Memakan sotong celup tepung atau sambal sotong memang menyeronokan. Lebih-lebih lagi kalau sotong segar.
Sebenarnya makan sotong ni banyak kelebihannya, salah satu daripadanya ialah dapat menguatkan tulang dan gigi. Sotong mempunyai kalsium yang dapat membina tulang dan gigi.
Selain itu, sotong juga dapat membantu anda meningkatkan sistem imunisasi badan anda. Tapi jika asyik makan hari-hari mau naik kolestrol tu!
Selain itu, untuk memastikan kebersihan sotong ketika membersihkannya boleh guna garam. Malah cara ini juga dapat membuang hanyir serta sotong pun tak liat walaupun masak overcook.
Ikuti lanjut perkongsian ini.
Sekadar perkongsian, cara saya cuci sotong. Dulu saya pernah tengok dokumentari nelayan korea. Depa basuh sotong kurita cara ni, saya cuba.
Dan hasilnya memang sotong jadi pejal dan tidak berair bila kita masak. Tak perlu lagi rebus sebelum nak masak. Mungkin sahabat2 MAHN boleh cuba utk memudahkan cara nak masak sotong..
Cara basuhan sotong yang betul – Guna garam
1.potong sotong ikut saiz yg kita nak.
Ads
2. Taburkan garam kasar dlm sesudu dua dalam bekas berisi sotong…(garam halus pun boleh, tp lg baik garam kasar).
3. Gaul dan ramas2 sotong + garam tersebut.
Ramas2 sampai keluar buih mcm sabun.
Ads
Sotong akan keluarkan buih2 seperti buih sabun.. ramas2 sotong dalam 5minit atau sampai rasa sotong tu pejal..
4. Setelah semua buih keluar dan sotong rasa pejal, basuh bersih2 sehingga hilang air buih/air garam tu…InsyaAllah sotong tak masin jika basuh bersih2..
Kemudian tapis sotong utk sejat air nya…
Ads
Bolehlah masak seperti biasa…insyaAllah sotong tak keluarkan byk air lag
Bukannya mudah sebenarnya menjaga ibu dan ayah yang telah berusia dan sakit. Seseorang anak itu perlu kuat dari segi mental dan fizikal untuk berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan.
Justeru bila ada salah seorang adik beradik yang direzekikan menjaga ibu ayah, jangan pula ada antara adik beradik lain hanya pandai mengarah itu dan ini kepada mereka. Malah jangan pula ada yang lepas tangan.
Sewajarnya cubalah selami kepayahan yang mereka hadapi setiap hari, sekurang-kurangnya dapat juga dijadikan ‘penawar’ untuk lebih sabar dan sekali gus meringankan bebanan yang ditanggung.
Rezeki menjaga kebajikan ibu bapa ni tak semua anak dapat buat.
Ada anak sepuloh orang, yang mampu jaga mungkin sorang dua. Rezeki anak inilah yang dapat menjaga ibu bapanya. Samada secara rela atau paksa rela. Wallahualam.
Yang Kak Bee nak ‘highlight’ kat sini;
1. Jika kita tiada pengalaman menjaga ibu bapa yang sedang sakit, bed ridden dan sebagainya, elakkan dari memandai-mandai beri nasihat yang bakal mengguris hati penjaga (care taker).
2. Datang melawat dan mengajar-ngajar itu dan ini, begitu dan begini. Seperti kita sendiri pernah menjaga ibu bapa sendiri.
3. Menegur penjaga, kenapa tak beri makan ini? Pampers yang itu lebih bagus dari yang ini. Tak ambil nurse ke?
4. Adakah anda hulurkan du1t pada penjaga ini sebagai bantuan?
5. Pernahkah anda hadiahkan barang-barang keperluan kepada ibu bapa yang sedang sakit ini bagi mengurangkan bebanan mereka?
Selagi ANDA tidak merasa pengalaman menjaga kebajikan ibu bapa sendiri, anda belum layak untuk beri apa-apa nasihat kepada penjaga.
Penjaga hanya manusia biasa. Mereka punya hati dan perasaan. Lelah, penat, sedih bercampur-baur. Hormatilah mereka seadanya.
Menyebut namanya mungkin agak asing bagi sesetengah peminat bidang seni, namun lagu-lagunya cukup diminati dan menjadi siulan. Asfan Shah, 34 pemilik lagu popular Sumpah Cintaku dan terbaru Cinta Fatamorgana tidak kecewa biar diri kurang dikenali. Sebaliknya, dia yang sudah hampir 10 tahun dalam industri seni menganggap rezeki seseorang adalah ketentuan Sang pencipta.
Berpeluang mengabadikan kisah penyanyi dan komposer ini bersama keluarga tersayang untuk Majalah Keluarga memberi peluang penulis melihat sisi berbeza ayah kepada tiga cahaya mata ini.
“Saya sebenarnya seorang yang work smart, kalau dalam sebulan kerja 1-2 minggu dan selebihnya adalah bersama keluarga. Tetapi kalau kerja memang akan fokus dan suka bekerja di bawah tekanan kerana hasilnya pasti berbaloi. Isteri dan anak-anak sudah faham dengan cara kerja saya. Kalau saya sibuk dengan kerja, isteri akan bawa anak-anak untuk pulang ke rumah keluarganya supaya tidak ganggu kerja saya.
“Tetapi kalau anak-anak ada di rumah dan tidak dapat elak kalau mereka datang kepada saya. Jadi saya tinggalkan seketika kerja. Jujurnya anak-anak kurang takut dengan saya. Kalau tegur mereka tidak takut dan jenis yang sangat lasak. Walaupun ada masanya saya marah juga tetapi kalau saya tutup pintu, mereka akan terus ketuk pintu sampai saya buka.
“Berbeza dengan isteri saya, dia tidak garang tetapi tegas. Mungkin yang membuatkan anak-anak takut dengannya. Sekali isteri bersuara, anak-anak akan dengar. Kalau saya yang marah mereka boleh gelak-gelak seolah-olah saya sedang bergurau. Mungkin kerana saya jenis simple dan dengan anak-anak saya bukan jenis pemarah.
“Anak-anak juga sangat ‘behave’ di rumah ketika ketiadaan saya. Tapi kalau saya di rumah anak-anak akan bermain sehingga 1-2 pagi tak tidur. Bukan mereka bermain dengan saya tetapi mungkin kerana saya ada, jadi mereka jadi mengada-ngada sedikit,”Cerita Asfan atau nama sebenarnya Norasfan Shah Shah Rudin, mengenai gelagat dan keletah anak-anaknya.
Tiada istilah kena tinggal
Mendirikan rumah tangga ketika berumur 28 tahun bersama bekas pramugari bernama Ain Sakinah pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata Ali Haytham Shah, 5, dan Ali Wakeel Shah, 3 dan terbaru, Ali Binyameen Shah, 7 bulan.
Usai berkahwin, Ain mengambil cuti panjang sehingga disahkan mengandung, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk berhenti kerja.
“Saya berkahwin ketika masih dalam bulan Syawal. Selepas itu, saya mengikut isteri ke Dubai kerana dia bertugas di sana. Awalnya saya mengambil keputusan untuk menetap di sana, tetapi lagu saya waktu itu tengah meletup di radio dan kebetulan isteri disahkan mengandung. Jadi kami ambil keputusan untuk pulang ke Malaysia dan isteri berhenti kerja” ujar Asfan sambil memberitahu tiada istilah bercuti dalam dirinya kerana semuanya adalah fleksibel dan mengikut jadual sendiri.
Tidak suka bekerja pada hujung minggu kerana lebih kepada masa bersama keluarga, anak kelahiran Melaka ini ada cara tersendiri dalam mendidik anak-anak.
“Jujurnya anak-anak saya memang lasak dan kadang-kadang tak terlayan. Jadi, saya dan isteri guna pendekatan tersendiri. Kami akan memberi ‘bintang’ kepada mereka jika mereka buat baik. Jadi, mereka kena kumpul bintang-bintang tersebut. cukup 10 bintang saya akan beri hadiah ikut apa yang mereka mahukan. Tetapi jika mereka buat salah, maka ‘bintang’ tersebut akan ditolak secara automatik.
“Saya ni cepat ‘lemah’ dengan anak-anak. Kalau sudah tiga kali beli tetapi mereka masih nak lagi nak tak nak terpaksa beli untuk pastikan mereka tak buat perangai. Tetapi isteri saya tegas dan tidak akan ikut apa yang anak mahukan. Isteri tegas tetapi anak-anak hormat,” seloroh Asfan lagi yang gemar membawa anak-anak dan isteri setiap kali ada kerja di luar.
Asfan suami yang manja
Biar sibuk dengan kerjaya, namun Asfan jenis yang ringan tulang. Sementelah mereka mempunyai anak kecil.
“Saya faham isteri adakalanya penat kerana terpaksa menguruskan anak dan rumah tangga. Tetapi setakat ini baby tak banyak ragam dan kalau saya ada di rumah saya akan bantu isteri di dapur.
“Ada masanya saya akan tunjukkan kepakaran memasak terutama waktu pagi. Saya rajin sediakan sarapan yang ringkas sahaja untuk keluarga seperti cekodok pisang, cucur jagung, pizza segera. Tapi jangan harapkan nasi lemak, lauk rendang dan sebagainya memang saya tidak pandai.
“Jadi isteri dan ibu bukan semudah yang disangka. Ada juga pembantu di rumah tetapi hanya menguruskan anak-anak tetapi sekarang semuanya isteri yang lakukan sendiri. Jadi suri rumah memang penat dan sebagai suami saya sangat faham part tu. Kerana itu, saya membantu jika ada masa terluang.
‘Jujurnya saya seorang suami yang manja terutama sekali apabila sakit. Saya tidak boleh jika ada berlaku perselisihan faham kerana mudah serabut dan stres. Kalau ada pergeseran, saya jenis suka meluahkan dan bercakap dan isteri pula berbeza. Dia lebih suka diam, saya jadi stres sebab tak boleh kalau tak bercakap dengannya,”kata Asfan sambil mengakui tidak romantik namun itu cara mengambil hati dan memudahkan kerja isteri termasuklah mencuci pakaian dan pinggan di dapur.
Sumber: Majalah Keluarga Jun 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Diakui jika dapat menikmati air kelapa ketika cuaca panas, nikmatnya cukup terasa menyegarkan. Tidak hanya kepada orang dewasa yang menggemarinya, malah air kelapa atau nama saintifiknya Cocos nucifera juga digemari oleh kanak-kanak.
Apa yang menariknya berkenaan minum air kelapa ini, bukan sekadar penghilang dahaga, malah mempunyai manfaatnya yang rugi jika dilepaskan begitu sahaja.
Menurut perkongsian daripada Dr Mazliana Mazlan di akaun facebooknya, digalakkan paling kurang seminggu sekali berikan anak-anak minum air kelapa.
Sungguh kena jadi air favourite anak, terutama waktu anak tak sihat. Demam, cari air kelapa. Batuk, cari air kelapa. Kahak, cari air kelapa. Sakit perut, cari air kelapa. Muntah, cari air kelapa. Cirit, cari air kelapa.
Real food, bantu penyembuhan kan, dengan izinNya. Kena cuba, baru tahu.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Kita kena tukar sikit. Kalau dulu bila anak tak sihat tak bertenaga, ada yang bagi air seratustambah. Tapi sekarang, kita cuba cari air kelapa k. Paling sihat kan.
Air kelapa berganda lagi dengan khasiat mineral dan vitamin yang anak-anak perlukan terutama waktu sakit.
Air kelapa bantu keluarkan toksin dari badan anak. Air detox semulajadi, yang kita kena ajar anak minum.
Umur berapa boleh minum?
Umur 6 bulan ke atas dah boleh minum. Sikit je beberapa sudu dah cukup.
Kalau anak alahan?
Kalau anak ada alahan naik gegatal lepas minum, elakkan dulu. Anak eczema boleh je minum kalau tak flare lepas minum.
Air kelapa potong ubat?
Air kelapa tinggi dengan mineral dan vitamin, ada sesetengah ubat tak digalakkan ambil bersama air kelapa. Sebaiknya, jarakkan penggunaan ubat dan air kelapa dalam 1-2 jam macam tu.
Kita cuba sama-sama ya. Nampak je anak mula tak sihat, air kelapa yang kita cari dulu.
Didie Alias lawat Amyza Aznan, datang beri semangat, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.