Pernikahan adalah tentang cinta, tentang persahabatan, tentang kesabaran dan tentang kehidupan. Pasangan lelaki dan wanita diciptakan antara satu sama lain untuk saling melengkapi. Kecintaan dan kasih sayang antara suami isteri bukan sekadar di bibir sebaliknya kena dari hati yang ikhlas dan jujur selain mendapat keredaan Yang Maha Esa.
Rumah besar, kereta besar, duit yang banyak bukanlah gambaran kebahagiaan. Biar rumah yang kecil, namun syukur dengan apa yang ada. Itulah asas dalam kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Demikian menurut Prof Dr Muhaya Mohamad.
Prof Dr Muhaya Mohamad dan suami kesayangan, Dato Dr Azmi Jamion yang membina mahligai cinta tatkala masing-masing masih bergelar pelajar nyata cukup istimewa.
“Pertama kali bertemu suami adalah pada tahun1976. Ketika itu ada Piala Perdana Menteri dan saya salah seorang ahli jawatankuasa bagi program berkenaan. Daripada situ kami mula berkenalan dan sempat bermain ping pong bersama. Waktu itu, kami sudah mula suka antara satu sama lain. Sebelum pulang, suami minta alamat saya untuk berhubungan. Waktu itu tiada kemudahan telefon seperti sekarang. Jadi kami berhubung melalui surat.
“Setiap minggu kami saling mengutus surat sehinggalah pada tahun 1979 saya tinggal di asrama di Pantai Baru manakala suami pula di Jalan Raja Muda. Kebetulan teman serumah saya, Dr Wan Sapiah seorang yang agak alim orangnya. Dia yang bagi cadangan supaya saya dan suami bernikah awal. Daripada berjumpa selalu baik kami nikah. Katanya berjumpa tanpa ada ikatan nanti berdosa, saya pun terfikir betul juga apa yang kawan saya cakap .
“Walaupun tidak melakukan perkara-perkara yang terlarang tetapi kami selalu berjumpa, makan bersama dan belajar bersama. Itu juga dikira berdosa. Akhirnya kami memilih untuk berkahwin kerana mahu mendapat keredhaan Allah dan mengelak maksiat. Waktu itu saya dalam tahun kedua dalam bidang perubatan.
“Tetapi saya bimbang penerimaan keluarga dengan keputusan tersebut. Waktu nak telefon ayah, saya jadi was-was. Tetapi tak sangka lepas cakap, ayah setuju dan tak tahu kenapa ayah saya boleh bersetuju. Mungkin juga ayah saya orang yang beragama dan dia tahu itu juga satu benda baik. Cuma ayah minta kami nikah gantung dan tidak duduk bersama supaya saya tidak mengandung kerana takut susah nak belajar.
Ads
Jimat kongsi makan dan minum berdua
“Istimewanya ikatan pernikahan ini bukan sekadar mengelakkan maksiat, sebaliknya selepas berkahwin saya masih mampu mengekalkan momentum dan muncul pelajar terbaik. Itulah berkatnya apabila berkahwin tanpa ada maksiat. Selepas berkahwin, kami bebas ke sana ke mari dan boleh membonceng motosikal suami untuk ke kelas, belajar di perpustakaan sampai tengah malam kerana ada suami sebagai peneman.
“Bukan itu sahaja, apabila bergelar suami isteri kami boleh berjimat. Kalau pergi makan, mesti kami kongsi lauk dan order satu teh ais sahaja. Disebabkan duit pun tak ada sangat masa itu.
“Jika saya penat dan sebagainya, suami akan bawa tengok wayang dengan menaiki motosikal. Memang hidup saya sangat gembira dan selalu saya cakap pada kawan takutnya jika Allah tarik balik nikmat yang saya peroleh ketika itu. Tetapi kawan saya cakap jika kita bersyukur insyaAllah, Allah akan kekalkan nikmat tersebut. Jujurnya, banyak kegembiraan yang saya peroleh berbanding cabaran ketika itu.
“Dulu saya kenal suami umur 17 tahun dan dia cinta pertama saya. Saya rasa cinta kami sangat asli dan jujurnya sebelum berkahwin perangai saya tidak elok. Saya garang, suka marah, suka merajuk tetapi selepas kahwin suami puji perangai saya lebih baik dari sebelum ini (sebelum berkahwin).
Ads
Ini semua sebab hukum Islam yang mana lepas kahwin kena taat pada suami. Pendek kata, sebelum kahwin saya tunjukkan perangai tidak elok, tetapi selepas kahwin saya berubah untuk menjadi lebih baik. Pada saya lebih baik kita tunjukkan perangai sebenar sebelum kahwin. Tidak ada kepura-puraan sebelum itu.
“Dalam berumah tangga, keikhlasan sangat penting dan yang keduanya, agama dan tujuan perkahwinan itu sendiri. Bukan sama ada terdesak atau sebab sayang. Kita mesti kahwin kerana Allah dan mahu mendapat redhaNya. Macam saya sendiri, saya kahwin kerana mahu mengelakkan maksiat kerana mahu menjaga Agama dan bukan sebab nafsu atau suka. Tetapi lebih kepada menjaga Agama. Itulah keberkatannya.
“Jadi untuk pasangan di luar sana, apa-apa yang kita lakukan mesti niat kerana Allah dan berkahwin kerana cinta Allah dan bukannya cinta manusia sebab manusia boleh hilang tetapi Allah sentiasa ada. Apabila kita mendapat cinta Allah maka kita akan mendapat cinta manusia. Ketaatan dan ketakwaan itu sangat penting. Justeru, kita kena tahu tujuan berkahwin.
Ads
“Jika kita kahwin untuk bahagia memang takkan bahagia kerana hanya orang yang bahagia sahaja boleh bahagiakan orang lain. Kerana itu, kita kena betulkan dalaman terlebih dahulu iaitu fikiran dan emosi mesti positif dan kena tanam dalam diri bahawa agama adalah segala-galanya,”
“ Wanita yang paling bertuah dan bahagia adalah wanita yang memiliki suami yang sangat baik, beriman. Apabila lelaki sedemikian yang datang meminang anak saya maka saya terima tanpa memberi alasan belajar sebagai halangan kerana belajar bukan segala-galanya. Yang penting jodoh yang baik, waktu yang baik dan jauh daripada maksiat.
“Benda penting adalah belajar dan selalu solat berjemaah dengan suami, minta suami doakan kita. Suami sangat tekankan solat dan agama kena jaga kerana itu yang memberi kebahagiaan ialah Allah dan jika kita menjaga agama maka Allah akan menjaga kita .Asas dalam sesebuah perkahwinan bukan melihat pada apa yang kita ada tetapi kepada sikap kita kepada apa yang kita ada.
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memasang sebuah kabinet dapur yang cantik dan lengkap dengan segala fungsi memang didambakan oleh semua wanita terutama sekali kaum ibu.
Pun begitu bukan semua orang punya citarasa sama. Ada juga yang lebih gemar melakukan sendiri dan berkreatif demi mencari kelainan di rumah sendiri.
Ada daripada kita yang gemarkan gaya luar biasa, bersahaja mahupun cara paling simple dalam menghias rumah. Begitu juga di dapur.
Bagi anda yang lebih gemar melakukan sendiri, ada baiknya anda mencuba hasil ilham lelaki bernama Shuhaimi Zulkefli yang membina sendiri kabinet DIY nya di rumah dengan hanya menggunakan rak buku.
Cantik, kemas dan kreatif. Bukan hanya cantik dan kemas, malah ideanya ini mendapat perhatian netizen yang rata-rata sangat berminat dengan hasil kerjanya.
Pemuda ini berkongsi hasil kerjanya dengan turut menyenaraikan bajet yang diperlukan. Menarik!
“Oleh sebab ramai pm cara buat kabinet pakai rak buku tu, saya bagi gambar detail di bawah sekadar berkongsi.
Saya hanya pakai :
1) Rak Buku (Tesco) – RM14.90 x 6 Biji
2) Angle Bar L Shape (Kedai D.I.Y @ hardware) – RM3.60 (12 pcs)
** Setiap rak, saya letak 2 pcs Angle Bar (atas & bawah) tepat pada tulang tengah tu. Tingkat atas tak perlu ikat, letak jer kat situ.
** Beban paling berat saya, lesung batu & botol pencuci.
Cantikkan hasilnya? Bukan hanya itu sahaja malah dia juga dengan sedang mempersiapkan beberapa projek DIY lain.
Next insya allah, sekarang saya tengah siapkan projek diy yang lain :
1) Sofa L Shape size 9 kaki untuk 12 orang duduk, dengan modal RM250 sahaja. 2) Buaian katil bayi dengan bermodal RM60. 3) Kitchen Hood – Penyedut Asap Dapur DIY kos dalam RM100
Hebat!
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Wanita mana yang tidak inginkan zuriat sendiri. Lebih-lebih lagi, Itulah yang pengikat kasih sayang antara suami dan isteri.
Bagi pelakon dan hos, Siti Elizad yang sekian lama menantikan cahaya mata Sulung, bagaimanapun tetap bersabar meskipun sudah 8 tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya Shamsul Baharin Rahman.
Dalam satu perkongsian bersama mStar Online, pelakon berusia 37 tahun itu berkata dia tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi sebaliknya percaya dengan rezeki dan perancangan Allah SWT.“InsyaAllah tahun ni rasanya akan cuba lagi. Kalau tak ada juga kami reda sahaja la dan enjoy hidup berdua.
“Stres juga setiap tahun mencuba tapi masih belum menjadi, jadi saya malas dah nak fikir, lagi pula umur pun dah meningkat tak nak la stres-stres, nak tenang-tenang sahaja.
“Cuma kadang-kadang bila orang push tentanganak, tu yang rasa geram… kalau buat anak ni macam mesin tak apa juga,” katanya.Dalam pada itu, pelakon drama Jalan Sesat Ke Syurga itu memuatnaik ucapan di laman Instagram sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-8.
“I takde ucapan panjang2 untuk u. Sebab, setiap kali ulang tahun perkahwinan, mesti i akan cakap ‘Inshaallah anniversary tahun depan mesti kita bertiga’. Rasanya dah boleh tukar dialog tu.
“8 tahun menanti.
“Percaturan Allah itu lebih baik. Redha & pasrah . Happy anniversary, happy honeymoon forever. Just the two of us. Doakan kami ya semua,” ungkap Elizad lagi.Akuinya lagi, soal zuriat tidak menjadi isu dalam rumah tangga tersebut kerana suaminya sudah memiliki dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.
“Ada juga tanya suami kalau dia nak kahwin lain… tapi dia kata dah ada dua anak sebelum ini, jadi dia tak rasa zuriat ini isu dalam rumah tangga kami,” katanya.
aurelia_rose02Alhamdulillah ❤️ semoga berkekalan sampai syurga saya nak masuk 5tahun sy da redoh berserah suda xmo fikir lagi berdoa saja semoga kekal setia bajagia selama2nya aamiinn inshaAllah
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Selagi ada kudrat, saya ikhtiar meneruskan kelangsungan hidup.” Demikian ungkapan dari wanita dan juga penyanyi terkenal era 80-an, Zaiton Sameon.
Pelantun lagu Menaruh Harapan ini mengakui, nasib dunia seninya tidak seaktif dan rezeki tak sekencang dulu termasuk ketidaktentuan ujian pandemik COVID-19.
Begitu pun, dia tidak mahu mengalah. Seperti mana orang lain yang bergelut mencari rezeki, Zaiton Sameon juga rancak mempromosikan jualan rendang air tangannya sendiri.
Bisnes rendang tersebut sudah diusahakan sekitar tiga tahun lalu. Namun ia terbantut seketika sebelum ini kerana beberapa situasi terduga termasuk keadaan terbatas di era pandemik.
Ulasnya lagi, apabila sektor ekonomi kembali beroperasi dan dibuka oleh kerajaan, dia enggan berlengah dan kembali meneruskan bisnes menjual Rendang Nasib Zaiton Sameon.
“Alhamdulillah, saya pun tak boleh terus berpeluk tubuh. Duit simpanan yang ada pun bukan semakin menggunung.
“Selagi ada kudrat, saya ikhtiar meneruskan kelangsungan hidup. Syukur juga permintaan rendang pun meningkat sebab ramai sudah keluar meneruskan rutin kerja atau harian sekalipun akur tetap kena patuh dengan prosedur operasi standard,” katanya yang tinggal bersama anak angkat bernama Ika.
Katanya lagi, rendang itu sudah menjadi air tangannya sejak sekian lama.
“Kalau ada yang tanya bagaimana rasanya, saya akan beri jaminan ia sedap seperti lagu Menaruh Harapan yang melonjakkan nama ini suatu ketika dulu.
“Nak buatnya bukan mudah. Proses nak kacau rendang pun makan masa lebih enam jam.
“Proses pembuatan dan menyediakannya dilakukan di rumah adik angkat saya di Kapar, Klang,” katanya.
Kata Zaiton lagi, perkataan nasib yang digunakan pada rendang jualannya bukanlah bermaksud yang seolah olah meratap hiba.
“Perkataan nasib itu sangat subjektif. Macam hidup dan nasib saya ketika ini, mungkin ia suratan dan kitaran yang harus dilalui.
“Tak mewah macam dulu, tapi tetap rasa bahagia apa adanya,” katanya.
Dalam masa sama, Zaiton juga tidak berkecil hati apabila ada cakap-cakap belakang mengatakan dia sudah tiada tawaran nyanyian.
“Ada yang mengata saya sudah tidak laku lagi selepas berniaga rendang di media sosial.
“Namun, saya langsung tak berkecil hati atau marah kerana setiap orang mempunyai pandangan masing-masing.
“Berkaitan tawaran nyanyian, semua pun tahu sejak Perintah Kawalan Pergerakan hinggalah ke fasa Pelan Pemulihan Negara, majlis atau acara berkaitan nyanyian tak dibenarkan. Jadi, secara tak langsung memang tiada tawaran.
“Apa-apa pun saya bersyukur, bisnes rendang saya tetap mendapat permintaan. Walaupun hasilnya tidaklah semewah bayaran undangan nyanyian, namun saya bersyukur masih dikurniakan rezeki dalam bidang lain,” jelasnya lagi.
Boleh layari laman Instagram @real_zaiton_sameon untuk pembelian.
Bantuan Awal Persekolahan Mula Diagih 13 Januari. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 bermula pada 13 Januari ini.