Kepada para ibu yang tidak ada idea untuk memasak menu hidanga keluarga, bolej cuba masakan mudah dan ringkas ini. Daging goreng kunyit berempah ala kelantan. Memamg mudah dan lazat untuk hidangan seisi keluarga. Jom semak perkongsian resepi puan Daia Jaffar.
Berikut cara membuatnya.
Ads
Petua nenek daia untuk daging tak liat,pastikan daging tu dipotong melintang arah urat.Ketumbar biji ditumbuk + kunyit serbuk + garam (gaul kan dan perap 30minit)
Ads
1 biji Bawang besar merah (sederhana) + kunyit hidup + halia + 2 biji bawang putih blend halus.Bawang holland dan cili apiSayur kacang + karot + bunga kobisBahan siap
Ads
Lebur daging dan bahan blend di dalam kuali,letak air separas daging,tutup kuali dan rebus sampai empuk.Gunakan api yang sederhana besar.Sesekali bukak dn biarkan seketika untuk keringkan air.Dah kering air masuk kan minyak dan goreng daging tadi.Kemudian baru masuk kan sayur,bawang dan cili api.Gaul sampai sayur tu layu.
Daia Jaffar Ikuti · 18 jam · Disunting · Siap daging goreng kunyit by daia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebagai ibu bapa yang bekerjaya, kehidupan harian kita memang dipenuhi dengan urusan pekerjaan. Bahkan, lebih banyak masa dihabiskan di pejabat. Justeru, tak punya banyak masa dengan anak-anak kecuali hujung minggu.
Jika ada masa terluang, apa kata ibu-ibu ajak anak memasak bersama. Selain mengajar mereka berdikari, aktiviti sebegini dapat mengeratkan hubungan.
Jom buat snek ringkas bersama anak-anak. Ikut simple step ini, confirm diorang suka dapat hands on sendiri.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh saudari Hurun’Iin Malik .
Crispy pocket pizza
Bahan-bahan:
Roti tortilla
Ayam cincang (masak dulu)
Mayonis
Tomato sos
Mozarella cheese
Gam-tepung campur air.
Cara-cara:
1. Potong tortilla kepada dua. Lipat membentuk kon dan gamkan guna air bancuhan tepung.
2. Campurkan bahan ayam, mayonis sos tomato dan mozarella sebati masukkan ke dalam tortilla kon tadi dan tutup atasnya dengan gam tepung tadi.
3. Goreng dengan minyak sekejap saja setiap side sehingga garing keperangan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Biskut coklat chip sememangnya digemari ramai tidak mengira usia . Rasanya yang rangup bercoklat dan beraroma membuatnya enak dijadikan menu kudap-kudapan buat seisi keluarga.
Jadi buat yang ingin mencuba untuk sediakan sendiri biskut chocolate chip ala Famous Amous boleh mencuba resipi viral sebelum ini yang dikongsikan oleh Baizura Muhammad.
COOKIES ALA FAMOUS AMOS
Bahan-bahan:
* 250 gram Butter
* 1 1/4 cawan Brown Sugar
* 1 sudu kecil Essence Vanila
* 1 biji Telur
* 2 1/2 cawan Tepung Gandum
* 1/2 cawan Tepung Jagung
* 1 sudu kecil Baking Powder
* 1 sudu kecil Soda Bikarbonat
* 6 sudu besar Minyak Masak
* 2 cawan Coklat Cip
* Almond nips / almond flakes –jika suka
Cara-cara:
1. Masukkan butter 250g, brown sugar 1 1/4 cawan, essence vanilla 1 sudu kecik & telur sebiji. Kacau bagi sebati je, tak perlu bersungguh sangat
[UPDATE: Ramai yang buat silap kat sini. Jangan pakai mixer. Pakai spatula/senduk/sudu je cukup. Nak pakai tangan pun boleh. Kacau sekadar nak bagi bahan sebati je, kacau slow2. Bila bahan dah bercampur je terus stop. Tak perlu bagi kembang. Tak perlu tunggu sampai gula larut. Seminit-dua je cukup]
2. Dalam bekas yang sama tadi, masukkan pula tepung gandum 2 1/2 cawan, tepung jagung 1/2 cawan, soda bikarbonat 1 sudu kecik, baking powder pun 1 sudu kecil & minyak masak 6 sudu besar. Kacau lagi bagi sebati.
[UPDATE: Ingat, kacau slow2 je sekadar nak bagi bahan bercampur rata. Dah sebati terus stop, buat step seterusnya]
3. Bila semua dah sebati, masukkan 2 cawan choc chip.
4. Kacau sebati lagi sampai semua mesra. Masih lagi dengan kacau slow2
5. Kalau rasa nak tambah badam nips ke, almond flakes ke, cornflakes ke or nestum ke, tambah je ikut suka. Saya asingkan sikit untuk letak almond nips, so dapatlah 2 jenis nanti. Dah tambah, kacau sebati juga
6. Adunan yang dah siap tu, masukkan dalam fridge selama 30 minit. Tutuplah sikit adunan tu, nanti bercampur pula dengan bau bawang, petai, budu hehe. Kalau fridge jenis tak sejuk sangat, simpan lama lagi. Make sure adunan tu jadi keras sikit masa ni
7. Sapu tray dengan butter. Tak perlu letak baking paper. Cubit sikit dan susun jarak2 dalam tray. Kekalkan social distancing seperti dalam gambar okay
[UPDATE: Cubit je adunan tu. Tak perlu tekan bagi penyet. Nanti bila bakar dia akan cair dan turun sendiri. Tengok gambar dan tiru buat yang sama]
8. Sebelum tu, panaskan oven suhu 150’ guna api atas bawah, kipas on. Bila oven dah panas, bakar selama 20 minit. Jangan gatal2 nak buka oven kejap2 nanti bantat jadinya
9. Dann Famous Amous cookies is DONE! Masa baru keluar oven biskut ni lembut sikit tau. Dah sejuk baru dia crunchy
Sumber : Baizura Muhammad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menggunakan periuk, kuali dan perkakasan memasak yang sama setiap hari tentunya menjadikan ‘rupa parasnya’ tidak lagi nampak berkilat seperti baru dibeli. Tambah teruk lagi keadaannya, jika sudah bertahun-tahun digunakan mesti periuk belanga ada yang menjadi hitam lenggam.
Jika difikir-fikir, macam tidak seronok pula menggunakan perlatan memasak yang buruk bentuknya itu. Takkan dibuang pula dan beli yang baru, walhal elok lagi digunakan.
Jadi, cuba petua yang dikongsikan oleh Kalaivani Krishnasamy ini. Terbukti perkakasan memasaknya begitu bersih dan berkilat. Jom semak.
langkah demi langkah
Sediakan periuk or kuali yg besar..ikut perkakas rumah yg nak dibersihkan..so kena besar darpd bhan yg kite nak bersihkan tu..masukkan air paip..dan masukkan asam keping dlm 6-7 cam tu..tunggu smpai air mendidih.
2. Nmpak tak sis2 ade kesan warna coklat ckit..so nak hilangkan bnda ni..masukkan bowl ni dlm air yg sedang mendidih tu..
3. Msuk dlm smpai tenggelam pun blh..tunggu dlm dua minit..nanti kite tgk hasilnye ok..
4. Nmpak tak warna cawan ni dah bertukar kaler..sbb kdg2 kalau kalai malas kalai letak kat api terus nak didihkan air..so tukar kaler lah..
5. Ambe bowl tadi..masukkan yg ni pulak..sama juga..tunggu 2 minit..rajin terbalik2kan..pas tu keluarkan dari air mendidih..sental pakai sabun buruh pun blh..nak pakai axion pun blh..
6. Ni hasilnye..berkilatkan..dah sental..gosok..pastu bilas…bagi jemur skjp..
sumber : Kalaivani Krishnasamy via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.