Mesti ada yang penggemar strawberry atau bakers yang selalu guna strawberry dilema untuk simpan buah strawberry supaya tahan lama kan.
Meh sini sis nk share cara simpan buah strawberry supaya tahan lama, tk berkulat dan berair.. Insya allah boleh tahan satu mggu hingga dua mggu ( bergantung pada kesegaran buahnya) tips untuk thu buah segar atau tak, kena tgok daunnya.. Klu daun masih hijau, tak de kuning2 atau hitam, insya allah buah masih segar..
Benda pertama kena buat mesti lah kena pegi beli buah strawberry dulu terpulang la nak gi beli kat mana. Asalkan buah strawberry tau..
Boleh tgok step pada setiap gambar ye
Selamat mencuba!
Kredit: Rahayu Rusli
Cara Buat Air Katira Original Orang Johor, Ni Resipinya. Confirm Rasanya Sedap, Beraroma & Menyegarkan!
Jika berkunjung ke bazar Ramadan tentu sahaja kita akan nampak pelbagai jenis pilihan air yang berwarna warni dan perasa, sungguh ia nampak begitu menyelerakan. Umpamanya air katira yang begitu istimewa untuk dinikmati ketika bulan Ramadan ini.
Memandangkan ramuan herba getah anggur semulajadi yang istimewa diadun dengan pelbagai bahan-bahan lain seperti biji selasih, kembang semangkuk dan bahan-bahan lain dapat membantu menyegarkan dan menyejukkan badan.
Pun begitu, ada juga terjadi air katira yang dibeli tidak mewakili rasa sedapnya air katira yang original, untuk itu lebih baik anda sediakan sendiri ramuan dan bahan-bahannya. Sekali buat boleh minum seisi keluarga.
Nak tahu caranya, di sini Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi resipinya untuk dicuba.
Ini katira. Ia juga dipanggil sebagai getah anggur/gond katira/gum tragacanth. Benda ni lah yang memberi nama kepada minuman itu. Jika peniaga jual air katira tapi tiada benda ni, maka peniaga tak jujur.
Katira ni boleh di beli di pasaraya (kawasan jual rempah ratus), kedai tabib cina atau kedai jual peralatan hindu. Saya beli online (Shopee/Lazada) je.
Minuman ni berasal dari timur tengah (tak pasti negara mana) dan di bawa ke Tanah Melayu oleh para pedagang. Johor naturalisasikan minuman ini menjadi minuman tempatan.
Orang Johor buat perubahan sedikit dari segi bahannya. Orang timur tengah gunakan air mawar untuk mendapatkan aroma segar, tapi di Johor ia diganti dengan pandan.
Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan macam ni.
Semua bahan ni akan mengembang. Jika dah kembang, kira dah boleh angkat dan tos. Biasanya perlu sekitar 4-6 jam.
Sementara tu, potong badam. Cincang pun boleh. Daun pandan tu saya carik halus, sekadar untuk hiasan.
Daun pandan tadi, kita rebus dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau.
Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.
OK bahan-bahan rendam tadi dah kembang cantik. Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya.
Air Katira Abu Bakar yang merupakan salah satu jenama popular minuman ini, telah menambah bahan moden dalam ramuan mereka iaitu air berkarbonat aiskrim soda. Itu kira versi moden.
OK sekarang kita dah boleh satukan semua bahan yang kita dah sediakan. Bahan rendam tadi, perlu tos tau. Jangan kau tuang terus dalam susu tu. Cair susu tu karang. Jangan lupa masukkan badam.
Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tak perlu tambah gula. Nanti manis sangat. Hiperglikemia karang!
Itu dia! Kita punya air katira Johor dah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.
Sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Cara Masak Kuih Seri Muka Gula Merah Yang Mudah & Sedap Ikut Sukatan Cawan
Ada yang suka kuih Seri Muka tak?
Biasanya kuih ini dihasilkan dalam dua lapisan dan secara tradisi berwarna hijau (lapisan atas) dan putih (lapisan bawah). Ini kerana, daun pandan digunakan sebagai pewarna dan lebih mudah didapati.
Kalau biasa ibu-ibu akan buat versi pandan, kali ini admin sajikan resipi versi Gula Merah.
Tak caya cubalah.. Nahhh ni resepinya yang dikongsikan oleh Mawar Merah .👇
Bahan2 lapisan bawah:
1 cawan beras pulut
1 1/2 cawan santan cair atau sederhana pekat
1 sudu teh garam
Cara2:
- Basuh beras pulut dan rendam lebih kurang 4 jam ( saya rendam 1 jam,guna pulut susu ).
- Sediakan loyang 7×7 inci,sapu sedikit minyak pada dasar dan keliling loyang,alas dengan plastik
- Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukus selama 30 minit
- Tekankan pulut yang telah masak tadi perlahan-lahan supaya rata dan kemas
- Cakar2kan permukaan atas pulut tersebut dengan garpu,ketepikan
Bahan2 lapisan atas:
200 gram gula merah
1/2 cawan air
1 cawan santan pekat
2 biji telur gred B ( saya guna 1 biji gred A )
2 sudu besar tepung jagung
1/4 cawan tepung gandum ( saya tambah 1 sudu besar lagi )
1/2 sudu teh garam
Cara2:
- Masak gula melaka bersama 1/2 cawan air sehingga gula larut,tapis dan ketepikan.
- Sediakan mangkuk,satukan semua bahan kecuali larutan gula merah,kacau rata dengan whisk hingga sebati.
- Kemudian tuangkan larutan gula merah tadi ke dalam adunan tepung,kacau rata
- Pastikan adunan licin dan tiada tepung berketul-ketul
- Masakkan adunan tadi di atas api sehingga naik wap sahaja.
- Tuang adunan ke atas lapisan pulut dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak
- Sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum di potong dengan pisau plastik yg telah di oles dengan sedikit minyak.
- Pastikan air kukusan betul2 mendidih dan lap penutup kukusan dgn tuala setiap 5 minit sekali
Kredit Resepi : mawar merah
Jangan Tak Tahu, Simpan Nasi Lebih 4 Jam Dalam Suhu Bilik & Panaskan Semula Boleh Jadi Punca Keracunan Makanan
Biasa kita dengar lebihan nasi yang disimpan malam tadi dipanaskan semula untuk mengelakkan daripada membazir.Lagi lagi kalau masih banyak nasi yang tidka habis dimakan.
Namun, tahukah anda, memanaskan semula makanan seperti nasi boleh mengundang keracunan pada makanan tersebut.
.
Menurut status yang dimuat naik oleh KKM Putrajaya hari ini mengenai nasi yang dipanaskan semula boleh menyebabkan keracunan serta cara penyimpanan yang betul untuk selamat di makan.
.
Ia menyebabkan pembiakan bakteria bacilus cereus sehingga menghasilkan toksin beracun. Sebab itu penting untuk kita menitik beratkan penyimpanan makanan.
Makanan yang telah dimasak mesti disimpan dalam peti sejuk dalam bekas yang tertutup.
Tambah pihak KKM lagi, ini yang dinamakan langkah pencegahan awal yang ditekankan KKM. Beringat sebelum kena.
Sumber: KKM Putrajaya