

Bila Anak Suka Makan Aiskrim, Berikan Yang Satu Ni. Lebih Sedap & Berkhasiat!

Kalau boleh, anak-anak kita ini tiap-tiap hari selepas pulang dari sekolah nak makan aiskrim. Lebih-lebih lagi kalau cuaca panas, seakan aiskrim adalah pilihan terbaik untuk menghilangkan rasa tekak yang kering ketika itu.
Tapi bila ini yang sering diamalkan oleh anak-anak, mesti kita sebagai ibu akan rasa tidak selesa dan bimbang juga dengan kesannya terhadap kesihatan anak. Kalau boleh kita ingin pastikan makanan yang diambil adalah yang berkhasiat!
Oleh itu, sebagai alternatif ada baiknya ibu-ibu buat sendiri aiskrim dengan menggunakan bahan-bahan yang lebih sihat. Resipinya cukup mudah dan ini telah dikongsi oleh Salwa Mohd Saleh di dalam fbnya. Nak tahu lanjut, jom semak.
[su_highlight background=”#ebf7e1″ color=”#ec281f”]“Mari saya ajarkan cara buat aiskrim yang sihat, berkhasiat tanpa gula tambahan! Senang dengan 3 langkah mudah sahaja. Susu yang saya pakai pun susu segar, bukan pemanis tiruan atau minyak/lemak tumbuhan yang dipanggil ‘susu’. Yogurt juga dari yang asli tanpa sebarang pewarna atau perisa. Bagi warna-warni menarik, saya gunakan buah-buahan asli!”[/su_highlight]
Ini satu alternatif buat mereka yang ingin makan aiskrim dan nak cuba sesuatu lebih sihat untuk keluarga.
Bahan-bahan:
1 kotak besar susu segar
1 botol air yogurt segar tanpa pewarna atau perisa
Buah-buahan pilihan anda
Plastik/acuan aiskrim
Langkah 1: Potong buah-buahan mengikut potongan dadu sampai kecil
Langkah 2: Masukkan buah ke dalam mangkuk besar dan campurkan susu dengan Yogurt hingga sebati
Langkah 3: Masukkan berhati-hati ke dalam plastik aiskrim dan ikat
Siap!!
[su_highlight background=”#ebf7e1″ color=”#ec281f”]Tip tambahan:[/su_highlight]
- Boleh masukkan apa yang anda suka seperti kismis atau chia seed. Cuma saya tak pasti macam chia seed tu akan kembang atau tidak. Boleh la cuba kalau nak.
- Sejukkan dalam peti sejuk bahagian beku dan boleh dinikmati dengan enak tanpa rasa bersalah sebab ianya memang penuh khasiat!
Selamat mencuba
Sumber : Salwa Mohd Saleh
Begini Cara Buat Kek Gulung Swiss Yang Mudah Guna Kuali Je. Idea Superb, Ibu-Ibu Jom Cuba!

Pepatah ada mengatakan nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Jika kita rajin semua benda pasti akan jadi.
Untuk ibu-ibu yang buntu tidak tahu menu apa untuk hidangan minum petang buat seisi keluarga, cuba resipi mudah ini. Mungkin sebelum ini anda hanya membeli di kedai sahaja, kali ini pikat selera anak-anak dengan buat sendiri Kek Gulung Swiss. Jika buat dihujung minggu, boleh ajak anak-anak bantu anda di dapur.
Apa kata cuba resipi viral Kek Gulung Swiss yang hanya menggunakan kuali sahaja. Menarik bukan, jom semak resipinya!
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
- 3 biji telur (asingkan kuning dan putih telur).
- 30 gram mentega.
- 50 gram susu.
- Minyak zaitun.
- Putih telur.
- Gula.
- 250 gram tepung kek.
Cara-caranya ialah:
#1 Campurkan kuning telur, minyak zaitun, susu, mentega dan gula ke dalam satu bekas. Kacau adunan itu sehingga sebati dan tambahkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau lagi.
#2 Pukul 3 biji putih telur perlahan-lahan dan tambah putih telur lagi apabila ia mula mengembang. Pukul sehingga putih telur itu mengeras dan gebu.
#3 Satukan adunan tepung dan putih telur tadi dan kacau sehingga sebati.
#4 Sapukan kuali dengan sedikit minyak zaitun dan tuangkan adunan kek ke dalam kuali. Pastikan kuali tidak dipanaskan dan tiada gelembung udara dalam adunan kek tersebut.
#5 Dengan menggunakan api yang kecil, bakar kek tersebut selama 6 minit. Pastikan anda memeriksa keadaan api di bawah kuali. Apabila bahagian atas kek mula berubah warna, balikkan kek tersebut dan bakar selama 2 hingga 3 minit lagi.
#6 Selepas kek masak, keluarkan dari kuali dan letakkan di atas kertas minyak. Sebagai pilihan, anda boleh meletakkan krim atau jem untuk menambahkan lagi keenakan rasa dan meningkatkan persembahan kek supaya menjadi lebih menarik.
#7 Gulungkan kek tersebut dan potong.
Kek yang lazat sudah tersedia untuk dimakan. Sangat mudah dan menyelerakan bukan?
Tips untuk mendapatkan putih telur yang kembang dan gebu dalam masa yang singkat:
♥ Letakkan mangkuk berisi putih telur di dalam peti beku atau selama 7 minit sebelum dipukul sehingga kembang.
♥ Putih telur yang lebih sejuk akan mengambil masa yang singkat untuk mengembang sebelum ia dikaup balik untuk dicampur dengan adunan yang lain.
Sumber: malaysiabolehbro.com
Puding Tutti Fruity. Bila Sekali Makan, Confirm Buat Nak Makan Lagi!

Alang-alang bila semua ahli keluarga berkumpul sempena Aidiladha ini, apa kata kita sediakan menu pencuci mulut yang menyelerakan untuk dinikmati bersama-sama.
Puding Tutti Fruity ini umpamanya sesuai dijadikan pilihan. Menyediakannya mudah dan nampak sungguh menyelerakan dengan penggunaan feeling yang pelbagai warna. Bukan sahaja anak-anak akan teruja untuk menikmatinya, kita yang dewasa juga tidak sabar untuk menjamahnya.
Jadi untuk yang ingin mencuba, bolehlah jadikan panduan resipi yang dikongsikan oleh Norhasni Ahmad.
Puding Tutti Fruity
1 kampit agar-agar serbuk
1 tin susu cair
3 tin air(sukat guna tin susu)
1 tin susu full cream(sukat guna tin susu )
1 tin susu pekat
2 sudu tepung kastard
Essen vanila
Cara-caranya:
1.Masuk semua bahan ke dalam periuk.
2.Kacau tak bagi tepung kastard berketul pas tu masak sampai mendidih padam api dan sejuk kan.
3.Sementara itu bekas acuan dilorek-lorek dulu dengan filling yang korang suka
4.Selepas itu baru masukkan yang korang masak tadi tu, simpan dalam peti sejuk.
5.Siap
Baca artikel menarik lain di sini:
- “Bijaknya Adik Ni…”-Warganet Tumpang Bangga, Senang Je Jawab Beza Pemimpin Tempatan & Eropah!
- “Abang Sentiasa Buat Saya Rasa Dihargai ..”-Coretan Isteri Reda Permergian Suami, Undang Sayu!
- Kuih Telaga Emas, Rupa Cantik Rasa Pun Sedap. Ni Resipi Boleh Cuba Buat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club