Wanita Ini Kongsi Cara Jika Ada Yang Cadang Nak Berhenti Kerja. Boleh Jadi Panduan!

Share

Malam ni 'prebet kecik' pengsan awai. Fuhh, dapatlah mak dia me time mulut jap. Kalau tak, letih mulut bercakap. Tinggal abang dengan kakak ja yang belum tidur takpa dah, dah besar tak kalut sangat nak bercakap.

Tadi ada terbaca posting di satu group surirumah, seorang wanita dan ibu yang bekerjaya meminta pendapat rakan-rakan yang lain tentang niatnya untuk berhenti kerja dan jadi surirumah sepenuh masa.

Banyak komen yang aku baca di situ, tidak menyokong beliau jadi surirumah, katanya nanti stres tak ada duit. Hurmm, terasa nak ulas sikitlah isu ni.

Sebenarnya mudah sahaja sifirnya gais, untuk korang tahu korang sesuai atau tidak untuk duduk di rumah sepenuh masa.

1. Bincanglah dengan suami, tanya dia okay ke tak kalau kau nak berhenti kerja. Selalunya kalau dia mampu cover semua, dia pasti sangat setuju. Kena bincang betul-betul sebab bila berhenti kerja saluran duit masuk cuma satu. Melainkan korang ada buat bisnes sambilan atau online, atau ada apa-apa income sampingan lain. Kecualilah korang memang jenis tak kisah tak ada duit sendiri. Tapi ada ka yang begitu?

Risau nanti macam-macam yang korang request nak beli, macam zaman bekerja. Lepas tu mula lah claim nafkah isteri 1500ringgit sebulan. Pening lah dia. Sedangkan gaji dia cuma level B40, tiba-tiba bini pulak bernafsu kluster kayangan. Mau perang selalu nanti.

2. Senaraikan dulu apa hutang yang korang ada sekarang. Sebarang jenis hutang bank macam personal loan, loan kereta, ASB, PTPTN, kutu emas, kutu pinggan, kutu iron philips, kutu periuk noxxa dan segala macam yang korang perlu bayar. Kalau tak ada tanggungan semua tu, boleh lah berlapang dada.

Sekurang-kurangnya, korang takkan bebankan suami korang untuk bayar segala jenis hutang tu nanti. Pengsan dia kalau banyak sangat hutang korang dia kena cover, melainkan suami korang gaji besar.

3. Kalau no1 tadi lulus, no2 pun bersih. Okay, alhamdulillah. Sekarang ni masuk bab diri sendiri pulak. Cuba tanya diri, mampu tak duduk rumah 24 jam sehari? Celik mata, sampai pejam mata hidup hanya untuk anak-anak dan suami. Mental emosi perlu betul-betul bersedia. Risau nanti lepas sebulan berhenti, dah cabut lari gi cari kerja semula.

Sesungguhnya tak mudah jadi surirumah ni. Indahnya sekejap ja. Lepas tu nanti korang stres kalau korang tak betul-betul reda dan terima tugas ni. Hari-hari korang fikir duit, fikir nak keluar jumpa kawan bagai. Jadual dah tak sama macam masa bekerja dulu. Fikir masak-masak.

Aku dulu sebulan pertama duduk di rumah sepenuh masa, hari-hari nangis weii. Anak-anak dah ke sekolah, suami gi kerja. Tinggallah aku kat rumah sorang-sorang. Termenung, nangis. Masak, nangis. Basuh pinggan pun nangis. Pening suami tengok aku asyik nangis. Encik Suami tanya,

"Hawat ni Yang?"

Aku nangis lagi. Tak tau nak luah macam mana. Risau dia kecik hati. Dia selalu pujuk.

"Sabaqlah, I tau U bosan kan?" aku hanya angguk mengiyakan. Jaga hati.

Suatu hari, aku tak mampu tahan lagi dah. Aku terus terang dengan dia.

"You cuba bayangkan ya, I mula bekerja sejak lepas sekolah sampai umoq 31. Separuh dari umoq I lani adalah bekeja. Dari gaji 450ringgit sampai lah gaji ribu-ribu. Tiba-tiba U suruh I dok rumah, I taktau nak buat apa Yang. I dah biasa ada duit sendiri. I nak keja Yang."

Dia peluk aku sambil usap rambut. Aku menangis lagi. Aku ingat lagi ayat dia,

"Ya, I tau U berkorban untuk penuhi permintaan I. I tau U tak biasa. Tapi U perasan dak sejak U tak keja, anak-anak seronok ja. Pagi U hantaq, balik sekolah U ambik. Depa seronok. I pun seronok, balik keja bini ada kat rumah. Tengahari boleh balik makan kat rumah."

Aku terdiam.

"I tau bini I ni ada bakat dalam meniaga. Pandai meniaga. Nanti U boleh cuba meniaga online pelan-pelan. Jangan risau I selalu support U, Yang." ucap Encik Suami sambil mengelap airmata dan mengucup dahi aku.

Aku fikir balik, betullah apa yang dia cakap tu. Anak-anak memang yang paling gembira bila aku tak bekerja. Diorang lah yang paling bahagia, Mama sentiasa ada. Tak macam dulu, Mama keluar pagi balik malam. Kadang 2 hari tak tengok muka.

Masalahnya 'jiwa besar' aku ni susah nak menerima norma hidup seadanya tu. Sebelum ni nak apa, aku boleh terus beli sendiri, atau dapat gaji beli. Tak perlu mintak duit suami. Tiba-tiba dah jadi lain, itu yang paling payah sebenarnya. Paling susah nak didik hati aku untuk hidup 'seadanya' dengan apa yang ada.

Berkat sokongan kuat dan ketabahan Encik Suami 'cuci kepala' aku, hati makin reda dengan title SURIRUMAH. Aku tak toleh belakang lagi dah. Aku jalan terus dengan buat bisnes online. Perlahan-lahan aku build trust di kalangan rakan di fesbuk ni.

Alhamdulillah, rezeki berkali ganda Allah hantar sampai depan pintu rumah hasil dari doa suami dan anak-anak. Malah Allah bagi lebih lagi dari jumlah gaji yang aku perolehi dulu. Sekarang, dah hampir 4 tahun lebih, aku bergelar surirumah sepenuh masa. Aku dah mampu tersenyum, dengan rezeki yang ada.

Percayalah gais, rezeki tak pernah salah alamat. Jangan risau untuk jadi surirumah kalau korang mampu memilihnya. Kalau tak mampu lagi, takpa jangan gundah. Setiap orang Allah dah tetapkan rezeki masing-masing.

Jangan bersedih.