Wanita Ini Kongsi Petua India Yang Jadi Amalan Untuk Kesihatan Dalaman Dan Awet Muda.

Share

Kunyit (turmeric), juga dikenali sebagai curcuma longa, adalah satu jenis herba yang sangat dikenali.

Sekiranya anda tidak mengetahui, kunyit pernah dilabelkan sebagai “Ratu Rempah Ratus” dengan aromanya menyerupai lada, rasanya yang unik dan warnanya keemas-emasan.

Pada masa yang sama, kunyit mempunyai banyak nutrisi yang sangat baik kepada kesihatan, seperti protein, serat, Vitamin C, Vitamin E, potassium, kalsium, zat besi dan magnesium.

Ikuti perkongsian wanita India ini yang mengunakan kunyit untuk kesihatan dan kecantikan.

Dah siap kupas kunyit hidup ini semalam & diblend dapatlah setengah balang hasilnya. Apa yang saya buat dengan kunyit yang diblend ini ialah masker muka, guna sebagai scrub ketika mandi & buat jus asam kunyit .
Skrub badan dan muka
Mengikut kepercayaan orang india, mereka guna kunyit terutamanya wanita untuk scrub badan & muka bagi melembutkan kulit yang kasar, kurangkan jerawat, menanggalkan rambut/bulu halus pada kaki, tangan & atas bibir (misai halus) serta digunakan setiap hari dengan konsisten .
Kunyit dikatakan mampu menegangkan kulit wajah dari terus kendur, berkedut & awet mudakan secara semulajadi supaya tidak nampak tua dari usia sebenar .

Jus asam kunyit adalah minuman yang terbaik bagi wanita diminum sebulan sekali bagi menguatkan rahim, mengecutkan semula rahim selepas bersalin & menjaga dalaman badan perempuan .

Masker muka

Untuk masker, saya gunakan kunyit setengah sudu kecil saja kerana warna kuningnya yang terang asli akan menjadikan wajah nampak kuning BLING BLING keemasan.
Saya gunakan sepotong tomato (disapukan kunyit) ATAUPUN 1 sudu madu dicampur bersama kunyit & disapukan pada seluruh wajah sebelum tidur .
Bila dah kering, boleh cuci muka guna pencuci muka yang sesuai, sebaiknya gunakan produk yang natural. Lama-kelamaan wajah nampak bersih, mulus tanpa kesan minyak, jerawat & bebas jeragat .
Keluarga: Wow, petua ni memang best. Jom amalkan!
Sumber: Jit Kaur

ak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520