Emas memang menjadi ‘sahabat baik’ kaum wanita. Ini mungkin satu berita gembira buat wanita. Pakai emas wajah nampak awet muda terus! Anda hanya perlu pakai emas untuk naik seri.
Patutlah nenek moyang kita jadikan emas perhiasan utama wanita kerana emas mempunyai aura yang membuatkan wajah kita tampak muda. Realitinya, emas memang menjadi penyeri wanita selain menjadi simpanan untuk masa depan.
Waktu sedang ‘sesak’ atau kecemasan, boleh juga gadai untuk dapatkan wang tunai. Malah menyimpan emas lagi untung daripada menyimpan wang kerana nilai emas stabil di pasaran dunia.
Kelebihan Pakai Emas
Anda kena ambil tahu, emas membuatkan tubuh bertenaga dan berasa hangat. Malah emas dikatakan mampu meningkatkan kesihatan. Selain itu, emas melancarkan perjalanan darah dan oksigen.
Ada yang kata emas juga baik untuk kesihatan mental dan memperbaiki mood, boleh membuatkan wanita relaks dan meredakan tekanan. Okay, anda kena beli juga walau cuma sebentuk cincin ya!
Tip Beli Barang Kemas
Kalau dah rasa mood nak borong emas dah ‘mari’, anda boleh lah guna tip ini, tak ada lah rasa rugi nak jual balik.
1. Survey Harga
Setiap kedai emas mempunyai harga yang berbeza. Jadi jangan terus beli, survey dulu. Jangan lupa minta diskaun pada tauke kedai emas.
2. Beli Masa Promosi
Biasanya kedai emas popular akan menawarkan harga promosi terutama sempena perayaan. Ambil peluang ini untuk membeli emas dengan harga istimewa.
3. Kos Upah
Kos upah memang tak sama setiap kedai, ya. Malah setiap design barang kemas mempunyai kos upah berbeza, jadi sebelum beli sila tawar menawar kos upah supaya dapat harga berpatutan. Jangan main beli je!
4. Ambil emas gred 916
Jangan beli barangan emas di bawah gred 916 misalnya 750 kerana kandungan emasnya kurang. Apabila digadaikan untuk dapatkan wang tunai, nilainya rendah.
5. Pilih Barang Kemas Padu
Beli barang kemas yang padu sebab ianya tahan lasak dan sesuai untuk pakai hari-hari. Kalau terlalu nipis boleh cepat putus atau pun kemik.
6. Elak beli yang ada batu permata atau jenis bangle
Kalau barang kemas yang jenis batu permata jika dijual semula, batu permata itu tidak dikira sekali dengan berat emas. Jadi kedai emas akan pulangkan semula dan beli dengan harga tertentu.
Ini juga agak sukar dinilai oleh mesin densimeter yang digunakan di Ar Rahnu atau pajak gadai Islam untuk proses gadaian jadi tak dapat timbang dengan tepat. Sama juga jenis bangle, ada besi kecil menyelit jadi besi itu akan dibuang dulu dan ditimbang untuk dapat harga semasa.
7. Pilih Susut Nilai Yang Rendah
Mesti tanya berapa susut nilai barang kemas yang dibeli. Susut nilai ni maksudnya berapa harga yang kedai emas beli balik jika kita nak jual semula barang kemas kita. Susut nilai setiap kedai emas berbeza-beza ikut budi bicara tauke kedai, ada yang hingga 25%, lebih kecil susut nilai lebih bagus.
Ini pula antara tip pemakaian emas yang dicadangkan oleh Che Ta (Rozita Che Wan):
1. Rantai labuh sangat sesuai untuk mereka yang memakai hijab.
2. Cincin yang kecil boleh ditindihkan bersama cincin lain untuk tampakkan gaya.
3. Gelang turut boleh ditindihkan bersama gelang lain mengikut kesesuaian warna.
4. Anting-anting candelier sesuai untuk mereka yang berhijab.
5. Cincin yang mempunyai reka bentuk yang besar sesuai dipakai di jari tengah.
Jika belum mula kumpul barang kemas daripada emas, mula yang kecil pun tak apa, janji ada niat nak kumpul emas untuk masa depan dan awet muda!