Perkahwinan merupakan satu perjalanan yang indah jika kedua suami dan isteri saling berusaha dan memberikan komitmen yang tinggi dalam rumah tangga yang dibina. Malah kelahiran anak-anak adalah cahayamata yang menyinari rumahtangga. Pastinya kita berdoa untuk kebahagiaan buat keluarga.
Wanita ini kongsi amalan doa untuk manfaat bersama.
Kita terlalu sayangkan pasangan dan anak-anak kita. Jadi apakah doa terbaik yang perlu di mohon kepada Tuhan setiap pagi untuk diri kita dan orang-orang kesayangan kita?
Ya Bari’, Ya waliy, Ya wakil,
Wahai Tuhan yang Maha Merancang, Mentadbir, Mengatur, Menyusun segala sesuatu di atas muka Bumi ini, aku serahkan segala urusan diriku, suamiku, anak-anakku (sebut nama) kepadaMU untuk ENGKAU atur, rancang, tadbir dan susun sebaik mungkin kerana ENGKAUlah sebaik-baik Pengatur.
Ya Allah,
Jagalah diri kami, hati kami, iman kami, kesihatan kami, keselamatan kami, maruah kami, kerana ENGKAU lah sebaik-baik penjaga.
Ya Zal jalali waliqram.
Wahai Tuhan yang memiliki Zat Kebesaran dan Kemuliaan.
Jauhilah kami daripada mara bahaya, kecelakaan, kemalangan, bencana dunia, perbuatan khianat maklukmu dan segala anasir jahat. Hanya kepadaMU lah kami berserah dan memohon pertolongan.
Ucaplah doa ini setiap pagi. Serahkan segala urusan kita kepada Tuhan kita. Kerana kehidupan kita, pasangan dan anak-anak kita bukanlah di bawah gengaman kita.
Walaupun mereka berada di pandangan mata kasar kita, mahupun tanpa pengawasan kita, hati kita InsyaAllah akan tenang kerana kita telah serahkan kepada sebaik-baik penjaga.
Itulah konsep pergantungan kita kepada Tuhan kita.
Kredit: Norzi Malek