Bukan sedikit pengorbanan dan kepayahan yang terpaksa dilalui ayah dan ibu tatkala si kecil ini diberi ujian cukup besar.
Berat mata memandang,berat lagi bahu mereka memikul. Bayi sulung tanda kasih sayang di nanti penuh sabar dan debar. Namun percaturan Sang Pencipta tak siapa boleh menduga.
Isteri melahirkan puteri sulung ketika kandungannya, bayi di dalam perut sihat walafiat. Tapi apabila anak ini keluar melihat dunia (hari pertama), kami terima satu tamparan yang sangat hebat.
Semasa melahirkan pun, mama tak sempat nak peluk. Team di Labour room terus bawa ainul ke satu bilik (emergency) untuk beri bantuan pernafasan.
Kelas Ahmad Safiuddin lagi, hanya selepas tiga bulan barulah dia dan isteri berpeluang buat kali pertama memegang dan memeluk Ainul.
Sepanjang 3 bulan itu kami hanya mampu tengok dari luar inkubator saja. 3 bulan Ainul dalam NICU. Tiub-tiub sangat banyak waktu itu. Hampir keseluruhan tubuh badannya dipenuhi tiub dan wayar.
Apa pun ujian datang ketika itu, Ainul sentiasa senyum. Maaf Ainul jika dahulu walid pernah berputus asa. Walid terlalu memandang rendah terhadap ainul yang sangat kecil ketika itu.
Walid rasa ainul terlalu kecil dan lemah untuk harungi ujian tersebut. Rupanya bukan Ainul yang Allah nak uji.
Cuma Allah swt tinggalkan kebesarannya untuk walid melihat keadaan anak walid ni untuk meminta pertolonganNya.Alhamdulillah. Saya lebih bersyukur pada hari ini.
Tarikh 13 Ogos pastinya mmeninggalkan seribu satu memori buat Ahmad Safiuddin dan isteri. Ainul adalah anugerah terindah dari Yang Esa buat mereka suami isteri.
Alhamdulillah, perjalanan dan pengalaman yang mematangkan kami. Dibantu pula oleh Doktor-doktor yang sangat hebat menyelamatkan nyawa anak kami ketika itu. Alhamdulillah.
Hari ini, 13 Aug 21 anak ini sudah membesar bak juara. Walaupun perkembangannya tidak sama seperti rakan-rakannya yang lain, tapi kami sangat berbangga dengan progressnya pada hari ini.
Happy birthday permata hati walid! Walid lelaki pertama yang akan sentiasa lindungi dan sayangi kakak sampai hujung nyawa.
Cukup cerita sampai sini sahaja.
Banyak lagi “peperangan” lain yang ainul lalui selepas itu.