
Nak cantik tidak semestinya perlu berbelanja ratus ringgit. Hanya menggunakan bahan murah saje pun mampu kekal cantik.
Sebagaimana perkongsian wanita ini, Dea Nadya mengunakan bahan-bahan yang murah untuk kelihatan menawan. Menariknya petua cantik ini diperolehi daripada kawan berasal dari negara Jepun.
Seterusnya ikuti perkongsiannya.
Rahsia gadis Jepun nampak lebih muda. Natural anti-aging mask guna kopi.
Selalunya bila pakai produk skincare kulit mesti mengelupas .Sis tanya la kawan dari jepun sebab nampak kulit dia cantik. .Dia share petua ni sebab dia nampak 10 tahun lagi muda dari umur dia.Terkejut kalau tau umur dia.
Jeles yakmat.Selain cuaca & makan yang banyak antioksida. Dia amalkan ni.. share la mana tau bermanfaat& selamat kan.
BAHAN-BAHAN
1 biji telur putih
1 sudu serbuk kopi /nescafe
1 sudu tepung jagung
3 titik vitamin E/ 1kapsul
Petua Cantik Dari Pak Arab, Amal 3 Bulan Dah Nampak Kesannya!
Sumber: Dea Nadya
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Kejutkan Netizen, Wajah Baru Fathia Latiff Dibandingkan Dengan Che Ta

Baru-baru ini netizen dikejutkan dengan kemunculan Fathia Latiff yang sangat berbeza ketika menghadiri satu acara rumah terbuka kenalannya.
Fathia atau nama sebenar Nur Fatiya Abdul Latif, 37, kelihatan bengkak mukanya dan lebih berusia berbanding dengan kemunculan biasa sebelum ini.
Ramai yang tidak perasan bahawa sosok tersebut adalah Fathia oleh kerana wajahnya yang jauh beza dengan rupa yang lama.
Lagi menyedihkan apabila netizen membandingkan beliau dengan Che Ta ketika bergambar bersama.
Menerusi video tersebut, Fathia yang berdiri di belakang Che Ta kelihatan lebih tua berbanding Che Ta.
Tambahan pula, beliau sering menggunakan filter di laman sosial Instagramnya.
Semenjak dua menjak ini, Fathia menjadi topik hangat perbualan netizen apabila nama beliau dikaitkan dengan rumahtangga pasangan selebriti terkenal.
Bukan itu sahaja, beliau juga terlibat dengan kontroversi mula membuka tudung dan memakai tudung secara “on off”.
SUMBER: Portal Mstar
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Ayat Magis Pahlawan Mat Kilau, Coretan Lelaki Ini Bikin Sebak Perjuangan Demi Negara.

Ayat Magis Pahlawan Mat Kilau, Coretan Lelaki Ini Bikin Sebak Perjuangan Demi Negara.
Sejarah adalah peristiwa yang telah berlaku menjadi iktibar buat diri dan negara. Sejarah akan menjadikan diri kita lebih matang untuk berfikir dengan kritis untuk membuat tindakan dengan betul dan dijadikan iktibar.
Malah sejarah juga menjadi semangat untuk kita menjadi lebih baik dan mengubah sikap dalam diri.
Kisah perjuangan pahlawan sebelum kemerdekaan harus menjadi cerita harian buat anak-anak agar mereka mengerti bahawa semangat juang itu harus ada dalam diri.
Dengan ini semangat jati diri akan terus melekat dalam sanubari anak-anak hingga dewasa.
Perkongsian saudara Khairy Tajudin membuat coretan mengenai Mat Kilau, tokoh kemerdekaan pastinya akan membuatkan kita dan anak-anak kagum dengan semangat pejuang ini. Bahkan coretan ini meruntun jiwa melihat kegigihan pahlawan silat Mat Kilau ini demi perjuangannya.
Kata magis Mat Kilau
“Jaga agama, bangsa dan negara. Jangan sampai bangsaku tiada negara.”
Sempena di ambang merdeka ini, aura pahlawan hebat ini akan terus ada dalam diri setiap anak Malaysia.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
MAT KILAU: Sebuah Fakta
1. Setelah lama menghilang, Mat Kilau muncul kembali pada tahun Hari Jumaat, 27 Disember 1969 dan mengisytiharkan bahawa dirinya ialah Mat Kilau di mimbar Masjid Pulau Tawar, Jerantut selepas solat Jumaat.
“Saya Mat Kilau, anak Dato Indera Gajah Rasu bin Syarhum.”
2. Mat Kilau ialah anak Tok Gajah. Mereka adalah pahlawan Pahang yang menerajui pemberontakan menentang penjajah Inggeris.
3. Ketika diburu oleh Inggeris pada zaman sebelum merdeka, Mat Kilau telah menghilangkan diri. Dan akhirnya muncul semula pada tahun 1969. Berita Mat Kilau muncul kembali ini tersebar luas sehingga mendapat liputan akhbar.
4. Tidak lama selepas itu, beliau telah menyampaikan nasihat kepada orang Melayu di Kg
Kedondong, Pulau Tawar. Kata beliau, sebab orang Melayu kalah kepada Inggeris dalam perang 1891 adalah kerana terdapatnya pengkhianat. Hugh Clifford, Residen Inggeris di Pahang sendiri mengakui bahawa orang Melayu mudah terpesona dengan tawaran harta dan kekayaan sehingga sanggup membocorkan rahsia.
5. Begitulah kelemahan orang Melayu, tak amanah dan tak boleh simpan rahsia. Mungkin kritikan ini ditujukan kepada tali barut Inggeris daripada kalangan orang Melayu.
6. Tidak berapa lama kemudian, Mat Kilau meninggal dunia dan dimakamkan di kampung ini.
7. Menurut keterangan orang-orang tua, tapak asal pembinaan masjid lama itu dilakukan oleh Imam Perang Rasu (Tok Gajah), Mat Kilau serta orang-orang Melayu Pulau Tawar pada awal tahun 1880-an.
8. Masjid lama itu kemudiannya dibangunkan dengan wajah baru pada tahun 1923 tetap mengekalkan perspektif seni bina tradisional yang menggunakan kayu dan pelupuh dari hutan tempatan.
9. Dalam buku Sejarah Pahang ada menceritakan pembesar British, Hugh Clifford, pernah mendarat di tebing berdekatan masjid itu untuk mengadakan perundingan dengan Mat Kilau dan Tok Gajah serta penduduk Pulau Tawar supaya jangan mencampuri urusan pentadbiran Inggeris di Pahang.
10. Setelah mengalami kerosakan teruk diancam banjir besar tahun berikutnya, masjid lama itu mengalami sekali lagi perubahan dengan binaan simen di bahagian bawah serta lantainya supaya kelihatan lebih teguh.
11. Walaupun berhadapan dengan arus putaran masa, kubah dan mimbar masjid berkenaan masih lagi dalam bentuk binaan asal iaitu mempunyai ciri-ciri pengaruh seni bina Minangkabau.
12. Masjid tempat beliau memunculkan diri itu kini telah menjadi Madrasah Muallim Yunus yang dikendalikan oleh al-Fadhil Maulana Helmi.
13. Mat Kilau menceritakan bahawa beliau telah membunuh sekumpulan askar Inggeris berketurunan Sikh dalam peperangan di Kuala Tembeling. Beliau yang bersenjatakan sundang dan alat lain terpaksa menghadapi hujan peluru daripada askar Sikh. Akhbar Inggeris telah melaporkan bahawa Dato Bahaman dan Mat Kilau telah mati padahal Mat Kilau tidak mati biarpun jasadnya ditembusi peluru.
14. Setelah Hugh Clifford melabel Mat Kilau sebagai penderhaka dan menggelarnya ‘babi lemak’, Mat Kilau telah keluar dari Pahang dan merantau sehingga ke Patani. Di sana, beliau menjadi guru silat. Nama silat yang diajar oleh beliau ialah Silat Tapak Setia Suci.
15. Setelah beliau kembali ke Pahang, Mat Kilau menukar namanya kepada ‘Mat Siam’ atas arahan Sultan Abdullah kerana Inggeris telah melabel Mat Kilau sebagai penderhaka dan nyawa beliau dalam bahaya.
16. Menurut maklumat daripada cucu Mat Kilau iaitu Cikgu Mohd Alhamadi, datuknya itu tinggal di rumah ibunya (anak Mat Kilau) di Batu Lima, Kuantan semenjak tahun 1930 sehingga Mat Kilau meninggal dunia pada 16 Ogos 1970. Di sini ada masjid yang bernama Masjid Mat Kilau yang dijadikan markaz Jemaah Tabligh Kuantan.
17. Atas permintaan Mat Kilau semasa hidupnya, beliau dikebumikan di sebelah kubur ibunya iaitu Teh Mahda, isteri Tok Gajah di Kampung Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut.
18. Mat Kilau mempunyai tiga orang isteri. Seorang di Pulau Tawar, seorang di Rompin dan seorang di Kuantan.
19. Antara pesanan Mat Kilau yang sangat penting, “Jaga agama, bangsa dan negara. Jangan sampai bangsaku tiada negara.”
Sumber: Khairy Tajudin
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
7 Petua Nenek Nak Pastikan Perut Kempis Selepas Bersalin, Ibu-Ibu Wajib Tahu Langkahnya!

Walaupun sudah melahirkan anak namun perut masih lagi ketara. Buncit tanpa sedar dan tidak mahu kempis dan rata seperti perut asal. Buntu bila memikirkan hal ini.
Persoalan ini pastinya sentiasa bermain di fikiran semua ibu yang mengalami masalah perut buncit. Menurut pengalaman orang-orang tua, sebenarnya banyak cara dan petua yang boleh diamalkan untuk mengelakkan masalah ini.
Selain menjaga pemakanan dan mengamalkan pemakaian bengkung secara disiplin juga adalah langkah bijak untuk kekal cantik. Ini yang boleh wanita berpantang amalkan untuk pastikan perut rata. Suami pun makin tambah sayang nanti. Ini petua nenek yang anda boleh cuba.
Cuba buat petua ini!
Petua 1
Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapu ke bahagian perut yang buncit.
Petua 2
Ambil 2 genggam lada hitam kemudian ditumbuk halus. Campurkan dengan sebiji ragi tapai dan gaulkan bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian pakai bengkung ketat dan kuat.
Petua 3
Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah ini, semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak serta
mengatasi masalah berat badan.
Petua 4
Amalkan memakan 1 biji tomato sehari yang sedang besarnya dan tidak begitu ranum.
Petua 5
Campurkan sedikit kapur makan bersama 5 helai daun sirih juga beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis. Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
Petua 6
Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Biarkan semalaman dan minum keesokkan paginya.
Petua 7
Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.