Masakan negeri Kelantan sering menjadi perhatian ramai, Malah ada yang sanggup cuti-cuti ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini semata-mata untuk menikmari pelbagai aneka makanan di sini.
Salah satu makanan yang wajib cari apabila sampai di negeri Kelantan adalah nasi berlauk ayam kerutuk. Rasanya rempahnya memang padu maklumlah rempahnya ‘ori’ dari negeri ini.
Namun bagi yang tidak berpeluang lagi ke negeri Kelantan, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh anak jati Kelantan ini yang mewarisi resipi tersebut dari ibunya, Afy AL Habibi
Lihat resipi lengkap oleh beliau di bawah.
Dulu, cikgu nak tahu sangat rahsia nak masak gulai kerutuk tersedap. Orang Kelantan memang tersohor dengan gulai ni. Tak tipu ye. Rasa gulai ni boleh buat berhantu. Lepas makan teringat-ingat. Hasil cuba banyak kali, akhirnya cikgu dah berjaya masak kerutuk yang sama sedap dengan kedai makan kat atas Pasar Siti.
Mula dari situ masak kerutuk sudah sebati dalam diri cikgu. Paling mengancam buat masak kerutuk daging atau itik. Fuhh cubalah. Memang tak terkata nikmatnya dapat gaul kuah yang pekat dengan nasi. Nak cicah kuah dengan roti pun ngam.
Jadi cikgu taknak simpan rahsia ni sorang-sorang. Nak hasilkan gulai kerutuk menawan hati semua orang bukan terletak pada air tangan juga. Kena caranya, semua orang boleh masak kerutuk yang terlajak mabeless ni. Sila baca tujuh rahsia yang cikgu sudah pecahkan pada setiap gambar.
Nah cikgu sertakan resepi gulai kerutuk sekali.
RESIPI GULAI KERUTUK DAGING CIKGU AFY
Pes bahan kisar. Anggaran bahan untuk 1/2 kilo daging.
-3 biji bawang merah saiz bola pingpong
-1 ulas bawang putih
– 2 hiris bulat serai
-sehiris nipis halia
-sehiris nipis lengkuas
-1/2 sudu kecil jintan putih+ 1/2 sudu kecil rempah ketumbar
Kisar semua bahan di atas hingga lumat.
Cara-cara:
Panaskan minyak secukupnya. Tumis 4 sekawan. Seterusnya masukkan bahan kisar tadi.
Masukkan pula 1 sudu kecil cili kisar.
Ads
Masukkan 3 1/2 sudu besar rempah kerutuk timbang Kelantan. Kacau menggunakan api perlahan sehingga terbit minyak. Barulah ditambahkan dengan 1/2 cawan air + asam jawa secubit.
3.Masukkan pula perasa peringkat pertama. Sedikit garam, nise Kelantan dan gula secukup rasa.
Daging 1/2 kilo yang dipotong nipis dan sedikit lebar pula dimasukkan. Kacau rata sebelum periuk ditutup. Biarkan selama 40 minit menggunakan api yang perlahan.
Selepas itu, tambahkan pula 1 sudu besar kerisik. Kemudian masukkan santan 1/2 cawan. Tambahkan sedikit air.
Tambahkan perisa peringkat kedua hingga cukup rasa. Renehkan lagi dengan api perlahan lebih kurang 30 minit untuk rasa yang lebih menyerlah sebelum ditutup apinya.
7 RAHSIA GULAI KERUTUK SEDAP
1. Pilihan jenis rempah.
Masukkan serbuk rempah selepas bawang betul-betul garing. Pilihan rempah cikgu guna semestinya dari Kelantan. Rempah yang dibeli dalam bentuk timbang.
Kenapa bukan jenama lain? Baik dari segi rupa yang sedikit gelap, rasa gulai yang terhasil juga sungguh sedap.
2. Gaya menumis.
Sesetengah orang suka mencampurkan serbuk rempah dengan air sebelum ditumis. Gaya cikgu lain.
Cikgu masukkan beberapa sudu rempah kerutuk terus ke dalam periuk. Silap cara rasa gulai boleh menjadi hangit.
Untuk mengelakkannya, sila gunakan api paling perlahan dan selalu kacau. Tunggu sehingga terbit sekali minyak.
3. Elak gulai cepat basi.
Pastikan pes yang terhasil masak garing dan betul-betul pecah minyak. Rujuk gambar.
Ads
Untuk buat stok, pes disejukkan dan kemudian dimasukkan ke dalam bekas yang tertutup. Simpan bahagian frozen.
4. Gunakan ‘nise’ untuk perasa manis asli.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya nak dapatkan ‘nise’ tersebut. Terdapat di Kelantan. Tempat lain mungkin terkenal dengan gula melaka atau gula kabong.
Memandangkan gulai ini asli dari Kelantan, cikgu wajib gunakan nise sebagai penyedap rasa tambahan.
5. Kepingan daging yang elok dan empuk.
Cara daging dihiris juga perlu diambil kira.
Daging dihiris melebar dan sedikit tebal supaya selepas mengecut, rupa daging masih cantik.
Tips daging empuk;
– masukkan beberapa biji kurma. Ambil bijinya sahaja.
– reneh dalam api perlahan.
– tambahkan air jika perlu.
6. Tambahan kerisik.
Masukkan sedikit kerisik sebagai melengkapkan rasa gulai menjadi sedap dan lain dari yang lain.
Ads
7. Masak waktu malam.
Untuk rasa gulai yang sebati, masak gulai pada waktu malam. Kemudian panaskan gulai pada keesokannya. Hasilnya sangat memuaskan.
Gulai akan pekat dan berubah menjadi agak gelap dengan rasa yang sedap.
Roti adalah hidangan yang sering menjadi kegemaran sekeluarga. Malah sering menjadi pilihan untuk sarapan pagi. Namun kadang kala, lebihan roti boleh dijadikan hidang istimewa lain termasuk puding roti
Dalam pada itu, sebuah perkongsian yang memaparkan roti sebagai bahan asas untuk membuat karipap celup tepung. Kreatif sungguh wanita ini.
Ikuti perkongsian Puan Masni Baharini. Memang sedap makan panas-panas. Boleh cuba resipi ni.
Bahan-bahan
Roti, Sardin
Bahan bancuhan tepung
Tepung beras
Tepung jagung
Soda
Baking
Garam
*Bancuh dengan air
Cara penyediaan
Inti sardin: Sardin tumis dengan cili untuk rasa pedas.
Bancuhan tepung: Jangan pekat atau cair sangat. Seeloknya buat bancuhan tepung dulu sebelum bahan-bahan lain.
Klim karipap: Roti tu letak inti sardin kemudian klim dengan klim karipap. Tak perlu risau. Jika goreng tak keluar isinya.
Klim grafu: Bagi yang tak ada klim karipap boleh gantikan dengan klim grafu
Celup bancuhan tepung: Lepas boleh celup tepung dan goreng.
Siap! Selamat mencuba
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menurut pakar Kimia, Puan Dr Fatimah Salim, krimer manis/ sejat berbeza dengan susu pekat manis/ sejat.
Krimer diperbuat daripada lemak minyak kelapa sawit. Sangat minima atau TIADA langsung kandungan susu!
Oleh itu, baca label sebelum membeli.
Susu pekat manis merupakan susu yang dihasilkan daripada membuang lebih daripada 60% kandungan air dalam susu lembu yang mana kemudiannya ditambahkan gula (~45%) dan ditinkan agar tahan lama.
Kebanyakkan susu pekat manis yang berada di pasaran juga ditambah dengan lemak kelapa sawit untuk mengurangkan penggunaan susu lembu dan boleh dijual dengan harga yang lebih murah (biasanya dilabel ‘filled milk’).
Setiap 1 Oz (30 ml) susu ini mengandungi sekitar 15 g GULA (sukrosa dan laktosa), 2.5 g lemak (lebih separuh lemak tepu) dan 2.2 g protein. Ianya juga mengandungi kalsium, natrium, fosforus, selenium, riboflavin, vitamin B12 (biasanya ditambah vitamin A dan D3) dan choline.
Susu pekat manis sangat popular digunakan dalam pelbagai jenis minuman dan makanan. Pengambilan susu pekat manis secara kerap dan berlebihan boleh membawa kepada pelbagai risiko kesihatan seperti diabetis yang mana akan menjadi pemangkin kepada penyakit lain.
Disebabkan tinggi kandungan gula, alternatif yang lebih bagus ialah dengan mengantikannya dengan susu sejat. Ini kerana susu sejat juga dibuat daripada pepejal susu namun tiada penambahan gula.
BOLEH BUAT SENDIRI DI RUMAH SUSU PEKAT MANIS
Susu pekat manis sebenarnya boleh dihasilkan sendiri di rumah dengan mencampurkan 1 bahagian susu sejat dengan 1 1/4 bahagian gula. Panaskan dan kacau sehingga gula cair, susu bertekstur pekat dan sejukkan. Atau boleh juga didihkan susu dengan gula sehingga ianya menjadi pekat (~60% kandungan air meruap).
Nota:
• Susu pekat manis yang sudah dibuka perlu disimpan dalam peti sejuk kerana jangka hayatnya berkurangan sekitar 2 minggu.
• Krimer manis/ sejat BERBEZA dengan susu pekat manis/ sejat. Krimer diperbuat daripada lemak minyak kelapa sawit. Sangat minima atau TIADA langsung kandungan susu! Oleh itu, baca label sebelum membeli.
JOM KENALI SUSU DALAM TIN
Sumber: Fatimah Salim
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tak semua pandai menyediakan Nasi Arab apatah lagi bila ada yang mengatakan cara memasaknya begitu leceh dan memerlukan banyak bahan berempah yang digunakan dalam masakan.
Namun berbeza sekali cara yang dikongsikan oleh Nur Aisya dan bukan sahaja nampak mudah malah telah dicuba oleh ramai dan nyata mereka memberikan komen yang positif. Menu yang dimasak bukan sahaja ringkas penyediaannya malah nasi arab yang dimasak mempunyai rasa yang enak dan digemari ramai.
Untuk itu, di sini dikongsikan resipi yang pernah viral dan bolehlah dicuba untuk disediakan sebagai menu istimewa untuk keluarga.
NASI ARAB SENANG JE
Try buat nasi arab pakai bahan-bahan kat rumah je… Alhamdullilah menjadi dengan jayanya…
Menu berbuka semalam untuk 6 orang makan
Kongsi jugak la mana tau ada yang berkenan
Untuk resepi nasi dan ayam ada kat setiap gambar dengan step-stepnya sekali…
Ok part ni paling penting untuk dapatkan rasa nasi arab tu
Ayam saya guna 3 whole leg
Bawang besar 1 biji (klu besar guna separuh)
Tomato 1 biji
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil biji ketumbar
Buah pelaga 3 biji
1 kiub ayam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil rempah kurma
2 sudu minyak masak
Sedikit garam
Rebus sampai ayam masak… Air rebusan tadi digunakan untuk masak nasi.. Dan selebihnya saya buat sup untuk makan dengan nasi.. Sedap.. Rasa sup berempah.
Angkat ayam dari air rebusan.. Saya perap guna bahan ni
Serbuk cili
Serbuk kari
Sos tiram
Garam
Perasa
Madu/gula 1 sudu
Minyak masak 2 sudu
(perap kejap je sambil-sambil siapkan nasi)
Lepas tu panggang, bakar pada suhu 150 api atas sahaja.. 30minit… Nanti dah bakar 15minit.. Keluarkan sekejap.. Sapu lebihan bahan perap tadi. Bakar semula.. Nanti ayam kilat dan cantik.
ni bahan-bahan tumis untuk nasi.
Bawang besar sebiji
Halia 1 inci
3 sekawan (kayu manis/bunga cengkih/bunga lawang)
Panaskan majerin/butter dan kalau nak sedap minyak sapi. Masukkan bahan-bahan hiris dan 3 sekawan tadi.. Tumis sampai garing yer.
Masukkan beras.. Gaul bersama bahan tumis…Tumis sehinggan garing.. Baru nasi sedap.
Beras basmathi rendam dulu 30minit yer.
Air rebusan ayam tadi.. Masukkan dalam periuk.
Beras dah siap macam ni… Kalau beras biasa sukatan macam biasa la yer.. Tapi kalau basmathi saya guna 1 cup beras = 2 cup air.
Ayam dah siap! Ayam ni boleh je dimasak sekali dalam nasi… Tapi sy lebih suka aroma panggang..
Nasi dah pon siap… Bila nasi dah kering.. Tuang la pewarna.. Minyak carotina ke (ni
Mohd Radzi Azizi ajar)..tutup dulu.. Lepas 10 minit baru boleh kacau nasi dan jangan lupa.. Daun ketumbar… Ni yang buat bau dia sedap.
Dah siap. Hidangla mcm mana pon.. Asal kenyang…
Sup tu saya ambil dari air rebusan ayam tadi.
Ni resepi utk salatoh dan salsa
Salsa/sambal arab
Cili api
Cili besar
Tomato
Bawang putih
Daun ketumbar
Garam sedikit
(blend semua bahan diatas perah sedikit jus lemon)
Salatoh
Tomato
Timun
Bawang besar
(potong kiub bahan2 diatas)
Pudina hiris (sy guna ketumbar gak.. Benda takde
Gaul semua bahan dlm 1 bekas. Letak sedikit gula dan garam. Perah sedikit lg jus lemon. Siap!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.