Menarik perkongsian wanita ini tentang pillow talk. Katanya ia cara untuk eratkan hubungan suami isteri.

Ikuti perkongsian ni

Wanita Ini KongsI Cara ‘Pillow Talk’ Supaya Eratkan Hubungan Suami Isteri.

Pillow Talk time..
siapa yg belum pernah buat atau biasakan,boleh la cuba ya..
ok, apa itu pillow talk?
pillow talk ni bahasa mudah dia ialah perbualan bersama pasangan di tempat tidur..
nama pun pillow kan mesti la atas katil..
tak kisah kita nak bualkan apa shj topik seharian kita bersama pasangan..
suami keluar bekerja seharian pasti ada kisah atau masalah yg dia hadapi sepanjang hari..
dan
isteri samada yg bekerja atau surirumah juga pasti ada kisahnya..
Ya..
cerita kan apa shj.. apapun topik.. apapun masalah..waktu ni la kita nak luahkan segalanya..
cuba kita ingat balik, bila kali terakhir kita baring bersama pasangan dan berbincang soal apa shj..
baik tentang hidup kita, masalah yang mengganggu kita, atau bahkan hubungan kita dan pasangan.
Rasanya sangat melegakan untuk mendengarkan satu sama lain, kan?

IKLAN

Pillow talk mungkin kita dengar mudahkan,
tapi kadang sulit untuk kita biasakan..
biasakan pillow talk menjelang waktu tidur,
pastikan bukan waktu yg sangat mengantuk ya..sbb nanti kita cakap sorg2
bila kita borak2 santai, sambil berpelukkan..
maka Anda berdua akan terbangun dengan perasaan yang lebih ringan dan disambut dengan senyuman hangat dari pasangan.
ini sgt penting utk perbaiki komunikasi kita bersama pasangan kita..

pillow talk ni boleh merapatkan hubungan suami isteri..
saling berkongsi masalah,berkongsi pendapat,
pillow talk tak semestinya perbincangan yg serius..
jgn timbulkan isu yg boleh dtgkn pergaduhan atau pertelingkahan..
boleh, tp dengan cara perbincangan..
pillow talk ni..
kita blh bergurau, waktu ni la kita boleh tanya pasangan apa yg dia suka atau tak suka..
time ni la kita blh nk picit jerawat blackhead dia..
time ni la kita blh nk geletek2 dia..
time ni la kita blh nk picit2 hidung dia..
time ni la kita blh nk luahkan badan kita naik, gendut..
maksudnya santai..
borak2 simple sebelum tidur sambil bergurau senda..

IKLAN

Rugi tau kalau kita tak biasakan..
tahu tak kenapa??
dgn cara pillow talk ni la yg membuatkan..
-surirumah yg sarat dgn emosi satu hari tu boleh dikurangkan..
-isteri yg keluar bekerja yg byk masalah diluar tu boleh dikurangkan..
-suami yg dikelilingi masalah ditempat kerja tu boleh dikurangkan..
Ya.. betul.. sebab masa pillow talk ni la kita boleh luahkan everything..
posisi terbaik sewaktu pillow talk ialah “CUDDLE”
tahu kan apa itu cuddle?
cuddle itu ialah berpelukkan..
yg mana posisi ini yg akan memberi ketenangan bersama pasangan..
waktu ini la kita akan rasa
-kita akan lebih menghargai pasangan
-kita akan rasa nyaman
-kita akan rasa tak nak kehilangan pasangan
-kita akan rasa hilang segala beban dibahu dgn masalah seharian
-kita akan rs diasayangi dan diberi perhatian..

IKLAN

Jadi mana yg belum biasakan pillow talk ni,
cuba buat dan amalkan..
sgt tidak rugi..
yg jauh boleh didekatkan..
yg renggang boleh dirapatkan..
yg benci boleh ditukarkan menjadi syg..
kita manusia yg dahagakan perhatian,
tak kira isteri mahu pun suami..
ini la cara dan masa yg terbaik untuk perbaiki hubungan..

SELAMAT MENCUBA..
semoga kita menjadi pasangan suami isteri yg bahagia hingga ke syurga.. Aamiin

Kredit: Sharla Rose

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI