Emas memang menjadi ‘sahabat baik’ kaum wanita. Ini mungkin satu berita gembira buat wanita. Pakai emas wajah nampak awet muda terus! Anda hanya perlu pakai emas untuk naik seri.
Patutlah nenek moyang kita jadikan emas perhiasan utama wanita kerana emas mempunyai aura yang membuatkan wajah kita tampak muda. Realitinya, emas memang menjadi penyeri wanita selain menjadi simpanan untuk masa depan.
Wanita Awet Muda Bila Pakai Emas
Waktu sedang ‘sesak’ atau kecemasan, boleh juga gadai untuk dapatkan wang tunai. Malah menyimpan emas lagi untung daripada menyimpan wang kerana nilai emas stabil di pasaran dunia.
Kelebihan Pakai Emas
Anda kena ambil tahu, emas membuatkan tubuh bertenaga dan berasa hangat. Malah emas dikatakan mampu meningkatkan kesihatan. Selain itu, emas melancarkan perjalanan darah dan oksigen.
Ada yang kata emas juga baik untuk kesihatan mental dan memperbaiki mood, boleh membuatkan wanita relaks dan meredakan tekanan. Okay, anda kena beli juga walau cuma sebentuk cincin ya!
Ads
Tip Beli Barang Kemas
Kalau dah rasa mood nak borong emas dah ‘mari’, anda boleh lah guna tip ini, tak ada lah rasa rugi nak jual balik.
1. Survey Harga
Setiap kedai emas mempunyai harga yang berbeza. Jadi jangan terus beli, survey dulu. Jangan lupa minta diskaun pada tauke kedai emas.
2. Beli Masa Promosi
Biasanya kedai emas popular akan menawarkan harga promosi terutama sempena perayaan. Ambil peluang ini untuk membeli emas dengan harga istimewa.
3. Kos Upah
Kos upah memang tak sama setiap kedai, ya. Malah setiap design barang kemas mempunyai kos upah berbeza, jadi sebelum beli sila tawar menawar kos upah supaya dapat harga berpatutan. Jangan main beli je!
Ads
4. Ambil emas gred 916
Jangan beli barangan emas di bawah gred 916 misalnya 750 kerana kandungan emasnya kurang. Apabila digadaikan untuk dapatkan wang tunai, nilainya rendah.
5. Pilih Barang Kemas Padu
Beli barang kemas yang padu sebab ianya tahan lasak dan sesuai untuk pakai hari-hari. Kalau terlalu nipis boleh cepat putus atau pun kemik.
6. Elak beli yang ada batu permata atau jenis bangle
Kalau barang kemas yang jenis batu permata jika dijual semula, batu permata itu tidak dikira sekali dengan berat emas. Jadi kedai emas akan pulangkan semula dan beli dengan harga tertentu.
Ini juga agak sukar dinilai oleh mesin densimeter yang digunakan di Ar Rahnu atau pajak gadai Islam untuk proses gadaian jadi tak dapat timbang dengan tepat. Sama juga jenis bangle, ada besi kecil menyelit jadi besi itu akan dibuang dulu dan ditimbang untuk dapat harga semasa.
Ads
7. Pilih Susut Nilai Yang Rendah
Mesti tanya berapa susut nilai barang kemas yang dibeli. Susut nilai ni maksudnya berapa harga yang kedai emas beli balik jika kita nak jual semula barang kemas kita. Susut nilai setiap kedai emas berbeza-beza ikut budi bicara tauke kedai, ada yang hingga 25%, lebih kecil susut nilai lebih bagus.
Ini Tip Beli Barang Kemas Macam Che Ta
Ini pula antara tip pemakaian emas yang dicadangkan oleh Che Ta (Rozita Che Wan):
1. Rantai labuh sangat sesuai untuk mereka yang memakai hijab.
2. Cincin yang kecil boleh ditindihkan bersama cincin lain untuk tampakkan gaya.
3. Gelang turut boleh ditindihkan bersama gelang lain mengikut kesesuaian warna.
4. Anting-anting candelier sesuai untuk mereka yang berhijab.
5. Cincin yang mempunyai reka bentuk yang besar sesuai dipakai di jari tengah.
Jika belum mula kumpul barang kemas daripada emas, mula yang kecil pun tak apa, janji ada niat nak kumpul emas untuk masa depan dan awet muda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau sebut daun pandan, selalu sangat kita kaitkan dengan naikkan aroma makanan. Sedapkan nasi lemak atau bancuhan air sirap kenduri, wajib ada daun yang satu ni.
Jarang pula kita dengar daun pandan boleh segarkan muka, apa lagi redakan jerawat? Ya itulah kelebihan daun yang satu ini.
Jangan tak tahu, daun pandan juga mampu menyegarkan tubuh badan. Buatkan air rebusannya dan amalkan minum ketika suam. Kali ini jom cuba daun pandan sebagai masker pula. Muka pun cantik, jerawat pun hilang. Jom cuba.
Bahan Masker
/2 sudu teh air perahan daun pandan
1/2 sudu teh madu asli
1 biji pisang
1/4 sudu teh minyak zaitun
1/2 biji limau nipis
Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan sehingga sebati dan biarkan selama kurang lebih 5 minit.
2. Masukan minyak zaitun ke dalam campuran.
petua ni.
Cara menggunakannya:
Sapukan masker ini pada wajah dan leher. Gunakan masker ini 2 kali seminggu.
Sumber : Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjadi impian bagi setiap wanita ingin sentiasa kelihatan cantik dan berseri. Ini kerana ia mampu meningkatkan lagi keyakinan diri. Namun untuk tampil cantik, bukan lah perkara mudah. Ia memerlukan usaha yang konsisten dan pelbagai persiapan rapi demi mencapai hasrat ini. Persediaan rapi yang boleh dilakukan merangkumi rawatan diri seluruh tubuh badan dari hujung kepala hinggalah ke hujung kaki. Ikuti langkah-langkah ini.
Bibir – Pilih lip balm dengan kandungan vitamin E yang boleh mencegah bibir kering dan merekah berpunca daripada cuaca dan diet tidak seimbang. Lakukan pengelupasan bibir anda sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk membersihkan lapisan kulit mati. Basahkan berus gigi dengan air suam dan dengan perlahan gerakkan ke kiri dan kanan pada bibir anda.
Wajah –Untuk wajah pula,ahli dermatologi boleh membantu anda mencari solusi masalah jerawat dengan krim topikal juga pil oral atau melakukan pengelupasan kulit untuk menyingkirkan minyak dan bakteria pada wajah. Selain itu, jangan lupa lakukan rawatan wajah di spa kecantikan mahupun lakukannya sendiri di rumah.
Laser & Waxing – Kaedah laser akan menyelamatkan anda dari jadual bercukur setiap hari! Kaedah ini mampu melambatkan proses pertumbuhan bulu dan sesuai dilakukan pada sekitar wajah, kaki dan tangan. Jika tidak, pilih rawatan waxing sebagai alternatif. Dapatkan khidmat pakar untuk melakukannya dengan bahan berkualiti.
Rambut – Mencuci, mengeringkan rambut dan menggayakannya mengakibatkan kerosakan rambut. Menurut pakar, diet yang dilengkapi Vitamin B mampu membantu mengembalikan sinaran rambut semula jadi malah dengan pengambilan lebih ikan, kekacang dan telur memberi permulaan yang baik. Urutan kepala dan rawatan hidrasi empat minggu awal bukan sahaja menyuntik kesegaran, malah ia turut merangsang folikel dan membuat rambut lembut beralun.
Badan – Terdapat pelbagai sebab mengapa urutan adalah rawatan kecantikan terhebat . Salah satunya ia membantu menenangkan tekanan. Minda yang bebas daripada tekanan bukan sahaja mendamaikan, tetapi menjadikan kulit badan juga semakin sihat. Mengurut juga adalah satu kaedah rawatan bagi meningkatkan peredaran darah juga turut membantu menyuburkan dan mengembalikan seri kulit badan.
Kuku – Kerap merias jemari dengan melakukan rawatan manicure dan pedicure adalah cara terbaik untuk memiliki tangan dan kaki yang cantik. Ini kerana memiliki kuku yang sihat juga cerminan personaliti diri. Jangan lupa menyapu minyak kutikel setiap hari untuk memastikan kuku kekal terhidrat dan sihat bersinar.
Mata – Lingkaran hitam dan bengkak pada mata adalah perkara biasa yang sering dialami, lebih-lebih lagi setelah bergelar ibu. Kulit di sekitar mata agak sensitif, tanggalkan solekan mata dengan lembut dan usah lupa menyapu krim mata setiap malam. Dengan tidur yang cukup, anda dapat mengurangkan penampilan lingkaran hitam. Untuk mengatasi mata yang bengkak, letakkan ais pada dua belah mata setiap sekali seminggu untuk membantu mengurangkan bengkak.
Tip Wajah Berseri:
Pengambilan air secukupnyaiaitu lapan biji gelas sehari menjadikan kulit terhidrat, segar dan tampak berseri-seri pada hari bahagia nanti. Selain itu, lakukan rutin meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur untuk awet muda.
Membuat urutan muka dengan cara meletakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Lakukan secara konsisten dan lihat hasilnya.
Cara yang paling mudah dan terbukti berkesan ialah dengan sentiasa ceria dan senyum selalu. Jika anda sentiasa senyum otot mulut akan sentiasa aktif dan wajah akan sentiasa ceria dan berseri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memang ada sesetengah antara kita, bila tengok badan memang sudah ramping tapi bentuk wajah tetap nampak berisi dan tambah menyedihkan pula ada double chin. Bila ini berlaku, mesti kita rasa tidak selesa sebab orang tetap nampak kita macam gemuk. Betulkan?
Tahukah anda, sebenarnya bahagian wajah kita ini juga perlukan rutin senaman tertentu untuk dapat pastikan pipi tidak terlihat bagai dipam-pam umpama kuih pau. Jadi apa yang perlu anda buat? Jawapannya mestilah bersenam.
Tengok sendiri, Dato Siti Nurhaliza pun buat senaman muka tau untuk kekal cantik.
Sebenarnya terdapat pelbagai teknik dan cara senaman wajah yang berkesan untuk menjadikan bentuk muka lebih runcing. Jom sama-sama kita cuba.
1. Praktis menyebut huruf AE I OU setiap pagi dan malam sebanyak 40 kali. Lakukan secara konsisten untuk lihat kesan yang lebih efektif.
2. Sebut huruf X dan O sehingga akan membentuk sebuah gerakan membuka dan menutup mulut. Senaman X-O adalah antara senaman muka yang sangat popular.
3. Tepuk dagu menggunakan belakang tangan setiap pagi dan malam sebanyak 40 kali. Ini bertujuan untuk mengurangkan terjadinya dagu berlapis/double chin.
4. Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘MaMeMiMoMu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.
5. Senyum labar sambil bibir tertutup rapat. Tahan selama 15 saat. Kemudian kembali ke wajah asal dan lakukan senyuman lebar hingga menampakkan semua barisan gigi anda. Tahan selama 15 saat dan ulang langkah ini beberapa kali.
6. Tutup mulut dan kembongkan pipi kiri, tahan selama 5 saat. Kemudian lakukan pada pipi kanan dalam kiraan masa yang sama. Ulang langkah ini beberapa kali.
7. Bentukkan bibir seperti huruf O buat beberapa ketika dan kemudian lepaskan perlahan-lahan sehingga anda senyum lebar selebarnya. Ulang langkah ini beberapa kali.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.