Beberapa hari lepas, Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Pengumuman tersebut melegakan banyak pihak memandangkan keadaan ekonomi yang kian meruncing yang mana ada diberhentikan kerja, ada yang terpaksa bercuti tanpa gaji dek penangan Wabak COVID-19.

Dalam satu perkongsian, Puan Asiah Abd Jalil memuat naik kisah hidupnya yang suatu ketika dahulu pernah melalui saat getir. Namun, mereka memperoleh jalan pengelesaian apabila dapat mengeluarkan akaun 2 KWSP. Sekali gus membantu ekonomi keluarga mereka.

Ads

“Wang Tunai Suami Keluarkan Jadi Talian Hayat Keluarga.” Wanita Ni Kongsi Kisah Hidup &Pengeluaran Akaun 2 KWSP!

Kisah hidup saya dan pengeluaran Akaun 2 KWSP (milik encik suami).
—————
Pada Oktober 2007, setelah 6 tahun menjadi surirumah sepenuh masa yang hanya berkelulusan SPM, saya nekad nak sambung belajar. Saya mendaftar di UiTM Merbok, Kedah pada Disember 2007.
Pada waktu itu pendapatan bersih encik suami hanyalah RM2,200 sebulan. Saya sedang hamil anak keempat. Kami tiada sumber kewangan lain, selain gaji bersih encik suami dan sesekali dapat elaun tambahan bila encik suami bekerja shift.
Ketika itu kami sudah membeli sebuah rumah semi-D di Kuantan, dengan bayaran ansuran bulanan bank sebanyak RM800 sebulan.
Setelah saya sambung belajar, encik suami tinggal di Kuantan, manakala saya membawa anak-anak tinggal bersama saya di Merbok, Kedah, dengan menyewa rumah RM200 sebulan.
Kos menghantar anak-anak ke taska sewaktu saya ke kelas ialah RM150 untuk seorang anak, bersamaan RM600 sebulan untuk 4 orang anak.
Manakala tambang bas untuk encik suami berulang-alik setiap minggu dari Kuantan ke Sungai Petani ialah RM55 sehala, bersamaan dengan RM110 seminggu.
Bayangkan pada waktu itu berapa ratus saja yang tinggal untuk duit makan kami anak-beranak? Beban kewangan inilah yang buatkan saya tertekan untuk meneruskan pembelajaran saya.

Ads

“Wang Tunai Suami Keluarkan Jadi Talian Hayat Keluarga.” Wanita Ni Kongsi Kisah Hidup &Pengeluaran Akaun 2 KWSP!
—————
Beberapa minggu selepas saya mendaftar di UiTM, kami temui sinar cahaya untuk perancangan kewangan rumah tangga kami. Mulai Januari 2008, kerajaan memperkenalkan satu skim pengeluaran Akaun 2 KWSP bagi pencarum yang membeli rumah, untuk menjelaskan bayaran bulanan ansuran bank.
Dalam bahasa mudah, encik suami boleh mengeluarkan RM800 sebulan daripada Akaun 2 KWSP, bagi menggantikan RM800 sebulan yang dipotong daripada gaji bulanannya kerana bayaran ansuran pembelian rumah.
Maka kami ada extra RM800 sebulan sebagai duit cash untuk perbelanjaan rumah tangga kami setiap bulan.
Dengan duit cash RM800 sebulan daripada KWSP encik suami itulah yang membantu keluarga kami untuk survive dari segi kewangan, sepanjang 7 tahun pengajian saya di UiTM, sehingga saya tamat LLB dari Fakulti Undang-Undang UiTM pada tahun 2014.
Adakah encik suami menyesal mengeluarkan duit simpanan dari Akaun 2 KWSP, yang sepatutnya adalah simpanan untuk hari tuanya? Tidak, dia tidak pernah menyesal. Kerana duit tersebutlah yang memungkinkan keluarga kami meneruskan hidup dari bulan ke bulan, dari tahun ke tahun, sehinggalah saya tamat belajar.
Pelaburan yang encik suami korbankan melalui pengeluaran bulanan Akaun 2 KWSP miliknya sudah memberi pulangan. Kini saya sudah ada qualification, sudah ada kerjaya sendiri, sudah ada pendapatan sendiri. Sekarang ni segala hal ehwal ekonomi rumah tangga, kami boleh saling bantu membantu dan berkongsi bebannya.

Ads

“Wang Tunai Suami Keluarkan Jadi Talian Hayat Keluarga.” Wanita Ni Kongsi Kisah Hidup &Pengeluaran Akaun 2 KWSP!
—————
Apabila kerajaan Pakatan Nasional mengumumkan bahawa rakyat boleh mengeluarkan wang tunai RM500 sebulan dari Akaun 2 KWSP masing-masing, sebagai salah satu langkah untuk menghadapi ketidaktentuan ekonomi akibat COVID-19, saya menyambut baik dasar kerajaan tersebut.
Saya hairan kenapa ada pihak tertentu, terutama penyokong Pakatan Harapan, mempolitikkan isu ini untuk meremehkan usaha kerajaan membantu rakyat. Kononnya simpanan KWSP rakyat tidak boleh diganggu, kerana simpanan tersebut adalah untuk perbelanjaan di hari tua.
Dalam keadaan yang sukar ini, rakyat cuma ingin hidup dari sehari ke sehari, dari bulan ke bulan. Situasi COVID-19 akan berlalu, dan sementara tiba saat itu, rakyat cuma perlu bertahan dan survive melalui apa jua cara.

“Wang Tunai Suami Keluarkan Jadi Talian Hayat Keluarga.” Wanita Ni Kongsi Kisah Hidup &Pengeluaran Akaun 2 KWSP!
Dengan pengeluaran RM500 sebulan tersebut, untuk 12 bulan akan datang, mungkin tiada bayi yang akan kekurangan nutrisi, tiada kanak-kanak yang akan diberhentikan sekolah, tiada ibu bapa dan golongan OKU yang terputus bekalan ubat, tiada keluarga yang berantakan dan bercerai-berai, tiada pelajar universiti yang perlu melupakan pengajian demi membantu keluarga, dan banyak lagi masalah masyarakat yang boleh dielakkan.
Saya pernah melalui saat-saat itu. Ketika wang tunai dari Akaun 2 KWSP yang encik suami keluarkan setiap bulan menjadi talian hayat keluarga kami. Disebabkan itu, kali ini saya menyokong penuh usaha kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI