Bak kata orang, mencegah lebih baik daripada mengubati. Ternyata, telah menjadi lumrah seorang para ibu akan memastikan ahli keluarganya sihat. Selain pengambilan ubat jika masalah kesihatan berlarutan, kita juga boleh mencuba pelbagai petua. Ia termasuk menggunakan lemon dan madu untuk meredakan masalah kesihatan.
Sebagaimana perkongsian Mastura Rashid secara alami untuk kesihatan tubuh badan. Beliau memberi panduan bagaimana membuat jus lemon dan madu untuk meningkatkan tenaga, vitamin C dan mengelak demam dan batuk mengikut cara orang Korea. Jom semak perkongsiannya.
ENERGY & VITAMIN C BOOSTER, FLU & FEVER FIGHTER CARA ORANG KOREA
(LEMON CHUNG 레몬청
Pernah tak minum citron syrup, jujube syrup atau aloe vera syrup yang dijual di kedai korea? Syrup ini adalah syrup kesihatan.
Namanya syrup kerana buah tadi dimasukkan ke dalam air gula atau madu. Bukan orang besar saja boleh minum, budak kecik pun boleh juga. Berapa dos dia? Fiona akan kongsi kira dos ikut hukum Young’s Rule.
.
Kisah nak buat syrup ni sebenarnya bila anak saudara bagi hirisan lemon ditambah madu asli semalam. Katanya dia tau lepas tengok drama-drama korea. Lemon tu dihisap dan dimakan sekali dengan kulit. Lepas dah berborak, baru terfikir, eh kenapa tak simpan je sebalang untuk kecemasan kan?
.
Kan seronok bila kita dapat hasilkan sendiri natural remedy dari air tangan sendiri yang 200% selamat jika gunakan dalam dos yang betul.
.
Jadi lepas habis ajar cara buat morning sickness remedy dalam kelas Pregnancy Care malam tadi, fiona mula cari bahan dan siap-siap letak atas meja.
APA KEBAIKAN HONEY LEMON SYRUP INI?
1. Serbaguna. Boleh gunakan untuk buat air lemon panas, lemonade dan juga sos lemon.
2. Meningkatkan antibodi badan jadi matilah kuman jahat dalam badan tu.
3. Lemon bersifat diuretic. Maksudnya ia membantu proses penyingkiran toksin, bakteria, garam dan air dari badan dengan lebih efficient ok.
Pernah tengok tak orang yang ada water retention? Pagi badan dia kembang macam belon, dan bila picit betis, berlubang dalam sangat. Tapi bila dah tengahari, eh dah kempis semula badan dia.
Biasanya ibu-ibu mengandung dan wanita yang ada PCOS mengalami situasi ni.
Herba lain yang bersifat diuretic adalah halia, parsley, teh hijau dan teh hitam, roselle dan beberapa lagi.
4. Tinggi Vitamin C dan membantu proses penyembuhan luka dan baikpulih kulit. Kulit lebih glowing dan berseri bak bulan mengambang penuh.
5. Membantu badan lebih cepat berpeluh. Jadi suhu badan yang panas tu lebih cepat turun. Untuk bayi atau anak kecil, mandikan di dalam air rebusan lemon.
Tapi kau jangan rebus anak dalam periuk tu pulak. Kenalah tuang air rebusan lemon tu dalam baldi dulu.
Tambah air sejuk untuk bagi suam, dan rendamkan badan anak sambil gosok-gosok kepala dan badan dia ok.
6. Legakan sakit tekak akibat batuk berterusan. Batuk pun reda.
Berapa dos untuk dewasa dan anak kecil?
Untuk kanak-kanak, kita ikut hukum Young’s Rule. Ada di gambar cara kiranya.
Boleh rujuk gambar beserta langkah-langkahnya ok. Baca betul-betul tau. Jangan skip nanti tersalah buat, esok lusa bangun pagi telinga tinggal sebelah.
AMARAN: Madu tak boleh diberi pada anak bawah 1 tahun kerana usus belum matang untuk terima kehadiran bakteria yang semulajadinya ada dalam madu. Boleh menyebabkan keracunan dan kematian bayi hanya dari bakteria ni. Rujuk artikel tentang larangan ni ok.
https://www.poison.org/…/2010-jun/dont-feed-honey-to-infants
Ikuti cara membuatnya
Mastura Rashid
Fiona family herbalist