Tidak dinafikan banyak khasiat daun sirih yang boleh diamalkan untuk kesihatan yang lebih baik secara alami.
Selain boleh dibeli di kedai, pokok daun sirih ini mudah di tanam dirumah. Jadi ketika anda memerlukan daun ini, anda hanya memetik ajer di rumah. Memang tak menyesal tanam di rumah.
Menerusi perkongsian puan Suzana Raman menerusi grup CHE BIBAH & SPATULA, beliau kongsi khasiat dan amalannya. Lebih menarik lagi, warganet juga turut berkongsi petua masing-masing.
Ikuti perkongsian ini.
Daun sirih
Petang semalam saya balik kampung rumah bapak saya, selalu kalau balik saya suka ambik daun sirih belakang dapur rumah dia. Pokok sirih yang bapak saya tanam. Saya suka amalkan penggunaan daun sirih ni.
Jom kita tengok khasiat dia dulu.Daun sirih atau nama saintifiknya Piper Betle L berasal dari keluarga Piperaceae. Sirih adalah tumbuhan yang mempunyai nilai yang tinggi dalam masyarakat Melayu dan juga masyarakat India. Ia merupakan sejenis tumbuhan memanjat yang boleh mencapai ketinggian 10-15 kaki.
Jom kenali dan belajar khasiat daun sirih.
Sirih membiak melalui keratan batang dan anak yang akan tumbuh dari batangnya yang merayap di tanah. Daun sirih ini memiliki pelbagai kandungan penting seperti pelembab semulajadi, mineral, vitamin, antioksidan serta antiseptik.
Dalam perubatan tradisional, sirih banyak digunakan khususnya untuk penyakit yang dikatakan berpunca dari gangguan makhluk halus. Sirih juga dijadikan sejenis snek oleh orang-orang tua Melayu dan India.
9 khasiat daun sirih.
1. Menghilangkan nafas berbau
2. Merawat kulit dan masalah jerawat
3. Mengubati keputihan dan kegatalan pada bahagian sulit wanita
4. Mengurangkan bengkak gusi
5. Menghilangkan bau badan
6. Melancarkan haid & meredakan senggugut
7. Mengubat penyakit asma
8. Menyembuhkan batuk
9. Penawar sakit jantung
Petua
Selalunya saya suka rendam daun sirih ni dan berkumur-kumur dengan air rendaman ni. Hasilnya nafas jadi segar.
Kalau rajin saya suka rebus daun sirih dengan biji manjakani. Saya suka buat sebagai cucian tempat sulit kita. Daun ni sangat berkesan sebagai antiseptik semulajadi, selain menghilangkan kegatalan disebabkan oleh penyakit keputihan.WARGANET PUN KONGSI PETUA
Che bibah guna daun sirih untuk apa ya? Bolehlah share serba sikit petua kat sini sebagai panduan kita semua.
Sumber: Suzana Raman