Wanita Ini Jelaskan Beza Butter Blend Dan Pure Butter. Yang Nak Buat Kuih Dan Kek Raya Kena Alert, Barulah Jadi Gebu Dan Sedap!

Share

Hari raya tak lama lagi, tentu ada yang sedang merancang untuk ke pasaraya atau kedai kek membeli bahan-bahan membuat kek dan biskut.

Bagi yang baru berjinak-jinak membuat sendiri kuih di rumah tentu tak tahu yang mana satu bahan yang terbaik untuk menghasilkan ekk atau biskut yangs edap dan rangup.

Mana taknya, di pasaran terdapat pelbagai bahan-bahan yang sama tetapi pelbagai jenama. Tentu pening dibuatnya. Dalah satunya adalah pemilIhan butter. Rupanya terdapat dua jenia butter iaitu Butter Blend dan Pure Butter. Tentu ramai yang tak tahu. Selama ni beli jenam yang sama asalkan namanya ‘ butter’.

Menarik perkongsian ini, wanita ini berkongsi info dengan menjelaskan dua jenis perbezaan butter.

Ambil perhatian ye penjual kek, kuih & biskut. Mohon telus dengan bahan² yang anda guna. Kalau guna Buttercup, FarmCows & seangkatan dengannya, jangan sesekali claim guna pure butter. BUTTERCUP BUKAN PURE BUTTER. Buttercup tu brand 😅. Saya tak kisah anda pakai buttercup @ pure butter, yang penting anda jujur & telus. Hak masing² nak guna apa pun.

Saya ada tengok iklan di FB jual biskut raya sebalang RM10-RM15 dan seller tulis dia guna pure butter. Bila ditanya, rupanya seller guna Buttercup. Kesian pembeli tertipu & sebagai seorang pembeli, anda wajib ragu² dengan harga yang terlalu murah jika seller bagitau dia guna pure butter. Yang jual guna Buttercup, Planta & telus bagitau pembeli, Tahniah! Anda penjual yang jujur.

Sebagai seorang baker pulak, anda seharusnya aware yang Buttercup bukan pure butter. Seorang baker mesti tau beza antara Buttercup & pure butter sebab ni antara bahan asas dalam pembuatan kek, kuih & biskut. Buttercup, marjerin diperbuat dari palm oil & campuran lain manakala butter dari lemak tenusu.

P/S : ni bukan isu sedap tak sedap ye. Sedap tu subjektif. Saya tak nafikan banyak je kek, kuih, biskut guna buttercup, planta ni sedap. Saya cuma nak highlight tentang perbezaan bahan antara buttercup & pure butter saja.Ada orang memilih pure butter atas faktor kesihatan, bukan nak rasa sedap semata². Sebab tu pentingnya seller telus & jujur.

PURE BUTTER/ BUTTER

Sumber: Khatijah Einie   & vitamin.ibucergas.com