Perasan tak ketika berpantang, selepas mandi dengan daun-daunan herba buat anda rasa lebih segar dan kuat. Rasa lain macam sihatnya selepas mandi dengan herba-herba ini kan?
Khasiat daun-daunan ini sebenarnya sangat membantu wanita berpantang mencari kekuatannya. Selain rasa segar, aura daripada daunan herba ini cukup meninggalkan kesan yang luar biasa buat ibu berpantang.
Itu ceritanya dengan ibu berpantang, bagaimana pula jika kita ingin mengamalkannya walaupun selepas berpantang. Ya itulah yang seharusnya dilakukan. Mengikut pengamal spa dan rawatan tradisional, amalan mandi dengan daun-daun herba ini sangatlah disyorkan buat semua wanita.
Begitu juga yang diamalkan oleh Chef Sue Arukin. Bukan hanya pakar memasak, beliau juga berkongsi rahsia cantiknya di facebook. Benda yang bermanfaat dan baik, patut kita kongsi dan paling penting kena amalkan. Jom kita ikut langkah dan bahan yang dikongsikan olehnya ini.
AIR MANDIAN DAUN
Bahan-Bahan:
10 hingga 15 helai daun pandan – siat & simpul
Segenggam daun serai wangi – ikat
20 helai daun limau purut- siat
5 biji limau purut – ambil kulitnya sahaja
10 helai daun lengkuas – siat
10 helai daun halia bara – siat
10 helai daun jambu batu
10 helai daun halia bentong atau halia biasa – siat
Air seperiuk besar (lebih kurang 6 liter)
Selamat mencuba!
“Comelnya Bila Ketawa Bergerak Perut. Alhamdulillah.” ‘Baby Bump’ Intan Ladyana Jelas Kelihatan Buat Ramai Teruja
Kelibat pelakon Intan Ladyana meraih perhatian ramai apabila ‘baby bump’ mula kelihatan biarpun empunya diri sebelum ini tidak berkongsi sebarang maklumat berkenaan kehamilannya.
Perkongsian video tersebut dimuatnaik pelakon Dazrin Kamarudin di mana dia berkunjung ke kedai karpet bersama suaminya, Harris Alif.
“Thanks for coming guys @intanladyana @harrisalif,” tulis Dazrin menerusi kapsyennya.
Video berdurasi 15 saat ini menampakkan pasangan suami isteri ini sedang menari mengikut trend tarian diplatform Tiktok. Dalam video tersebut, perut Intan ketara menampakkan perubahan.
Dalam pada itu, rata-rata warganet teruja dan mengucapkan tahniah buat pasangan suami isteri ini.
Untuk rekod, Intan Ladyana,39, dan Harris, 22, telah selamat mendirikan rumah tangga pada bulan Februari yang lalu. Kisah cinta mereka telah mendapat perhatian warga maya berikutan jarak usia antara kedua-duanya yang agak jauh iaitu 17 tahun.
Sebelum ini khabar angin mengenai kehamilan Intan Ladyana hangat diperkatakan. Tidak mengiyakan atau menidakkan tentang kehamilan isterinya, Harris dalam laporan Kosmo memaklumkan andai sudah sampai waktu yang sesuai dia sendiri akan membuka mulut.
Harris atau nama lengkapnya, Nor Harris Alif Nor Rashidi, 22, berkata, buat masa sekarang, dia tidak mahu terlalu memperincikan desas-desus berita tersebut.
“Minta maaf, kalau boleh saya tak nak komen apa-apa sangat tentang isu itu (Intan sudah hamil). Cukuplah orang mendoakan yang baik-baik sahaja buat isteri saya.
Sumber: dazrin88 & intanladyana
ARTIKEL MENARIK: “Saya Terima Dengan Sabar, Reda & Syukur.” Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri, Sahabat Arwah Suami Jadi Pilihan!
ARTIKEL POPULAR: “7 Tahun 7 Kek Birthday. Pengsan Mak Hang.” Che Ta Penuhi Hajat Aaisyah Sempena Hari Lahir. Mak & Anak Lawa, kek Pun Cantik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Rupanya Ini Cara Buat ‘Hydrating Mask’ Supaya Wajah Kembali Lembap. Boleh Cuba!
Wanita dan kecantikkan memang tidak boleh dipisahkan. Pelbagai produk dan petua mesti cuba.
Justeru, untuk tampil cantik ni kena rajin untuk manjakan diri termasuk wajah. Apabila diri tampil cantik, sudah tentu kita lebih yakin diri.
Sebagaimana petua ni berkongsi cara untuk tampil wajah kembali cerah dan tidak kusam.
Hanya menggunakan bahan-bahan natural dan mudah didapati di dapur untuk membuat Hydrating Mask Scrub. Biasanya jika di spa kos rawatan ini hampir ratus ringgit. Apa lagi buat aje di rumah. Jom cuba!
PETUA RAWAT KULIT KUSAM , KERING & JERAGAT TEBAL.
So untuk korang yang ada masalah kulit kering , berjeragat dan kulit kusam wajib cuba tau. Rawatan ini dipanggil Hydrating Mask Scrub. Amalkan hydrating mask ni untuk kelembapan kulit muka agar mulus dan glow, mengecilkan pori-pori, serta sapu sekitar kaki dan tumit kaki yang kering atau merekah juga tau.
Cara – caranya :⠀
1. Sediakan sebiji tomato. Tomato ini boleh digunakan sehingga 3 kali. Setelah itu, korek isi tomato tersebut.⠀
2. Masukkan 2 sudu beras hancur untuk dijadikan scrub muka. Anda tidak perlu membasuh beras terlebih dahulu ya. ⠀
3. Masukkan Yogurt asli untuk kesan optimum, anda boleh lakukan detox skin dan detox body⠀
4. Masukkan 1 sudu madu asli⠀
5. Campurkan semua bahan di atas dan kacau sehingga sebati. Dia agak cair sikit boleh je nak tambah beras kalau tak cukup tau.
6. Wrap dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit atau 1 jam ⠀
7. Sapukan campuran bahan-bahan tadi dan diamkan 15 minit atau 20 minit. Kalau nak 30 minit pun boleh. Kemudian scrub sehingga kalian berpuas hati.⠀
Sangat elok hydrating mask di gunakan dalam suhu yang sejuk. secara semula jadi.⠀
⠀
Proses ini akan menjadikan pori-pori mengecil. Kulit akan kelihatan mulus dan halus. lebih segar.⠀
8. Selepas 30 minit. Buang semua black head dan white head. Kemudian cuci menggunakan hydrating mask kembali dan bilas.⠀
9. Untuk proses yang terakhir, boleh sapukan ais ke kulit wajah anda untuk menambahkan kesegaran kulit dan mengecilkan pori-pori dengan lebih baik.⠀
⠀
TIPS TAMBAHAN : kalau nak kulit lembab bebas jeragat dan glowing boleh amal skinz booster untuk dalaman. Khasiat dalam jamu untuk kulit tu akan buat kulit awak ching ching di pagi raya.
Menarik petua ni. Boleh cuba di rumah. Jimat belanja!
Kredit: Jamu Puteri HQ
“11 Tahun Saya Tunggu. Yang Tak Puas Hati Mungkin Ada Anak ramai.” Dilabel Obses Anak sendiri, DS Siti Nurhaliza Bidas Kecaman Netizen. Padu!
Kalau sudah bergelar selebriti, buatlah apa pun pasti ada saja yang tak kena di mata orang. Mungkin bagi sesetengah peminat mendambakan artis kesayangan mereka muncul dan berkongsi hal peribadi sekerap yang mungkin. Tak kurang pula yang rasa ‘annoying’ dan menganggap seseorang selebriti itu terlalu berlebihan.
Demikianlah yang terjadi pada permata negara yang satu ni. Kerap berkongsi foto dan video puteri kesayangan, Siti Aafiyah di media sosial membuatkan penyanyi nombor satu negara ini di ‘cop’ netizen sebagai seorang ibu yang terlalu obses dengan anaknya.
Begitu pun Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menepis tanggapan segelintir pihak itu. Sebaliknya Siti, 40, berkata, dia menjadikan laman sosial, terutama Instagram dan YouTube sebagai arkib untuk menyimpan segala rakaman momen manis yang boleh dirujuk semula pada kemudian hari.
Jelasnya lagi, perkongsiannya mengenai anak kesayangannya, Siti Aafiyah merupakan kegiatan normal seorang wanita bergelar ibu.
“Tidak semua mengenai Aafiyah saya akan kongsi. Kebiasaannya perkongsian saya mengenai Aafiyah adalah perkembangan terkini dia, contohnya telah pandai menari dan bercakap.
“Saya rasa semua ibu akan berkongsi perkara yang sama mengenai anak mereka. Saya tidak obses dengan anak sendiri, malah rasanya, saya juga tidak terlalu kerap memuat naik gambar dan rakaman video Aafiyah seperti yang diperkatakan warganet. Ada juga dalam platform tersebut mengenai kerjaya dan rutin saya.
“Jika ada momen menarik dan perlu, saya akan kongsi. Dalam masa yang sama juga akan selang-selikan muat naik paparan dengan aktiviti seni. Lagipun, rasanya bukan kesalahan jika saya obses dengan anak sendiri.
“Selama 11 tahun saya menanti kehadiran Aafiyah dan hanya pada usia 39 tahun, baru dikurniakan cahaya mata. Mungkin mereka yang tidak puas hati itu mempunyai anak ramai. Jadi, mereka tidak teruja seperti yang saya rasakan ketika ini,” katanya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Anta Permana itu, biarpun sibuk dengan urusan kerja, seboleh mungkin dia tidak mahu ketinggalan menyaksikan proses tumbesaran buah hatinya itu.
“Selalu saya pesan kepada pengasuh supaya rakam apa sahaja gelagat Aafiyah. Apabila sibuk bekerja, kadang-kadang ada perkara yang saya ketinggalan. Balik rumah, tengok Aafiyah sudah pandai itu dan ini.
“Untuk tidak menyesal, saya rasa rakaman seperti itu perlu. Saya lebih suka jika rakaman dimuat naik di laman YouTube. Selain durasinya yang panjang, ia juga boleh ditonton pada bila-bila masa.
“Jika hanya simpan di telefon bimbit, bila-bila masa boleh hilang, terutama jika peranti itu bermasalah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kayuhan Wanita 2019 yang menampilkannya sebagai Ikon Selebriti.
Mengulas pembabitannya dalam acara itu, Siti berkata, sebagai ikon, dia ditugaskan mempromosikan program yang bakal berlangsung pada 26 Oktober ini di Putrajaya.
“Kalau boleh, saya mahu 3,000 peserta mengayuh basikal pada hari itu. Bagi mereka, golongan selebriti lebih mudah menarik perhatian orang ramai menyertai acara ini. Harapan saya, program ini mendapat sambutan ramai,” katanya.
Sumber: BH Online & IG ctdk