Setiap ibu bapa tentunya inginkan anak yang cemerlang serta menjadi anak soleh dan solehah. Oleh itu, pelbagai usaha yang dilakukan oleh ibu bapa untuk membentuk anak menjadi seorang muslim yang bermanfaat kepada keluarga dan masyarakat.

Mengikut perkongsian puan Puan Cahaya Norhaini Sulaiman  setiap ibu bapa perlu mendidik anak mencintai Al-Quran sejak kecil. Terdahulu dalam perkongsian lain beliau menasihati bahawa jika ada pasangan atau  anak-anak yang belum dibukakan hati untuk membaca Al Quran, jangan perli, jangan kritik dan jangan tunjuk bagus.

Katanya, untuk keluarga yang nak mula mencintai Al-Quran sediakan ruang yang selesa dalam rumah untuk “menikmati” kalam Allah. Sebaik-baik ajakan dengan akhlak mulia dan tunjuk tauladan yang baik. Serta doakan Allah pilih kita semua.

Selanjutnya ikuti perkongsian ibu ini. Moga kita semua menjadi ibu bapa yang mendidik anak mengenal al-quran sejak kecil dan menjadi kitab

__________________________________________________________________

Wanita Ini Kongsi Cara Didik Anak Supaya Suka Membaca Al-Quran. Boleh Jadi Panduan.

Bismillah;

Bagaimana melahirkan anak pecinta Al Quran?  Saya dalam bab parenting masih kurang ilmu, jadi senantiasa dahagakan ilmu dari Expert. Ilmu ini saya dapat daripada Guru merangkap sahabat alquran saya Puan Siti Aminah Sulaiman (Min) sewaktu menghadiri Kelas Hafazan Anak Kecil satu waktu dahulu. Kini Puan Min melancarkan FB QuranicParenting. Sila Follow banyak ilmu yang sangat bagus.

Ya Allah luaskan rezki Puan Min sekeluarga dunia akhirat, sayanginya, rahmatinya dan ampuni segala dosa-dosanya dan keluarga. Amin Amin Ya Rabb;

Ilmu yang dikongsikan oleh Puan Min adalah hasil pengalaman beliau melahirkan anak-anak syurga huffaz antaranya anak beliau yang sulung Muaz kini ada lebih dari 7 juzuk Alquran di dalam dada pada usia yang masih kecil, Alhamdulillah. Ya Allah permudahkanlah kami juga melahirkan anak-anak huffaz pecinta alquran

KUNCI RAHSIA ANAK PENCINTA AL-QURAN

1) Paling PENTING dan utama adalah DOA DOA DOA, dari Ibu dan Ayah.

Jangan berputus asa dalam berdoa. Teringat saya doa Nabi Zakaria sewaktu Allah hadiahkan kelahiran Yahya, apa kata Nabi Zakaria? Tulang belulangku sudah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban (sangat tua), tetapi aku masih tidak berputus asa berdoa kepadaMu (Surah Maryam:4)

2) Anak belajar melalui “PEMERHATIAN” (observation)

Jika kita mahu anak cinta alquran, kita dahulu perlu cintalalquran.  Jika kita mahu anak membaca / menghafaz alquran, kita buat BERSAMA-SAMA dengan mereka. Ok yang ini selepas kelas Alhamdulillah kami telah apply kan teknik ini.

Contoh:

Ads

Sewaktu tasmik Surah An-Nas (contohnya); bergilir-gilir satu ayat anak, satu ayat ibu atau ayah. MasyaAllah anak-anak saya sangat seronok berlumba-lumba. Paling best apabila Kakak Humaira’ yang sudah menghafaz surah panjang-panjang, apabila buat teknik ini dia yang seronok seperti menjadi cikgu Alquran . Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah

3) Role Model 

Bagi anak-anak kecil Role Model mereka adalah Ibu Bapa. Apa yang ibu bapa suka lakukan, yang itu yang mereka akan tiru / buat. Cerita pasal Role Model, di London tempoh hari saya mahu memberi satu baju, kakak in the other hand nak juga baju dan corak yang sama. Allah ? Sungguhlah ibubapa memang role model anak-anak syurga. Allahu Akbar, yang ini saya perlu banyakkk berusaha lagi 

4) Selain Ibubapa, anak kecil lebih suka menjadikan anak kecil yang lain sebagai Model mereka.

Contoh: Saya suka bacaan Imam Misyary, tetapi bagi anak kecil Imam Misyary ini terlalu jauh dengan mereka. Jadi di dalam Kelas, Puan Siti berkongsi model huffaz untuk dijadikan contoh ikutan: Boleh lihat di Youtube 

1) Model Cilik Lelaki – Adik Muhammad / Musa 
2) Model Cilik Perempuan – #QuranwithMaryam / Kaisa

5) Teknik Auditory

 Seawal usia berapa tahun kita boleh mula mengajar Alquran kepada anak kecil? Menurut Puan Min, sedari Baby dalam kandungan. Apabila Baby sudah dilahirkan, gunakan teknik Auditory iaitu teknik mendengar. Pecahkan perkataan menjadi 1/ 2 atau maksimum 3 suku kata sahaja.

Contoh:

QulhuwaAllahu Ahad,

Pecahkan menjadi- Qul (1 suku kata) Huwallah (3 suku kata) sehingga habis. Seawal usia 1 tahun 6 bulan, boleh meminta anak kecil tadi keluarkan kembali apa yang telah didengari / dan dipelajarinya sebelum ini.

Ads

Yang ni ibubapa perlu rajin (cakap pada diri saya sendiri  sebab masih struggling). 

Suruh mereka bercakap perkataan tersebut walaupun pelat.

Contoh: Baby Yusuf Al Hafiz sewaktu baru berusia 12 bulan, Alhamdulillah sudah dapat keluarkan perkataan “Awwah babak, lalalalaa (perkataan dalam bahasanya)” = Allahu Akbar, Asyhadu Alla illa haillallah

Teknik Auditory sesuai kepada Anak Kecil yang masih tidak pandai membaca (1-6 tahun)

Teknik Auditory adalah teknik yang powerful, teknik yang diajarkan Jibrail kepada Nabi yang Mulia Nabi Muhammad SAW 

6) Kenali Cara pembelajaran Anak

a) Auditory
b) Visual
c) Kinesthetic

Ibubapa perlu sangat kreatif 

7) Lain anak lain kemampuan, tidak sama. Enjoy & embrace the journey tak perlu terlalu rushing.

8 ) Salah satu cara untuk entice menghafaz sesuatu Surah adalah buat storytelling kenapa surah itu diturunkan dan penceritaan dalam surah tersebut

Ads

9) Jika kita tidak mampu, cari Guru yang ahlinya untuk mengajar anak kita. Itu yang dibuat oleh kedua ibubapa kepada adik Muhammad, kedua ibubapanya bekerja tetapi mencari guru yang Alim untuk anak kecil itu.

Dikongsikan juga dalam Kelas, apabila guru tersayang meninggal dunia, role itu diambil kembali oleh ibubapanya.

Allahu Akbar, mendengar cerita Puan Min, terdetik sangat hebat ibubapa yang berniat dan mahu melahirkan anak-anak #pecintaalquran. Banyak yang perlu dibuat dan dikorbankan.

Kalian memang insan terpilih!


Wanita Ini Kongsi Cara Didik Anak Supaya Suka Membaca Al-Quran. Boleh Jadi Panduan.

Cukup setakat ini dahulu, dalam Kelas Puan Min terdapat banyak sangat ilmu, sangat details dan banyak lagi yang dikongsikan seperti beliau tunjukkan cara pembelajaran anak kinest dan banyak lagi teknik-teknik lain yang dikongsikan.

Saya sangat recommended kepada yang beginner seperti saya yang baru nak belajar cara untuk menjadikan anak kecil huffaz, belajar dari yang telah berjaya seperti Puan Min.

Didoakan perkongsian ini bermanfaat.

Astagfirullah hal azim, wa atubu ilaih,
Allahu Akbar, Allahumasoliala Muhammad

#NotaPuanCahaya
Diizinkan #share andai bermanfaat

Nota: Gambar Abang Muhammad Amir Hazieq sewaktu usianya 7 tahun mohon izin mahu solat di Kedai Makan, Allahu Akbar, nikmat Allah yang manakah yang mahu saya dustakan?

Ya Allah, kurniakan kepada kami dan zuriat keturunan kami orang yang sukakan solat. Ya Allah perkenankanlah doa kami. (Doa Nabi Ibrahim dalam Alquran)

Allahumma Amin

Sumber: Puan Cahaya Norhaini Sulaiman

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI