Wanita Ini Kongsi Kisah Ketabahan Seorang Isteri Menjaga Suami Sakit Kanser. Anak Pula Terpaksa Tidur Di Lobi Gara-Gara Masalah Kewangan.

Share

Demi kasih kepada suami tercinta, seorang isteri ini melakukan pengorbanan untuk  menjaganya di hospital. Biarpun sarat dengan kesusahan yang menimpa setelah diberhentikan kerja ekoran kerap tidak datang bertugas, kehidupan wanita ini makin sukar.

Biarpun ketiadaan pendapatan tetap, wanita ini tetap tabah untuk menjaga suami yang menghidap kanser usus. Juga pada masa yang sama perlu risau akan keselamatan anak-anak di rumah.

Lantas, turut membawa anak ke hospital agar kelibat anak-anak ada depan mata. Namun, memikirkan masalah kewangan, wanita ini terpaksa memilih jalan membiarkan anak-anak tidur di lobi hospital sepanjang tempohnya menjaga suami di hospital.

Namun, Allah itu maha penyayang dan kasih kepada hambanya, kesukaran wanita ini, mendapat perhatian seorang warga net yang dikenali sebagai Nis Z. Abidin yang bersimpati dengan kepayahan ibu ini,

Coretan wanita ini telah mengundang simpati dikalangan warganet yang berharap ada yang sudi berkongsi rezeki dengan menghulurkan sumbangan.

Dalam pada itu, terkini melalui laporan, selepas kisahnya tular sehingga mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah.

“Pihak HoSHAS juga ada menawarkan sebuah bilik di Anjung Kasih untuk keselesaan saya dan anak-anak, saya amat terharu.”

Berikut perkongsiannya semalam yang menjadi viral.

Bismillah- Dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang
Detik 1.30 pg di hospital Temerloh. Tatkala menjaga ayah di sini, terlihat seorang wanita yg dah 4,5 kali masuk ke wad kenanga 8 dlm keadaan termengah2. Tatkala beliau melintas di hadapan, saya ajak duduk rehat sebentar ..ketika berbual-bual kosong, terluncurlah kisah pilu beliau.

Beliau menjaga suami yg disahkan kanser usus & hati di hosp ini..turut dibawa bersama 2 org anak kecil berusia 6 dan 8 tahun..beliau tidak pulang ke rumah semenjak suaminya di tempatkn di sini kerana tiada kenderaan & duit utk ulang alik.

Beliau juga telah diberhentikan kerja sebagai cleaner lantaran lama bercuti menjaga suami..Anak2 kecil tersebut ditinggalkan di lobi ketika beliau naik merawat suami.

Waktu malam, anak2 itu tidur di lobi bersendirian..patutlah si ibu termengah2..rupanya, terkejar2 menjenguk keperluan sang suami & terburu2 turun krn risaukan anak2 kecilnya.

Allahhu, besar ujian mereka..makan minum anak2 pun atas ehsan pelawat2 hospital..Skrg beliau memikirkn kos hospital temerloh yg perlu dilangsaikan kerana suami beliau dijangka akan dibawa ke hosp selayang pd 20/8 ini..saya panjangkan kisah ini di sini jika ada yg sudi membantu beliau.

Dari fb hamba Allah.
Sama2 kita bantu saudara islam kita.

No akaun yg lain :
Jamaluddin bin Uyub(suami/pesakit)
BUMIPUTRA COMMERCE BANK
0714-0138452-52-7
TABUNG HAJI
110401000214741

Sarina binti Endut (isteri)
No tel: 01158703005
RHB BANK
1-56044-0009855-7
TABUNG HAJI
110401000262793

TERKINI WANITA INI TELAH MENERIMA BANTUAN PENGINAPAN