Kecur liur tengok gambar resipi Mi Kari ni. Itu belum lagi rasa. Dengan hanya melihat gambar sahaja kita sudah membayangkan keenakannya. Rasanya pastilah lagi hebat.
Resipi yang dikongsikan oleh puan Afy AL Habibi ini cukup mengujakan dan buat kita semangat nak cuba.
Siap dikongsikan tip untuk mendapatkan kuah yang sedap dan padu. Nak tahu caranya, jom baca resipi yang admin kongsikan ini.
Resepi Mi Kari Netup Pong Pongg Baca nama resepi pun tak menahan. 😆 Huu memang cikgu tak tipu. Meletup macam mercun sedap dia set mi kari cikgu tunjuk semalam. Berbaloi sakit pinggang lepas ambik gambar. Sekejap tunduk. Sekejap tegak. Ke kiri ke kanan demi kawan-kawan semua. Warna kuahnya pun cikgu suka. Oren-oren begitu. Lari dari warna merah coklat biasa. Bukan macam cikgu masak gulai ayam Kelantan sebelum ni. Kawan cikgu wajib kena cuba okeh. Tengok caranya sampai habis.
Bahan-bahan
– telur rebus – fishball putih (dicelur seketika) – fuchuk goreng kering (beli siap lalu digoreng sampai garing) – tauhu (digoreng) – kacang panjang (dicelur seketika dan direndam dalam ais) – taugeh (dicelur seketika dan direndam dalam ais) – limau kasturi – cili merah – daun sup – bawang goreng
Cara membuat:
Jom kita mulakan masak Kuah Mi Kari Netupp. (untuk saiz hidangan 4-5 orang makan)
Choppp sebelum tu cikgu lupa masukkan dalam gambar lagi satu bahan penting;UDANG KERING.
Ads
Sediakan bahan kisar lain;
– 3 biji bawang merah saiz bola ping pong
– 1 ulas bawang putih
– 1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis
– sehiris nipis halia
– dua hiris bulat nipis serai
– 7 ekor udang kering
Kisar semua bahan sehingga lumat.
*sebatang serai & setangkai daun kari digunakan untuk menumis nanti
Panaskan sedikit minyak.
Ketuk sebatang serai & masukkan 1/2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi.
(Cikgu tak tumis 4 sekawan pun semalam. Nak masukkan juga terpulang ya)
Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Biar ditumis sehingga garing. Seterusnya tambahkan 1/2 sudu besar cili boh.
Untuk penyediaan campuran rempah;
– 3 sudu besar Rempah Kari Cikgu Afy
– 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
– secubit dua serbuk lada hitam & lada sulah
Ads
Masukkan rempah campuran tadi.
Diikuti 1/2 sudu besar serbuk lada.
Kacau sehingga sebati.
*cikgu memang tak larutkan rempah kering tadi dengan air. Ini memang cara cikgu*
Guna api paling perlahan sahaja.
Sebab cikgu nak keluarkan aroma wangi rempah semasa ditumis. Kacau sehingga terbit minyak.
Barulah cikgu masukkan 1 cawan kecil air + secubit asam jawaMasukkan perasa peringkat pertama;
– 1 keping bulat nisse@gula melaka
– 1/3 sudu besar garam
– secubit dua serbuk perisa
Ads
Part paling penting juga, cikgu akan tutup periuk waktu ni. Biar tumisan mereneh sehingga pecah minyak.
Kira-kira 7-8 minit.
Lapisan berminyak macam ni lah cikgu sebut pecah minyak. Barulah masukkan 3 ketul ayam yang dicincang kecil & segenggam kerang. (Nak letak kerang selepas daging ayam masak pun tak mengapa)
Ok ini selepas 10-15 minit. Tumisan mendidih cantik dan isi ayam sudah masak.
Masukkan pula 3 cawan santan. Cikgu guna santan kotak M&S. Diikuti secawan air. (Tengok kepada kepekatan & sukatan kuah yang diingini)
Perasakan kuah peringkat kedua. Garam, gula dan serbuk perisa ikut citarasa sendiri.
Masukkan 1/2 kiub ayam Maggi untuk menyedapkan lagi rasa kuah. Biar kuah mendidih.
Sebelum ditutup api, masukkan bahan tadi. Kacau sekata. Siap kuah mi kari yang sangat lazat!
Banyak cara serta tip yang dikongsikan bagi yang ingin tanam sayur-sayuran di rumah. Selain mudah hidup kaedah yang dipraktikkan ini juga tidak menggunakan banyak modal serta ruang yang luas.
Cara tanam kunyit.
Setelah menelaah beberapa article dan ilmu di internet, ada banyak cara sebenarnya. Tapi ini cara yang saya gunakan.
1. Beli kunyit hidup di kedai.
2. Potong razom (ubi) kepada 1-2 inci. Pastikan ada mata untuk tunas pokok.
3. Bungkuskan di dalam tisu basah dan masukkan ke dalam bekas bertutup (tipuware). Masukkan hirisan bawang besar sekali bagi mempercepatkan pertumbuhan tunas.
4. Biarkan 1-2 minggu pada suhu bilik. Sentiasa pastikan tisu dalam keadaan lembab.
5. Apabila razom sudah ada tunas, boleh ditanam di atas tanah / pasu.
6. Pastikan pokok mendapat air dan baja yang mencukupi. InsyaAllah, dia akan membesar dengan jayanya.
Daun kunyit dah mahal sekarang ni. So, boleh la try tanam sendiri. Mudah je kan.
Kaedah menyimpan lebihan makanan dengan cara dibekukan cukup praktikal untuk dilakukan bagi mengelakkan pembaziran andai banyak makanan tidak dapat dihabiskan.
Berbanding menjadi kelaziman kita ibu-ibu ini asal ada lebihan makanan, semuanya terus dimasukkan ke dalam peti ais. Maklumlah sayang hendak dibuang, lagi-lagi jika banyak kuantitinya.
Pun begitu, sebenarnya kaedah itu tidak praktikal untuk ibu-ibu lakukan agar lebihan makanan tersebut dapat kekal elok dan selamat untuk tempoh yang lebih panjang hingga berbulan-bulan lamanya.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia untuk panduan bersama.
Tabiat kita bila makanan tak habis, kita selalu simpan dalam peti ais untuk dimakan kemudian hari. Tapi selalunya tidak tahan lama. Esok lusa dah basi.
Tahukah anda, makanan-makanan ini boleh disejukbekukan supaya ianya tahan lebih lama?
Berikut adalah makanan dan jangka hayat jika ianya disejukbekukan.
Share dan simpan infografik ini agar boleh jadi rujukan bila nak simpan makanan nanti.
Apa yang pasti, melalui kaedah menyimpan lebihan makanan dengan cara dimasukkan ke dalam bekas berpenutup dan kemudian dibekukan sebagaimana saranan Publick Health Malaysia ini cukup praktikal untuk dilakukan bagi mengelakkan pembaziran andai banyak makanan tidak dapat dihabiskan.
Contohnya, marjerin/mentega yang sering kita gunakan untuk menyediakan hidangan kek atau biskut. Sekiranya masih berbaki eloklah disimpan di ruangan sejuk beku untuk tujuan simpanan lebih lama.
Jangan tak tahu, lebihan marjerin tersebut bila disimpan dengan cara ini boleh bertahan dan kekal elok selama hingga 9 bulan lamanya.
Manakala dengan menyimpan cara bekukan pizza, ia akan kekal selamat untuk dimakan sehingga 1 bulan lamanya.
Begitu juga dengan beberapa jenis makanan lain yang ada di dalam infografik yang dikongsikan itu. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.
p/s:
Pastikan ianya dibalut dengan ketat atau disimpan dalam bekas sebelum disejukbekukan
Seakan satu fenomena pula bila dilihat pada ‘kegilaan’ pilihan permainan anak-anak kita hari ini yang rata-ratanya suka bermain beyblade.
Melihat kesukaan permainan anak-anak kita ini, terpanggil untuk seorang ibu dan juga merupakan seorang guru tadika memberi pendangannya berkenaan permainan ini.
Menurutnya banyak kebaikannya berbanding bilamana anak asyik bermain gajet.
Beyblade VS Handphone.
Demam beyblade sedang melanda anak-anak kita. Dulu kita pernah merasa demam spinner tapi tak lah sehebat demam beyblade ini saya kira. Teringat pula kenangan kita dulu-dulu, main ceper, batu seremban, galah panjang, teng teng dan sebagainya. Saya kira tak salah kita meraikan anak-anak kita untuk bermain berbeyblade.
Anak-anak saya tidak terlepas dari ‘demam’ ini termasuk anak perempuan saya .
Daripada pemerhatian saya, beyblade telah memberikan pengalaman yang baru dan positif terhadap anak-anak. Berikut adalah pendapat saya.
1. Beyblade melatih anak-anak mengasah skil motor halusnya kerana anak perlu memutar, memasukkan, menarik, menyambung dan sebagainya. Jadi tangannya serta jarinya bekerja. Otot-otot serta sendinya bekerja. Ini bagus berbanding hanya memegang handphone yang tiada banyak pergerakan.
2. Beyblade melatih koordinasi mata dan fokusnya. Anak fokus ketika memasang. Fokus ketika beyblade berpusing.
3. Beyblade meningkatkan skil komunikasi dan bahasanya. Anak akan cenderung untuk bermain bersama orang lain. Dan akan berlakulah komunikasi dua hala. Kosa kata anak akan meningkat dan bahasanya juga akan lebih diperkaya lagi.
4. Beyblade membantu anak bersosial dengan orang lain. Berlainan dengan bermain handphone, anak lebih suka bersendirian dan tidak suka diganggu.
5. Beyblade mengeratkan lagi hubungan kita dengan anak-anak dan di kalangan adik beradik.
Sebagai tambahan, ibu bapa boleh mendidik anak untuk menabung sekiranya mereka suka mengumpul beyblade. Dan sekarang sudah ada tournament serta pertandingan beyblade, boleh latih anak untuk yakin diri.
Kesimpulannya Beyblade membantu juga anak-anak yang ketagihan gajet.
Namun ibu bapa kena juga pantau dari segi disiplin masa untuk solat dan adab ketika bermain dengan kawan-kawan.
Selamat ber’beyblade’
Disclaimer: Ini pendapat peribadi sahaja. Jika tak setuju, tak jadi masalah. Sekolah pun lain-lain
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...