Wanita ini Kongsi Cara Nak Daftar i-Akaun KWSP. Boleh Follow.

Share

Ekoran virus bahaya Covid-19 yang menyerang seluruh penduduk dunia termasuk Malaysia, ia telah memberi kesan kepada ekonomi dunia pelbagai sektor. Situasi ini sudah pastinya menjejaskan perbelanjaan isi rumah ekoran ada segelintir pekerja tidak dibayar gaji. Keadaan menjadi parah apabila sejak Perintah Kawalan Pergerakaan (PKP) diadakan pada 18 Mac 2020 yang lalu. Setelah hampir seminggu Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, Kerajaan Malaysia akhirnya mengumumkan beberapa inisiatif bagi membantu rakyat Malaysia.

Ini kerana menyedari kesulitan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia, kerajaan telah membenarkan pengeluaran wang KWSP Akaun 2 RM500 Sebulan Untuk 12 Bulan. Inisiatif ini akan membolehkan ahli KWSP bawah 55 tahun mengeluarkan wang dari akaun 2, maksimum RM500/sebulan untuk 12 bulan. Pengeluaran wang akaun 2 KWSP i- Lestari (RM500 Sebulan) ini bermula hari ini iaitu 1 April 2020.

Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik Covid- 19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.

Menerusi perkongsian di FB, Mariatul Syuhada berkongsi cara untuk mendaftar bagi pengeluaran wang akaun 2 KWSP.

Ikuti perkongsianya. Semoga bermanfaat.

Gambar hiasan.

Ramai juga yang belum daftar i-akaun KWSP tapi nak apply i-Lestari hari ni. Tak apa, jangan risau. Boleh daftar i-akaun melalui emel saja.

Masuk website KWSP www.kwsp.gov.my then klik “Daftar Sekarang Melalui Emel”. Automatik akan download borang dia.

Senang saja dan email ke iakaundaftar@epf.gov.my dan sertakan dokumen ni:

1. Borang permohonan yang lengkap.
2. Salinan kad pengenalan depan dan belakang.
3. Gambar selfie diri dengan kad pengenalan.
4. Bukti pemilikan nombor fon sendiri. (Contohnya: Bil Telefon/Kontrak Pendaftaran Telefon)
5. Salinan penyata akaun bank.

Takde printer? Macam mana nak isi borang?Jangan risau. Download je apps Adobe Fill & Sign. Boleh isi borang terus melalui apps tersebut. Save file as PDF untuk email ke KWSP

Mudah kan.

Jadi, tak perlulah stress nak call KWSP hari ni. Mesti talian KWSP sibuk sebab ramai orang panik nak tahu macam mana apply i-Lestari. atau pening2 nak cari printer untuk isi borang. Share jika bermanfaat .Tq,

Selamat mencuba!

Sumber: Mariatul Syuhada