Wanita ‘hilang’ suami 10 bulan lalu kini hilang dua anak, “Saya tak kuat…”Norizan Ujak, 40 sedih apabila dua orang anaknya maut dalam kemalangan di Jalan Lebuh SPA dekat Stadium Hang Jebat, Krubong di sini, pada petang Isnin.
Wanita ‘Hilang’ Suami 10 Bulan Lalu Kini Hilang Dua Anak, “Saya Tak Kuat…”
Dalam kejadian jam 6.15 petang itu, anak sulung dan anak bongsunya, Muhammad Amirul Hazlin, 18, dan Nur Afiqa Sofea Hazlin, 5, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka.
Norizan yang melihat sendiri nahas membabitkan anaknya di depan mata berkata, dia hanya mampu menjerit ‘Ya ALLAH anak aku’ apabila melihat motosikal yang ditunggangi anaknya merempuh tong sampah pukal roro berwarna biru menyebabkan mereka terpelanting.
Menurutnya, ketika kejadian dia mengekorinya mangsa dengan motosikal lain dari arah belakang sebelum dua beradik itu merempuh tong sampah tersebut.
“Kami dalam perjalanan nak ke Tanah Perkuburan Islam Bertam Ulu untuk menziarah kubur arwah suami yang meninggal dunia akibat komplikasi sakit termasuk kencing manis.
“Kami rancang lepas ziarah nak makan bersama selepas itu, namun tak sangka berakhir dengan tragedi,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Melaka, di sini, pada malam Isnin.
Ibu anak tiga itu berkata, lebih menyedihkan dia nampak depan mata tong roro yang diletakkan betul-betul atas bahu jalan lorong kecemasan menyebabkan anak tidak sempat mengelak kerana terdapat lori di lorong kanan.
Katanya, lebih dikesalkan tong sampah pukal yang diletakkan di bahu jalan untuk membuang sisa pokok ditebang didakwa tidak diletakkan ciri-ciri keselamatan termasuk kon diletakkan terlalu hampir dengan tong terbabit.
“Malah ketika kejadian tak ada seorang pun pekerja kontraktor yang mengawal lalu lintas memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
“Harap pihak berkuasa supaya ambil tindakan tegas kerana kecuaian ini telah menyebabkan saya hilang dua anak sekali gus. Jangan ada orang lain lagi yang menjadi mangsa,” katanya lagi.
Tambahnya, bukan sahaja kehilangan dua orang anak seretak malah hilang punca pendapatan keluarga kerana sejak pemergian arwah suami November lalu, arwah anak sulung yang menanggung keluarga dengan bekerja sambilan sebagai tukang cuci kereta.
Ads
Terdahulu Sinar Harian melaporkan perjalanan dua beradik untuk menziarahi pusara bapa mereka, tidak kesampaian selepas terbabit dalam kemalangan.
Kejadian yang berlaku mengakibatkan mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 7.40 malam dan 12.30 pagi Selasa ketika dirawat di Zon Merah Hospital Melaka.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setiba di lokasi kejadian, mangsa yang merupakan penunggang motosikal terbabit dipercayai tidak perasan sebuah tong sampah roro berada di bahu jalan sebelum merempuhnya.
Mendidik anak merupakan satu perkara yang sangat penting dalam dunia parenting. Lebih-lebih lagi jika anak itu masih lagi berusia kecil. Mahu mempunyai anak ini merupakan satu tanggungjawab yang besar dan bukan amanah yang boleh dipermainkan.
Ketika diusia masih kecil, ibu bapa merupakan contoh terbesar yang dipandang oleh anak-anak. Oleh itu mereka sebenarnya mempunyai pengaruh yang sangat kuat. Jika tidak, dari mana lagi asalnya pembentukkan personaliti mereka?
Tatkala membesar, melakukan kesilapan dalam kehidupan harian merupaka satu perkara yang normal. Apa yang tidak normal adalah apabila anak-anak diketawakan dan diperlekehkan kerana kesilapan yang dilakukan. Sepertinya menyatakan “padan muka” atau mengejek merupakan satu perkara yang amatlah tidak sihat kepada minda si kecil!
Si Manja Kehilangan Keyakinan Diri
Sama seperti kita sebagai manusia akan hilang keyakinan diri apabila diejek akan kesilapan yang telah dilakukan. Cuba bayangkan, kita yang sedang belajar mengenai sesuatu dan kita melakukan kesilapan. Apa perasaannya jika kita diejek dengan kesilapan itu? Malu bukan? Now, bayangkan pula si kecil yang mengalaminya!
Takut Mencuba Sesuatu Yang Baru
Apabila sudah sering dikuasai dengan pandangan diperlekehkan, akan munculnya pula perasaan takut untuk mencuba sesuatu yang lain. Bukan itu sahaja, perasaan ini juga akan menjadi punca kehilangan semangat untuk mempelajari sesuatu!
Murung
Si kecil akan cepat murung dan sukar untuk bergembira. Hal ini kerana mindanya sering terganggu akan perasaan seperti dirinya tidak berguna dan tidak bagus. Yang paling teruk, akan menjadi satu masalah apabila anak akan mudah terpengaruh dengan perkara negatif!
Pendedahan ibu bapa kepada si anak adalah merupakan satu pendedahan yang sangat penting. Oleh itu dinasihatkan kepada anda untuk menjadi ibu bapa yang lebih bijak.
Jika diimbas kembali, pada zaman persekolahan kebanyakkan gerai yang paling popular adalah kedai tepi jalan di luar sekolah selain kantin sekolah.
Ramai murid-murid sekolah akan membeli pelbagai makanan serta minuman di gerai ini. Bukan setakat anak-anak, kadang-kala ibu bapa atau penjaga juga turut serta menbeli makanan di gerai penjaja ini.
Selain makanan ringan, pastinya minuman adalah yang paling mendapat sambutan lebih-lebih lagi pada waktu tengahari yang terik.
Namun begitu, pengalaman seorang ibu dikenali sebagai Syaa Sabri ini telah membuatkan ramai ibu bapa menjadi was-was akan tahap keselamatan anak-anak mereka.
Kisahnya apabila beberapa hari lepas, dia sempat beli keropok dan 4 gelas plastik minuman berperisa oren di gerai terletak hadapan sebuah sekolah rendah di Kota Bharu. Namun wanita ini mula berasa pelik, apabila ais di dalamnya tidak mencair dan berbentuk lain. Bahkan ia telah masuk ke dalam mulutnya untuk dikemam, sebelum didapati rupanya serpihan kaca.
Dia yang berasa panik sejurus menyedari perkara itu kerana anak-anaknya turut minum minuman yang dibelinya itu.
Apabila dikumpulkan semula gelas minuman tersebut, ianya memang ‘sah’ adalah serpihan kaca.
Dia sangat kesal dengan kecuaian pihak penjaja kerana perkara ini boleh memudaratkan ramai pihak yang ,ungkin tidak perasan akan kehadiran objek tajam itu.
Pelbagai pandangan telah diberikan oleh pada netizen dan ramai berharap agak selepas ini pihak penjaja terutamanya yang banyak pelanggan dikalangan kanak-kanak haruslah lebih berhati-hati kerana pada usia sebegitu mudah mereka masih belum boleh menilai sesuatu yang boleh mendapatkan bahaya kepada mereka.
Bagi anda yang selalu membuat kerja rumah, pasti anda sudah tahu tempat-tempat yang sukar dibersihkan walaupun sudah disental banyak kali.
Salah satu tempatnya adalah cermin. Kadang kala sudah banyak kali lap tapi tetap juga tidak berkilat. Lebih mengharukanlagi bila sudah banyak pencuci digunakan tetapi masih juga sama.
Usah risau lagi, kerana kini anda hanya perlukan beberapa sahaja bahan untuk menajadikan cermin kembali berkilat.
Apa kata anda cuba bancuh pembersih cermin sendiri dengan menggunakan bahan-bahan di rumah sahaja. Sudah pasti selamat dan tidak beracun seperti alat pembersihan di luar yang tinggi dengan bahan kimia dan bahaya untuk anak-anak di rumah. Berikut adalah lima cara untuk membancuh sendiri pembersih tingkap anda. Mudah dan cepat!
¼ cawan cuka putih *anda juga boleh menggunakan cuka epal.
1 sudu tepung jagung
2 cawan air
10 titis minyak pati (lemon, oren, atau lavender berfungsi paling baik)
Dalam botol semburan kaca, satukan semua bahan. Goncangkan dengan baik untuk memastikan larutan dicampur dengan baik. Pastikan tepung jagung larut sepenuhnya kerana akan menyebabkan muncung botol tersembut. Semburkan larutan di tingkap dan lap sehingga bersih.
2. PEMBERSIH CERMIN SENDIRI GUNA CUKA
1 cawan cuka putih
1 cawan air suam
Isi botol semburan kaca dengan semua bahan dan goncangkan hingga sebati. Semburkan larutan di tingkap anda dan bersihkan dengan kain fiber. Sekiranya tingkap anda kotor, basuh dengan air sabun untuk menghilangkan kotoran.
3. PEMBERSIH CERMIN SENDIRI GUNA JUS LEMON
1 sudu besar jus lemon
Air suam 1-liter
Campurkan air suam dan jus lemon dan tuangkan ke dalam botol semburan kaca. Semburkan tingkap dengan larutan dan lap kering dengan kain lembut sehingga bersih.
4. PEMBERSIH CERMIN SENDIRI GUNA AMMONIA DAN TEPUNG JAGUNG
1/2 cawan ammonia
2 sudu tepung jagung
2 liter air suam
Masukkan air suam, tepung jagung, dan ammonia ke dalam botol semburan kaca. Gunakan surar khabar sewaktu mengelap untuk mencegah calar. Lap tingkap dengan bersih, pastikan anda mengelap ke satu arah untuk tingkap lebih berkilat.
5. PEMBERSIH TINGKAP KERETA BUATAN SENDIRI
1 cawan air
2 sudu cuka putih suling
Dengan menggunakan corong, isi air ke botol penyembur kaca. Seterusnya, masukkan cuka. Goncangkan dengan baik. Semburkan larutan di tingkap kereta anda dan lap dengan kain fiber.
Mudahkan? Semua alatan ada di rumah. Selamat mencuba!
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...