Wang Bukan Segalanya. Lelaki Ini Sanggup Lepaskan RM20,000 Demi Surat Khabar Lama Ini.

Share

Semalam, 31 Ogos negara Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan buat negara yang ke 64 tahun. Sejarah perjuangan untuk mencapai kemerdekaan akan dikenang sampai bila-bila buat rakyat Malaysia.

Turut menjadi kenangan adalah sebuah surat khabar lama yang mengeluarkan berita bahagian muka hadapan pengisytiharan kemerdekaan pada tahun 1957. Ia dimiliki oleh seorang lelaki yang menetap di Kampung Kekabu dekat Lemal, Pasir Mas Kelantan.

Lebih menarik, surat khabar lama itu telah ditawarkan pada harga RM20,000 oleh seorang lelaki yang berminat untuk memiliki khazanah yang amat bernilai ini.

Memetik laporan Harian Metro, Mohd Tarmizi Ismail, 45, yang memiliki naskhah akhbar The Sunday Times bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan negara.

Gambar: Sumber Harian Metro

Dia menjelaskan, akhbar yang dimilikinya itu mempunyai 32 muka surat lengkap dan gambar hadapan pula adalah gambar pengisytiharan kemerdekaan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj yang bertajuk “THIS IS IT!”.

Difahamkan, di akhbar itu ada ditulis naskhah itu dicetak dan dikeluarkan oleh The Straits Times Ltd Cecil Street Singapore dan 111 Pudu Road Kuala Lumpur.

“Saya sebenarnya menemui naskhah akhbar ini ketika merombak rumah pusaka milik arwah kedua ibu bapa, selepas banjir besar 2014 lalu.

“Akhbar ini ditemui bersama sebilah keris pusaka dalam keadaan baik. Selepas meneliti saya dapati ia adalah akhbar lama yang menyiarkan mengenai kemerdekaan negara, iaitu sehari selepas negara mencapai kemerdekaan.”

Arwah bapanya Ismail Salleh yang meninggal dunia pada 1998 adalah peniaga kedai runcit, manakala ibunya Saodah Omar pula meninggal dunia tahun lalu.

Ditawar RM20,000 

Siapa sangka, surat khabar ini mempunyai nilai yang tinggi. Melahirkan rasa syukur memiliki khazanah yang diangapnya sebagai satu ‘anugerah’ tidak ternilai berharap dapat dijaga dengan sempurna.

Pernah didatangi seorang lelaki datang melihat naskhah terbabit dan mengatakan ia adalah palsu, tetapi yang peliknya dia menawarkan pula sebanyak RM20,000 untuk membelinya.

“Bagi saya nilai khazanah ini jauh lebih tinggi, dan sekiranya ada pengumpul barangan antik atau pakar yang mahu melihatnya, boleh hadir melihat sendiri di rumah saya.

“Saya kini sedang mencari tempat yang sesuai untuk menyimpannya, bagi mengelakkan ia mengalami kerosakan.”

Sumber: Harian Metro

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club