Bila dah berkahwin dan sudah beranak-pinak, jangan anggap sudah tidak boleh mendapatkan badan yang slim dan kulit wajah cantik seperti zaman anak dara. Seperti tips yang dikongsikan oleh ibu kepada 5 orang anak ini, Juliana Willes mengenai cara penjagaan yang diamalkan supaya kulit wajah berseri-seri. Boleh cuba!
Ikuti perkongsiannya.
KULIT MUKA GATAL DAN KEMERAHAN
Mengurus rumah tangga, menjaga suami, dan membesarkan anak-anak memang mencabar. Lebih-lebih lagi, saya bekerja sepenuh masa. Dengan 5 orang anak untuk dijaga, saya tetap utamakan tentang penjagaan kulit.
Kerana gaya hidup yang sibuk, kulit jadi iritasi bila ada habuk. Saya juga mengalami kesan alahan seperti gatal-gatal, bengkak atau kemerahan pada kulit.
Tapi kita jangan putus asa nak pastikan kulit wajah kembali halus dan mulus.
Oleh itu, saya mencari produk penjagaan kulit yang sesuai untuk digunakan setiap hari untuk memulihkan dan menghidrat kulit supaya tiada masalah.
RAMUAN YANG TIDAK BAHAYA
Bila memilih produk penjagaan kulit kena pastikan ramuan tidak mengandungi bahan berbahaya yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit sensitifnya.
Ads
Baru-baru ni ada kawan perkenalkan saya produk natural ni, jenama Byme Skincare. Apabila menggunakan set ni, saya dah jarang pergi spa. Dah tak perlu berbelanja ratusan dah. Caranya mudah aje dengan buat rawatan wajah sendiri di rumah menggunakan produk ni untuk repair balik wajah. Tapi kena lah pakai konsisten lah, untuk nampak lebih berkesan.
Ini saya share caranya ye.
STEP 1
Remove Makeup
Dengan menggunakan Radiant Glow Gentle Cleansing Water, saya dapat menghapuskan soleknya selepas sehari di tempat kerja dan berasa segar dan terhidrat! Dapat hilangkan solekan menggunakan pad kapas beberapa kali sehingga muka bersih.
STEP 2
Wash & Cleanse
Ads
Seterusnya, saya mencuci wajahnya dengan Radiant Glow Cleansing Mousse. Pembersih bebas buih ini selamat dan sangat lembut. Urut Mousse ni dendgan lembut pada wajah dan basuh selepas itu.
STEP 3
Tone & Nourish
Selepas cuci wajah dan keringkan, saya guna pula Radiant Glow skin Essence. Lembutkan kulit lagi dengan tambahan serum. Hanya menepuk pada kulit di di wajah beberapa kali sehingga ia kering.
STEP 4
Face Cream
Ads
Kemudian, guna pula Radiant Glow Complexion Cream. Ia berfungsi tiga cara; sebagai krim pelembab, asas solek, dan pelindung matahari yang ringan untuk kegunaan seharian. Ketika memakainya lakukan urutan pada wajah dan sedikit sapuan loose powder. Dah siap!
STEP 5 –
Bonus! Mask & Relax
Step 5 ni, mask pakai seminggu sekali atau jika perlu saya akan menggunakan Radiant Glow Hydrating Essence (Face Mask). Masker muka ini sangat best! Pakai selama 5-20 minit.
KESANNYA TERBAIK!
Sejak saya menggunakan produk ni, keadaan kulit bertambah baik! Kulitnya terasa lebih lembut dan jerawatnya berkurang. Tidak lagi perlu lagi guna concealer. Boleh cuba jika nak kulit sihat dan licin.
Dengan hanya 4 + 1(mask) langkah, wajah kembali fresh. Penjagaan kulit bebas toksik ini membantu saya elak masalah kulit wajah. Malah saya pun mempunyai masa terluang bersama anak-anak. Semua penjagaan wajah ni mudah dilakukan di rumah aje. Boleh lah cuba produk ni.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tak cukup tidur antara faktor kenapa boleh berlaku nya eye bag atau lebam di bawah mata. Walaupun ia tidak mengganggu tugas harian, namun wajah anda tampak tidak bermaya.
Namun adanya kantung atau lebam di bawah mata anda membuatkan anda kelihatan seperti seseorang yang tidak mendapat rehat yang cukup dan menunjukkan yang anda sedang mengalami sedikit tekanan.
Jom cuba petua yang dikongsikan oleh Habibah Badar Bajrai menerusi facebooknya.
TIPS MURAH DAN MUDAH HILANGKAN EYE BAG
Akhirnyaaaa. Kak Bib jumpa gak ngan petua yang senang dan serasi nak hilangkan eyebag ni.
Eye bag ni dah lama sangat bergantung kat bawah mata ni. Nak jual takde sapa nak beli. Nak sedekah pun takde yang sudi.
Dah cuba macam macam petua. Tepek timun, letak kentang, letak teh uncang. Eye bag ni tak jugak kurang. Degil yakmat.
Last last, jumpa tips omputeh ni. Guna sudu jekk. Pergh, tak sangka. Yang paling simple ni la yang paling best. Sekejapan jek eyebag tu jadi kurang sesangat.
Korang cuma kena ada sudu makan tu ha. Masukkan kejap dalam freezer. Agak agak dalam 5 minit jek dah cukup.
Pastu, keluarkan. Belah belakang yang melengkung tu kita tekapkan kat mata. Biar jek sampai sudu tu hilang sejuk.
Aritu eyebag kak Bib size L. Bila ulang ulang buat, terus jadi size S. Memang amazing betul la.
Ingat tau. Tekapkan sudu tu kat mata. Bukan korek mata. Kang, lain lak jadinya.
Jangan lupa #share tips ni supaya dapat tolong kengkawan kita yang ada eyebag gak. sPastu jangan lupe follow Habibah Badar Bajrai untuk tips dan petua petua jimat yang lain tau. ☺️
#EyeBag
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjaga kecantikan dan kesihatan wanita dengan menggunakan amalan tradisi orang dulu-dulu, tidak dinafikan ada manfaatnya.
Umpamanya dengan minum air kunyit sekurang-kurangnya sekali sehari, nak tahu detail ini perkongsiannya.
Hanya Amal Jus Air Kunyit, Dari Kulit Berjeragat Jadi Licin Terus
Air kunyit ni sangat bagus dan berkhasiat untuk kecantikan dalaman dan luaran wanita berkesan juga untuk buangkan lemak dan kuruskan badan. Kunyit mempunyai kebaikkan dalam penjagaan kulit wajah untuk merawat dan mencerahkan kulit dan nampak lebih berseri.
Ia mampu menjadikan kulit lebih bersinar dan licin dari dalam kulit.Menghaluskan kulit wajah.Meringankan segala macam masalah kulit dan membuat kulit menjadi halus mulus.
Menghilangkan kerutan dan garis halus di wajah. Masalah ini selalu menjadi perhatian wanita terutamanya kerutan diwajah.
Mengatasi masalah jeragat dan bintik hitam. Kunyit juga mampu membantu menghilangkan jeragat dan bintik hitam.
Menghilangkan jerawat. Manfaat kunyit juga mampu menghilangkan jerawat dengan membasmi kuman jerawat supaya jerawat dapat diatasi tanpa meninggalkan kesan.
Kunyit juga berkhasiat untuk kecantikan dalaman wanita. Mencuci darah dan kekotoran dalaman, kecutkan rahim (bagus untuk kurangkan buncit), kecutkan buasir, kecutkan fibroid, kecutkan semua jenis ketumbuhan dalaman, menyuburkan peranakan, memulihkan luka luka dalaman, naikkan seri muka, buang angin, elakkan tombong atau rahim keluar atau rahim jatuh dan baanyak lagi.
Saya guna ibu kunyit ni adalah sejenis anti-septic yang boleh mencuci darah dan membersihkan luka.
Caranya:
1. Kisarkan ibu kunyit (dalam 4ketul sederhana besar) dengan 5 gelas air masak.
2. Tapis airnya.
3. Campurkan sedikit air asam jawa dan gula merah (gaul sebati sambil panaskan di kuali)
4. Diminum sekali sehari selama 3 hari berturut turut selepas darah nifas bagi orang bersalin. Untuk dijadikan amalan elok diminum sekali sehari setiap pagi atau malam atau bila berkesempatan asalkan ada minum.
Walaupun lambakan produk di pasaran, tetapi bukan semua daripada kita sesuai menggunakannya secara bebas. Adakalanya produk ini buat muka jadi lebih teruk malah kulit wajah naik berjerawat.
Mungkin kurang sesuai dengan jenis muka kita atau mungkin juga bahan yang digunakan kurang serasi dan mesra dengan jenis kulit kita. Memilih produk berbentuk organik memang disyorkan namun selalunya produk dengan bahan organik ini harga boleh tahan juga.
Jadi, nak selamat dan berkesan dan paling penting tak gunakan kos, ada baiknya kita cuba petua alami untuk cantikkan kulit wajah. Sambil-sambil memasak, lebihan barang-barang dapur ini boleh anda gunakan ke muka. Senang jer!
Ikuti 5 langkah ini. Usahakan cantik seluruh wajah.
#Langkah 1 -Naikkan Seri Muka
Basuh muka dengan air basuhan beras yang ketiga. Kemudian bilaslah dengan air selama 10 minit. Untuk kulit yang berpanau atau bintik putih, ambil halia dan tumbuk, kemudian letakkan pada kawasan berpanau.
#Langkah 2 -Licin Dan Merahkan Wajah
Ambil tomato dan lecek halus. Letak pada wajah dan biarkan selama 20 minit. Bilas dan amalkan 3 kali seminggu.
#Langkah 3 -Hilangkan Parut
Tumbuk kulit kayu manis hingga lumat dengan sedikit air. Bancuhkan bersama bedak sejuk dan ratakan pada parut. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga parut beransur hilang.
#Langkah 4 -Tegangkan Kulit Muka
Ambil timun dan sagat halus kemudian masukkan sedikit tepung ubi kayu. Bancuh agar jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Cukup hanya mampu melekat dengan baik pada wajah. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Bilas dengan air bersih dan amalkan petua ini.
#Langkah 5 -Merahkan Bibir
Sapu madu asli pada bibir setiap malam sebelum tidur. Amalkan selalu dan insyallah bibir akan mekar dan merah dengan asli.
Wanita Lebih Cantik Jika?
Tak Merokok
Merokok memang bawa kesan pada kesihatan. Wanita kalau boleh jangan merokok kerana ada kesannya pada kulit. Nak kulit cantik dan sihat selalu ada baiknya jangan merokok.
Makan Banyak Buah
Buah memang banyak kelebihannya. Menurut pakar motivasi, amalkan makan buat ketika sebelum makan adalah yang sepatutnya dilakukan oleh kita. Menikmati buah selepas makan akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana terlalu banyak air. Nak perut cantik? Jadi makanlah buah sebagai appertizer, bukan selepas makan!
Pilih Air Kosong
Seeloknya, minumlah air kosong sahaja selepas mengambil makanan dan elakkan air manis yang tidak menyihatkan. Jika boleh, contohilah Nabi kita yang tidak minum selepas makan. Itu lebih baik!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Simpanan KWSP yang dibuat pada setiap bulan sebenarnya banyak membantu kita. Selain pengeluaran KWSP untuk deposit rumah, ramai yang tidak tahu sebenarnya ada cara untuk bayar bulanan rumah dengan melakukan pengeluaran duit dalam Akaun 2 KWSP.