
Pintu kabinet dapur mungkin kelihatan kosong di dalamnya tetapi idea kreatif wanita ini membuatkan ruang berkenaan nampak menarik. Bukan tu je, barang juga kelihatan lebih tersusun rapi.
Simple je tapi hasilnya wow. Malah dapat jimatkan kos, dengan barang harga RM2.10 sahaja wanita ini berjaya DIY pintu kabinetnya sebagai tempat letak barang tambahan.
Menurut pemilik akaun Facebook milik Zilly Ekieyda Full, awalnya dia hanya membeli tempat gantung barang itu tanpa tujuan.
Namun setiba di rumah dia mendapat idea untuk melekatkannya di pintu kabinet sebelah dalam. Denganadanya pintu kabinet itu, dia menempatkan barang seperti makanan tin dan juga span basuh pinggan serta kain lap.
Wanita itu berkongsi foto-foto hasil DIY itu di dalam group dekorasi di Facebook
“Haritu pegi ECO… Jumpe bekas putih nie…beli terus 12pcs (mase tu mmg tggl 12pcs je color putih😅) yg lain ade lah color hijau n purple…bler balik rumah duk pkir nak buat ape ye beli byk2…
“Nak lekat kt toilet, kt toilet da ade da lebih kurg bekas cmnie…pastu pkir punyer pkir dpt idea lekat kt pintu cabinet💪bler suami bukak cabinet tengok, die kate dah macam bukak PETI AIS🤣 TAPI die kate OK lah tersusun senang nk amik brg nnti😁
Moga kaedah yang dikongsikan ini menjadi manfaat dan panduan buat ibu-ibu yang mahu mencantikkan lagi ruang dapur supaya nampak lebih kemas dan tersusun rapi.
‘Elok Tak Kecut.” Wanita Ni Kongsi ‘Rahsia’ Bawang & Kentang Tahan Lama, Tak Busuk & Berulat. Guna Pelapik RM6 Je!

Bawang dan kentang antara bahan masakan yang sering digunakan. Tetapi apabila dibeli dalam kuantiti yang banyak, adakalanya ia menjadi kecut dan busuk. lebih-lebih lagi kalau anda jarang guna.
Admin kongsikan tips menarik daripada Norasihah Nams menerusi facebooknya telah berkongsi cara pastikan bawang dan kentang di rumah kekal lama.
No wonder bawang ,kentang di simpan dalam kain jut klu jual kt kedai dalam kuantiti yang banyak.
Saya x search pun apa kaitannya. Cuma time nak setting tempt bawang ni mmg saja nk beli kain ni buat lapik sesaja.
Apa yang saya perati..
Bawang n kentang samgatttttt tahan lama bila diletak dgn kain ni.
Sama juga kunyit yang kebetulan sesat termasuk dlm ni. Elok x kecut da berapa lama xtau lah..
Mmg jenis jrg masak klu kerja so mmg boleh perasan bawang n kentang tak lodo walau dah lama. Kalau tak sebelum ni letak dalam bekas jaring pun stil ada yg busuk n berulat sb “rajin sangat “masak.
Setahun dah setting cmni. N sangat tahan wire basket tu kat situ. Minima, save space. ❤️.
Nak bagi lekat kuat pelekat tu.
Lepas lekat pelekat tu, biarkan selama minimim 72jam atau 3 hari sebelum letak beban.inshaAllah tahan .pelekat ni dapat sekali bila beli wire basket ni. Xsilat hrga sy beli rm13.90/pc.
Burlap (kain jut tu) rm6/meter dl. Skrg tengok shopee rm8/meter.. ok lagi tu..👍🏻👍🏻
Sumber Noraishah Nams
Tawaran harga menarik daripada Zalora, Klik di sini
“Saat Membaca Nota Itu, Berderai Air Mata. Meruntun Jiwa Seorang Ibu Ini.” Gara-Gara Terpecah Parfum Ibu, Tindakan Anak Ini Menyentuh Hati.

Anak adalah anugerah yang terindah dalam kehidupan suami isteri. Keletah dan perangai mereka ada kalanya membuatkan hati kita terhidur. Tak kurang juga boleh mendatangkan marah.
Bagi yang tak mampu mengawal perasaan, mulalah naik angin dan memarahi anak dengan kata-kata kesat, tak kurang juga naik tangan.
Inilah yang terjadi pada seorang anak yang secara tidak sengaja terpecah botol minyak wangi kesayangan ibunya.
Si ibu marah dan mengamuk namun cara anaknya menebus kesalahan yang dilakukan telah menyedarkan dia tentang kesilapan yang telah dilakukan.
Ikuti catatan Ummu Nurin yang dikongsi oleh Bonda Nor dalam Facebooknya. Semoga ia menjadi pengajaran buat kita semua.
“Mama, ni duit yang ganti minyak wangi tu. Mama, Ajim dah tak ada duit raya. Ma, Ajim bayar sikit-sikit dulu tau.”
Kasihan. Si kecil Ajim terpecahkan minyak wangi kesayangan ibunya. Si ibu pantas ‘naik hantu’ dan mengamuk. Namun lihatlah betapa tulusnya si anak memujuk. Si ibu sudah hilang kawalan, namun si anak masih tenang berdepan tekanan dan mengusulkan penyelesaian.
Diam-diam, Ajim menyelitkan angpau yang berisi semua duit rayanya di celah pintu bilik si ibu. Niatnya cuma satu.. Dia mahu menebus rasa bersalah dengan membayar kos minyak wangi yang dipecahkannya tadi.
Allahu Rabbi! Hati ibu mana yang tidak luluh andai ‘ditegur’ Allah dengan cara seperti ini?
“Saat membaca nota itu, berderai airmata… Meruntun jiwa seorang ibu ini… Habis hilang semua perasaan marah, geram dan kecewa yang bersarang sebentar tadi…Kemudian saya sedar… Hanya kerana benda bersifat sementara saya hampir hilang akal hingga saya hampir saja mengeluarkan kata-kata yang bisa mengguris rasa anak-anak kecil.”
Allah ya Allah.. Mengalir deras airmata saya sewaktu membaca perkongsian Ummu Nurin ini! Ini bukan kisahnya. Ini juga kisah kita. Kisah kelalaian ibubapa dalam mengawal kata.
Saya terkenang kisah seorang ibu yang mengamuk memarahi anaknya bila si anak mencurah air sabun lebihan basuh kereta ke dalam pasu bonsai kesayanganya..
“Aku lebih sayang pokok ni dari kau, tahu!”
Saya teringat kisah seorang ayah mengutuk anaknya.. Tanpa dia sedar, si anak terdengar kata-kata tersebut..
“Itu bukan anak orang. Itu anak anjing!”
Ya Allah.. sungguh kadang kita tak tahu betapa luluhnya hati si anak mendengar kata-kata kita. Ya Allah.. sunguh banyaknya dosa-dosa kita dalam mendidik mereka!
“Mama minta maaf. Tak sepatutnya mama cakap macam tu. Ya Allah.. mama rasa berdosa sangat.”
“Mama minta maaf. Tak betul cara mama pukul awak tadi. Kalau nabi nampak, tentu mama kena marah. Tapi mama hilang sabar. Lain kali jangan buat lagi ya. Mama takut hilang sabar lagi.”
Subhanallah. Saya sendiri pun kadang hilang sabar dengan kerenah anak-anak. Entah berapa kali saya terpaksa meminta maaf dengan anak-anak sendiri. Sungguh. Kadang dalam mengharung keletihan dan kesibukan, sekali sekala kita tersilap juga. Terkeluar juga tindakan yang tidak sepatutnya. Kadang herdikan. Kadang libasan rotan.
Namun sejurus akal mampu berfikir rasional, betulkanlah keadaan. Minta maaf dengan anak-anak kita. Pulihkan semula luka di hati mereka. Insya-Allah. Tindakan meminta maaf sering membantu memulihkan semula situasi.
Anak-anak melakukan kesilapan. Kita juga! Namun jika terlajak kata, ringan-ringankanlah mulut kita meminta maaf . Jangan malu mengakui kesilapan kerana setiap kesilapan menuntut pembetulan!
Ajarlah anak-anak kita menjadi seorang manusia yang sedar bahawa mereka memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, tetapi yang penting ialah kesungguhan mereka untuk membetulkan kesilapan tersebut.
Memang ada kerenah mereka yang menyakitkan hati kita. Tapi antara kita dan mereka, sememangnya kita lebih waras dan lebih dewasa. Maka, sesakit apa pun yang kita rasa, janganlah melepaskan geram dengan cara yang tak sepatutnya. Orang dewasa harus tahu bagaimana mengubati lukanya tanpa menyebabkan orang lain pula yang terluka!
Marilah sahabat, sama-sama kita cuba tanamkan satu tekad. Awasi kata-kata yang keluar dari mulut kita. Jangan ia menjadi doa yang diangkat ke langit tanpa kita sedar. Bilas kesilapan dengan istighfar. Istighfar.
Kami memohon keampunan-Mu ya Allah. Kurniakanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah. Satukanlah hati-hati kami dengan anak-anak kami. Janganlah beban kesilapan kami menjadi asbab kesilapan mereka pula.
Ampunilah kami yang selalu tersilap ini ya Allah. Amin ya Rabbal alamin. Ummu Nurin, terima kasih kerana berkongsi kisah anak soleh Ajim ini. Insya-Allah ia mencetuskan manfaat untuk ibu-ibu seperti saya.
Awas, 9 Benda Yang Sebenarnya Lebih Kotor Daripada Mangkuk Tandas Rumah. Nombor 8 Paling Tak Sangka!

Seringkali kita merasakan bahawa tandas merupakan kawasan yang paling kotor dirumah dan pusat pembiakan segala bakteria dan kuman.
Namun begitu, mengikut kajian para saintis, terdapat tempat yang lebih kotor dari mangkuk tandas di rumah, tanpa kita menyedarinya. Berikut adalah senarai tersebut :
1) Sinki Dapur
Sinki Dapur sering digunakan dalam penggunaan harian. Apatah lagi jika anda kerap memasak dan menghabiskan masa didapur. Bayangkan terdapat lebih 500,000 jumlah bakteria pada setiap inci persegi dalam lubang sinki sahaja.
2) Suis Lampu / Kipas
Pernahkah anda mengelap atau membersihkan suis lampu atau kipas? Jika tidak pernah, baik masukkan dalam rutin pembersihan rumah anda. Ini kerana selama bertahun-tahun tangan kotor anda menyentuh suis tersebut ia menyumbang kepada 217, 000 jumlah bakteria per inci persegi.
3) Tombol Pintu
Seperti yang anda tahu, tangan adalah salah satu bahagian tercemar. Menyentuh tombol pintu, yang juga jarang dibersihkan mengakibatkan kuman dan bakteria dari orang lain yang telah menyentuh tombol itu berpindah ke tangan anda.
4) Papan Kekunci Komputer
Dalam satu kajian rawak daripada 33 Papan Kekunci Komputer, empat daripadanya dikategorikan “Merbahaya untuk kesihatan”.Oleh itu adalah penting lap bersih Papan Kekunci Komputer dengan kain dan detergen ringan demi menjamin kebersihannya.
5) Wang/Duit
Pesuruhjaya Kajian Kesihatan mendapati terdapat 135, 000 jumlah bakteria daripada satu not wang kertas dan purata jumlah 126, 000 dari not wang kertas yang lain. Oleh itu, pastikan anda membasuh tangan dengan bersih setelah mengendalikan wang yang banyak.
6) Span Basuh Pinggan
Rekahan dalam span membuat ia sukar untuk membunuh dan membasmi bakteria dan kuman.Pengguna span secara umumnya hanya memindahkan bakteria dari satu tempat ke tempat lain. Cara yang mudah untuk membersihkan span adalah, panaskan dalam ketuhar gelombang microwave lebih kurang 60 saat selain ia akan menghilangkan bau juga.
7) Pemegang Pintu Peti sejuk
Seperti tombol pintu , pemegang pintu peti ais juga diguna oleh semua penghuni rumah dan menjadi tempat berkumpulnya banyak bakteria.
8) Telefon bimbit
Ia digunakan secara meluas dalam penggunaan seharian. Mengikut kajian ianya mempunyai 18 kali ganda kuman dan bakteria berbanding tempat duduk tandas.Bersihkan dan menggunakan tisu antibakteria.
9) Alat Kawalan Jauh TV
SARS, MRSA dan VRE antara bakteria yang mudah dipindahkan melalui Alat Kawalan Jauh Telivisyen. Terutamanya Alat Kawalan Jauh Telivisyen di Hotel, pastikan anda bersihkan dahulu dengan tisu basah ataupun balut ia dalam plastik semasa penginapan anda di mana-mana hotel.