memerlukan dan ada juga yang telah dijadikan kain buruk.
Tapi bila saya sudah berjaya kurus saya sering juga complain kata dekat suami yang saya takda baju dan dia belikan banyak baju baru. Ada hikmah juga tu kan, alhamdulillah.
Mengalihkan soalan dalam bab pemakanan untuk seisi keluarga, adakah mungkin turut terkesan dengan rutin diet hariannya, ini pula perkongsiannya.
Rutin pemakanan famili tak berubah sebab saya baru ada anak seorang yang masih kecil dan saya tinggal berasingan dengan suami atas faktor kerja. Cuma apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah tips untuk konsisten apabila berat badan ideal telah dicapai.
Seperti mana saya, selepas bangun tidur saya minum air kosong segelas, dont skip breakfast , makan nasi sekali sehari pada waktu siang, minum air 8 gelas sehari & dan make sure last makan 3 jam sebelum tidur. InsyaAllah tak kan gemuk.
sumber : Anys Sophia