Hati mana yang tidak sedih apabila kehilangan ibu tercinta. Kenangan hidup bersama pasti dalam ingatan sehingga kehujung nyawa.
Bagi anak pula kehilangan ibu adalah amat memilukan buat diri. Hinggakan barang peninggalan ibu jadi pengubat rindu.
Sebagaimana yang dilakukan oleh puan Nani’s Makeover
yang menjadikan kain batik tinggalan arwah ibu sebagai kenangan. Malah menjadikan ia sebagai hiasan rumah. Meletakkan kain batik millik arwah di frame gambar telah menarik perhatian ramai.Ikuti perkongsian beliau.
Kain batik ni dah koyak2 hujungnya. Banyak bahagian yang dah dimakan lipas sbb setahun dah terperuk dalam almari mak sejak mak meninggal.
Kain ni sebenarnya kami guna waktu mandikan jenazah mak setahun yang lalu.
Sejak mak takde, kami Tak usik dah almari mak sehinggalah 1 hari kami 2 beradik keluarkn baju2 mak dan asing asingkan untuk dibahagikan kepada anak cucu mak yang lain.
Macam biasa, Sekadar Ambik ‘kenangan’ yang betul2 Tak boleh padam dihati untuk diabadikan dirumah ni sebagai hiasan. Bukan sekadar hiasan, jugak sebagai ‘pengjargaan’.
Lebihan Kain yang masih baik, letakkan dalam frame untuk tatapan Mata.
Dan segala kenangan yang baik, letakkan dihati sebagai kenangan yang Tak Kan kami lupa. Seram? Patah hati Tak Ada mak, lebih seram dari segala seram yang ada dalam dunia ni.
Sumber: Nani’s Makeover