Meskipun amalan mengambil jamu begitu sinonim dengan wanita Melayu, namun siapa sangka wanita berbangsa cina ini juga tidak terkecuali. Malah dirinya begitu selesa dilabel sebagai Amoijamu.
Terbukti amoi ini bukan sebarang amoi, dia miliki bentuk tubuh yang cantik, sihat dan bertenaga hasil daripada mengamalkan jamu semenjak 15 tahun yang lalu. Menurutnya, ramuan jamu tersebut telah dikongsikan oleh mak bidan yang merawatnya ketika berpantang dan hingga kini terus diamalkan.
Nyata, apabila diamalkan menampakkan kesannya yang cukup hebat. Jadi usah tunggu lagi, buat anda yang belum berjinak-jinak dengan amalan jamu ini ada baiknya mencuba dan rasai sendiri kesannya.
Bagi ibu-ibu yang biasa mengambil jamu, apa kata kali ini anda sediakan sendiri ramuannya sebagaimana yang dikongsikan oleh Amanda Tan ini. Jom semak!
Hari ni saya kongsikan satu resipi mak bidan saya buatkan utk saya 15tahun yang dahulu. Sekali sekala memang saya amalkan petua ini. Syukur masih diberikan rezeki utk mencari bahan bahan dan kesihatan yang ampuh melalui pengamalan jamu dari usia muda sampai sekarang yang nak masuk usia 40an. Berikut adalah resipinya.
Jamu Asam Kunyit Herba
Resipinya:
→Segenggam Kunyit matang.
→Segenggam Halia Bentong. Kalau tiada halia bentong, boleh pakai halia tua. Makin tua, makin pedas makin tinggi zat nya.
→Segenggam Temukunci. Ambil ubi dan jari jemari sekali
Ads
→Segenggam cekur / kencur. Sama aje kedua duanya. Sini panggil cekur. Indonesia panggil kencur.
→Daun Mengkudu 3 helai kalau besar.
→Daun Sirih 3 ke 5 helai ikut saiz.
→Air 1 liter
Perisa ikut selera memasing:
Asam Jawa
Gula Melaka
Garam
Lada Hitam untuk yang lepas bersalin boleh tambahkan ketika fasa memblender tu.
Ads
Cara olahan:
1. Cuci bersih kesemua bahan bahan.
2. Potong kecil dan masukkan ke dalam blender.
3. Masukkan air secukup nya dan kisar semua bahan hingga sebati.
4. Dah sebati tu, tapiskan. Asingkan air dengan hampas. Hampas jangan buang. Boleh buat lulur badan nanti.
5. Ambil air yang sudah dikisar dan masukkan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. Boleh tambah air ikut keperluan.
6. Waktu memasak boleh ditambah perisa seperti asam jawa, gula melaka atau garam. Ikut citarasa masing-masing ya. Saya tidak meletakkan gula. Untuk mereka yang baru bersalin, boleh tambah satu sudu kecil lada hitam yang telah ditumbuk. Lada hitam bagus untuk memanaskan badan.
Cara minum:
Minum satu cawan pagi dan satu cawan malam. : Amalkan lepas makan. Jangan minum jamu ketika perut kosong, kang tak pasal pasal kena gastrik atau perut sebu.
Baki jamu boleh simpan dalam peti. Sebelum minum, panaskan suam suam kuku.
Ads
Boleh amalkan seminggu dua kali.
Untuk yang lepas bersalin, amalkan dua minggu selepas bersalin. Biar hormon badan lepas bersalin stabil dahulu sebelum amalkan jamu.
Rajinkan minum air suam bila amalkan jamu supaya lawas.
KHASIAT:
: Memulihkan tenaga
: Memanaskan badan
: Melancarkan peredaran darah
: Membuang angin
: Atasi lenguh lenguh , sengal badan
: Mengurangkan bau badan
: Mencuci dalaman badan dan menyah toksin
: Menghilangkan keputihan
: Memulihkan luka dalaman
: Mengecutkan peranakkan
: Melawaskan pembuangan
: Menyerikan wajah
: Mencantikkan kulit
: Khasiat tinggi
: Agen awet muda
: Sesuai untuk wanita dan lelaki
Tidak sesuai ketika:
*Waktu haid
*Sedang hamil
*Anak kuning / jaundis
*Kalau kencing manis, jangan letakkan gula melaka. Boleh gantikan dengan daun stevia kering.
*Kalau darah tinggi, jangan masukkan garam. Gula pun kurangkan.
“Kita dah nak masuk umur 40an dah. Masih lagi rajin amalkan jamu…jangan sesekali pandang remeh hal kesihatan. Tak kira bangsa , agama atau usia, jamu lah pilihan ku.”-Amanda Tan
Badan lemah membawa maksud seseorang itu merasa letih ataupun tidak bertenaga. Ia bukan membawa maksud rasa mengantuk ataupun rasa pening kepala. Apabila anda merasakan badan anda lemah, anda tidak mempunyai motivasi dan tenaga untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
.
Badan lemah merupakan salah satu simptom yang disebabkan masalah kesihatan. Ia boleh berpunca dari perkara yang normal sehinggalah perkara yang serius. Jika rasa lemah tersebut masih tidak sembuh selepas mengambil rehat dan makanan yang cukup, pesakit mungkin mempunyai masalah kesihatan yang lain dan perlunya ada pemeriksaan seseorang doktor.
. PUNCA-PUNCA BADAN LEMAH
Ia boleh dibahagikan kepada 3 kategori am iaitu:
.
1. Gaya hidup
2. Masalah kesihatan
3. Masalah mental
.
1. Gaya hidup
Jika anda mengalami masalah badan lemah, aktiviti dan juga gaya hidup mungkin menjadi punca dan penyebab kepada masalah tersebut. Sebagai contoh, ia boleh disebabkan oleh senaman yang berlebihan atau tidak melakukan senaman, kurang tidur, lebih berat badan, sedang dalam keadaan stress, sedang mengalami kehilangan seseorang ataupun sesuatu, pengambilan alkohol/dadah yang kerap, pengambilan kafein yang banyak dan tidak mengamalkan diet yang sihat.
.
2. Masalah kesihatan
Terdapat pelbagai masalah kesihatan yang menyebabkan simptom. Ia adalah disebabkan Anemia (kurang sel darah merah), sakit sendi, jangkitan kuman (ketika demam dan selsema), Hipotiroid, masalah tidur (Insomnia), Penyakit Autoimune (Contoh : SLE, Rheumatoid arthritis, Psoriasis), lemah jantung, kanser, kencing manis, kegagalan buah pinggang dan kegagalan fungsi hati.
.
3. Masalah mental
Terdapat beberapa masalah mental yang menyebabkan perkara ini seperti penyakit kebimbangan, tertekan dan sebagainya. Rawatan masalah ini berkait rapat dengan punca yang menyebabkan masalah tersebut berlaku. Doktor akan memeriksa pesakit terlebih dahulu untuk mengetahui punca kepada pesakit. Jika pesakit disyaki mempunyai masalah kesihatan, pesakit mungkin akan diminta untuk menjalani beberapa jenis pengambilan sampel darah untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut.
.
Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk merubah gaya hidup dan mengelakkan rasa badan lemah. Ia adalah :
.
1. Sentiasa mengambil air yang mencukupi
2. Melakukan senaman secara rutin dan tidak berlebihan
3. Dapatkan tidur yang secukupnya
4. Elakkan perkara yang menyebabkan anda stress
5. Elakkan pekerjaan yang menyebabkan beban yang banyak kepada anda
6. Elakkan pengambilan alkohol, rokok dan penggunaan dadah
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Buah mata kucing bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang manis malah turut boleh dijadikan pelbagai menu yang istimewa. Sama ada dijadikan air minuman menyegarkan mahu pun jeruk yang mempunyai rasa masam-masam manis, ianya memang mampu menjentik selera sesiapa jua.
Buat yang teringin nak merasa air mata kucing yang menyegarkan bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan oleh Asmawati Nasir ini.
Air mata kucing
Buah mata kucing kering secukupnya
1 buku gula Melaka
2 buku gula batu
Gula mengikut kemanisan
Air secukupnya
Daun pandan di simpul
Cara-cara
1. Cuci buah mata kucing hingga bersih
2. Masukkan dalam periuk bersama air dan daun pandan dan rebus hingga kembang dengan api sederhana.
3. Masukkan pula gula Melaka dan gula batu dan masak hingga gula hancur dan sedikit pekat.
4. Perasakan dengan gula.
5. Siap dihidangkan panas atau sejuk.
Tak pun lagi best kalau dapat makan jeruk buah mata kucing asam boi. Lihat sahaja gambar yang dishare oleh @eddriantjhia (instagram) ni, memang kecur liur dibuatnya.
Pun begitu, perasan tak ada juga sesetengah antara kita bila makan sahaja buah mata kucing ini akan mudah sahaja mendapat batuk ataupun tekak terasa gatal. Mengelakkan semua ini terjadi, ketahui dulu cara atau petua cuci buah mata kucing agar bersih dan selamat dimakan. Jadi jom semak cara cuci buah mata kucing dengan cara yang betul!
PETUA CUCI BUAH MATA KUCING DENGAN AIR GARAM
Buah mata kucing juga perlu dicuci dengan cara yang betul untuk hilangkan segala kotoran pada kulitnya serta elakkan keracunan dan sakit seperti batuk.
CARANYA:
1. Rendamkan buah mata kucing dalam air garam.
2. Biarkan dalam 15/20 minit
3. Keluar segala kotoran pada kulit
4. Lepas tu boIeh bilas buah mata kucing dengan air bersih.
5. Selamat dimakan.
Cuci dengan cara ini lebih terjamin bersih bila nak makan, berbanding sekadar cuci dengan lalukan air.
Selamat Mencuba!
Kredit:Azie Erme
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan kesihatan amat penting dalam kehidupan kita sehari- hari. Dengan memiliki tubuh badan yang sihat, seseorang dapat melaksanakan aktiviti harian tanpa masalah.
Apabila mempunyai ilmu mengenai kesihatan kita mampu ambil langkah berjaga untuk mengelak serangan penyakit.
Ikuti perkongsian puanZeta Azzahra mengenai petuanya.
* update.
Pada yg ada gastrik mak aji tak berani nak sarankan. Ini bukan ubat ye. Ini remedy utk normalkn bacaan kolestrol.
Cara minum, segelas sebelum sarapan pagi. Kalau baru nak cuba, minum dulu air kosong selepas.bgn tidur dan baru minum air ini. Dlm sehari boleh minum berkali2. Mak aji biasa habis 2L dan tetap minum air kosong. Pg2 mak aji tak blh lari dr nescafe ais. ☕
Alhamdulillah.
Mak aji ada berita nak kongsi ni
Beberapa purnama nan lalu…
Bacaan kolestrol telah naik kpd 6.9. Masa tu doktor nak on ubat turunkan kolestrol tp mak aji kata..doktor bg sy turunkan bacaan secara natural dan sy kawal makan.
Kemudian selepas ambil ujian darah di makmal.. bacaan menurun kpd 5.3
Kali ini doktor kata.. kita teruskan ikut cara puan. Tp awas, jaga makan sbb kita akan jumpa selepas hari raya (puasa).
Dari berjumpa doktor 4 bulan sekali.. doktor kata kita jumpa 6bln sekali ye.
18 Julai lalu, berpagi2an mak aji di hosp ambil darah. Utk cek tekanan darah tinggi, kencing manis, lemak dan bacaan kolestrol.
Hari ini 29 Julai, seronok sgt doktor td. Alhamdulillah mak aji normal. Bacaan kolestrol mak aji dr 5.3 telah turun kpd 3.3. NORMAL!
DT dan KM alhamdulillah pun tak ada. Lemak pun 1.1.
Opsss..apa rahsia nya ye? Tu lah.. cuba kalau jumpa anak kecik mak aji.. nnt anak kecik mak aji cakap tu….UMI MINUM AIR KENTUT! My goodness kan..kanak2 . Resepi KLIK PADA GAMBAR PERTAMA ye.
(Limau kasturi tu lgsg tak digunakan dlm air ni. Limau kasturi tu sy buat resepi limau kasturi asam boi. Kena jeruk 3 bulan. Baru boleh minum )
IKUTI CARA PENYEDIAANNYA
Air Cholestrol Free
Air 6L
Lemon 3 biji
Lemon tu digosok2 dgn Soda bikarbonat. Lepas tu baru digosok2 dgn garam halus. Tgn bau harum je. Dan lembut.
Basuh bersih2 dgn air paip.
Potong nipis2. Perah air lemon. Asingkn air lemon dan potongan lemon yg sdh diperah.
Halia 5 kaki/batang/unit seperti dlm gambar utk 6L air.
Bersihkan dan buang /kikis kulitnya dgn menggunakan sudu. Potong halus2 pun boleh tetapi lebih baik blender kalau rajin. Mak aji sagat je.
Nenas separuh jika buahnya besar, atau sebiji jika buahnya kecil. Dibuang kulitnya. Dipotong2 ikut suka.
Masakkan air 6L ke dlm periuk. On api. Masukkan semua bhn kecuali perahan lemon. Masak hingga menggelegak. Kemudian masukkan perahan lemon. Kacau.
(Perahan lemon kalau masukkan terus pun boleh je. Biasa mak aji kalau rajin, selepas menggelegak. Didihkan sekejap.)
(Mak aji tak pernh blend 3 bhn bersama sebelum ia di masak..jd tdk tahu nk jwb yg itu. Tp biasa nya mak aji hanya akan blend semua potongan lemon + nenas + halia yg sudah dimasak. Tuang kembali hampas/bhn ni ke dlm.periuk. kalau tak rajin, tak blend tp makan begitu shj selepas minum airnya)
(Sebenarnya tak kisahlah kan bgmana kaedah penyediaan, janji buat bhn2 inj dan minum secara konsisten baru dpt lihat hasilnya selain kawal makan juga).
Dapat lah 3 bekas air Tware yg 2L tu. Dengan hampas2 sekali masukkan. Simpan dlm fridge. Boleh minum.suam, panas atau sejuk. Tanpa gula. Setiap hari. Hampas tu makan lah. Tak rasa apa pun. Amalkan secara konsisten.
Mak aji sediakan 6L utk 3 ke 7 hari. Bykkan minum air kosong juga ye. Mak aji ni pagi2 minum je nescafe ais. Tp sblm sarapan, mak aji minum dulu segelas.
Mak aji cikgu. Kurang exercise mcm zumba tu, cuma naik turun tangga di sekolah shj. Dan jalan2 dlm mall. Mak aji jarang masak di rumah, sbb tu mak aji minum 6L air kentut utk 3 atau 4 hari. Kalau baru nak mencuba, boleh mula dgn 1L air, lemon 1 biji dan halia 1(apa penjodoh bilangan utk halia ye.. sebesar 1rangkaian halia itu lah..tak tau nak sebut bgmana). Nenas bahagi lah kpd 1/4.
Selamat mencuba! Moga bermanfaat bersama.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...