Bukan sedikit pengorbanan dan kepayahan yang terpaksa dilalui ayah dan ibu tatkala si kecil ini diberi ujian cukup besar.
Berat mata memandang,berat lagi bahu mereka memikul. Bayi sulung tanda kasih sayang di nanti penuh sabar dan debar. Namun percaturan Sang Pencipta tak siapa boleh menduga.
Keluarga kecil ini diuji dengan dugaan apabila bidadari kecil ini menghidap ketumbuhan dalam mulut.
Isteri melahirkan puteri sulung ketika kandungannya, bayi di dalam perut sihat walafiat. Tapi apabila anak ini keluar melihat dunia (hari pertama), kami terima satu tamparan yang sangat hebat.
Dilahirkan pada usia kandungan 31 minggu, berat hanya 1.3kg dan memiliki ujian kesihatan setelah keluar dari rahim mamanya.
Semasa melahirkan pun, mama tak sempat nak peluk. Team di Labour room terus bawa ainul ke satu bilik (emergency) untuk beri bantuan pernafasan.
45 minit pertama hidup ainul yang begitu struggle, ainul cuba bernafas tapi tidak boleh sebab ketumbuhan sudah menyekat salur pernafasannya di mulut. Ketangkasan para doktor di Hospital Besar Melaka, akhirnya dapat memberi peluang ainul bernafas dengan menebuk lehernya (Trachea).
Kelas Ahmad Safiuddin lagi, hanya selepas tiga bulan barulah dia dan isteri berpeluang buat kali pertama memegang dan memeluk Ainul.
Ads
Usia Ainul 3 bulan baru kami dapat angkat, peluk dan cium Ainul. Gambar mama tengah kendong ainul, itu lah kali pertama mama dapat sentuh kulit ke kulit. Iya, selepas 3 bulan.
Sepanjang 3 bulan itu kami hanya mampu tengok dari luar inkubator saja. 3 bulan Ainul dalam NICU. Tiub-tiub sangat banyak waktu itu. Hampir keseluruhan tubuh badannya dipenuhi tiub dan wayar.
Jujur mengakui sudah ‘berputus asa’ pada awalnya, namun kekuatan Ainul akhirnya membuatkan Jadi kuat
Apa pun ujian datang ketika itu, Ainul sentiasa senyum. Maaf Ainul jika dahulu walid pernah berputus asa. Walid terlalu memandang rendah terhadap ainul yang sangat kecil ketika itu.
Walid rasa ainul terlalu kecil dan lemah untuk harungi ujian tersebut. Rupanya bukan Ainul yang Allah nak uji.
Ads
Tetapi Allah swt nak uji walid dan mama. Sebenarnya yang paling lemah ketika itu adalah walid. Ainul sangat kuat. Walid yakin, walaupun Ainul sakit ketika itu, Allah swt dah angkat rasa sakit tu sejak ainul keluar lihat dunia.
Cuma Allah swt tinggalkan kebesarannya untuk walid melihat keadaan anak walid ni untuk meminta pertolonganNya.Alhamdulillah. Saya lebih bersyukur pada hari ini.
Semasa Ainul tengah struggle dahulu, Ainul tak pernah sekali pun merengek-rengek atau menangis sebab sakit. Ini lah kebesaran Allah swt.
Tarikh 13 Ogos pastinya mmeninggalkan seribu satu memori buat Ahmad Safiuddin dan isteri. Ainul adalah anugerah terindah dari Yang Esa buat mereka suami isteri.
Tarikh hari ini, pada 3 tahun lepas telah mengubah banyak perkara dalam hidup saya dan isteri.
Ads
Alhamdulillah, perjalanan dan pengalaman yang mematangkan kami. Dibantu pula oleh Doktor-doktor yang sangat hebat menyelamatkan nyawa anak kami ketika itu. Alhamdulillah.
Hari ini, 13 Aug 21 anak ini sudah membesar bak juara. Walaupun perkembangannya tidak sama seperti rakan-rakannya yang lain, tapi kami sangat berbangga dengan progressnya pada hari ini.
Terima kasih Ainul Mardhiah. Walid, Mama, dan semua orang sayang kakak.
Happy birthday permata hati walid! Walid lelaki pertama yang akan sentiasa lindungi dan sayangi kakak sampai hujung nyawa.
Cukup cerita sampai sini sahaja.
Banyak lagi “peperangan” lain yang ainul lalui selepas itu.
Cukup walid katakan, Ainul ini punya semangat juang yang sangat tinggi. Walid pernah mengalah, walid pernah give up, walid pernah putus asa, apabila diberi ujian bertimpa-timpa. Lepas satu perkara, datang lagi perkara lain, tapi waktu itu Ainul tetap bersemangat. Walid fikir Ainul akan tewas, tetapi tidak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon Mona Allen yang tampil berhijab menerusi laman instagramnya mengundang perhatian ramai.
Rata-rata memuji penampilan isteri kesayangan Pekin Ibrahim ini.
Pemilik nama sebenar Munna Hafiraneza Allen mengakui kini sedang memperbaiki diri memandangkan bakal menjadi ibu tidak lama lagi.
“Saya sebenarnya tak berani nak bagi kenyataan apa-apa mengenai penampilan saya sekarang. Bagi saya, apa yang saya kongsikan itu… itulah.
“Terpulang pada netizen nak tafsir. Sebab tak nak salah faham, nanti orang ingat saya nak berubah dengan menunjuk-nunjuk. Saya takut kalau salah cakap, nanti jadi lain pula.
“Apa-apa pun, minta doa yang baik-baik. Saya pun dalam proses nak perbaiki diri. Nak menjadi seorang ibu dan isteri yang lebih baik,” kata Mona Allen seperti yang dilaporkan menerusi mStar.
Dalam pada itu, warganet turut menitipkan doa semoga pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu terus istiqamah dalam berhijab sepenuhnya.
Ditanya mengenai kandungannya kini, Mona memberitahu bakal melahirkan cahaya mata sulungnya sekitar September depan.
Sementara itu, dia turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada mereka yang menghadiahkan barang-barang keperluan bayi yang dianggap sebagai rezeki anaknya kelak.
“Alhamdulillah, usia kandungan saya sudah memasuki tujuh bulan… Insya-Allah saya dijangka bersalin September nanti. Sekarang saya masih di Johor, teman suami shooting.
“Insya-Allah nanti balik KL, saya dan suami akan cari lagi barang keperluan baby. Tapi Alhamdulillah, saya bersyukur ramai yang menghadiahkan barang baby. Saya anggap rezeki baby dapat macam-macam,” ujarnya.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Pepatah ini sesuai menggambarkan perjalanan kehidupan Dr Mohamad Hafifi. Pemuda ini tidaklah datang dari keluarga yang berada namun beliau telah berjaya memiliki PhD dengan usahanya sendiri pada usia 30 tahun!
Dr Mohamad Hafifi juga bukanlah seorang yang dilahirkan sebagai ‘genius’ tetapi tekun berusaha untuk mengubah nasib diri dan keluarganya. Dengan niat itu, beliau berjaya mendapat Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2021.
Sebagai anak tunggal, beliau menjadikan misi dalam kehidupan untuk membantu orang tuanya. Ibunya seorang operator pengeluaran kilang dan ayahnya pula pemandu bas henti-henti. Dengan cita-citanya, beliau membuat keputusan untuk memasuki USM sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda, kemudian melanjutkan ke peringkat Ijazah Sarjana dan mengakhiri pengajiannya dengan Ijazah Doktor Falsafah.
Kini, Dr Mohamad Hafifi menjadi Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Alor Gajah.
“Saya pernah menjadi Juruwang di Esso, Jurutol Sambilan di Plaza Tol Sungai Dua Pulau Pinang serta beberapa pekerjaan secara separuh masa dalam universiti misalnya Pembantu Penyelidik Siswazah dan Eksekutif Acara. Malah, sebelum diterima bekerja di UiTM, saya turut pernah bekerja sebagai Assistant Person in-Charge di kedai dua ringgit, pembanci serta proofreaders” jelas beliau.
Walaupun jejaka ini berjaya memiliki PhD, perjalanannya penuh dengan ujian berat ketika menjalani pengajian PhDnya.
“Semasa menjalani pengajian PhD pula, saya diuji dengan kesakitan bapa saya yang mana dia disahkan dijangkiti pneumonia pada 13 Mac 2019. Dari tempoh tersebut sehingga 13 Mei 2019 iaitu genap dua bulan, saya dan ibu berulang alik ke hospital iaitu bermula dari Hospital Bukit Mertajam ke Hospital Seberang Jaya dan kemudiannya ke Hospital Pulau Pinang.
Tempoh tersebut adalah tempoh yang amat sukar bagi diri saya. Saya boleh katakan bahawa keluarga lebih penting daripada segala-galanya dan saya ketepikan pengajian dahulu untuk sementara.
Syukurlah, ketiga-tiga penyelia saya amat memahami. Selepas bapa saya kembali pulih, barulah saya berusaha mendapatkan semula momentum pengajian yang tertunda” luah Dr Mohamad Hafifi.
Semoga kisah pemilik PhD ini memberi inspirasi kepada para pembaca di luar sana yang mungkin menghadapi situasi yang sama seperti Dr Mohamad Hafifi. Ingat, bahawa pendidikan itu amat penting dan jangan pernah kita berputus asa kerana dengan pendidikan, ia akan membentuk seseorang individu itu pada masa hadapan.
Bergelar anak kepada selebriti bukanlah tiket glamour dan gah. Mungkin pada pandangan kasar, masyarakat nampak kehidupan yang sangat menarik. Namun ada yang sebaliknya. Kerana itu, kebanyakan selebriti lebih privacy bab kehidupan peribadi.
Isteri kesayangan Penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim atau lebih mesra disapa Sheila menitipkan ucapan istimewa buat anaknya, Nur Amna Qaleesya. Anak sulungnya itu genap 9 tahun pada 2 Ogos lalu.
“Kak Long, siapa pon kakak arini.. Esok.. Atau lusa.. Kakak perlu JADI DIRI SENDIRI.. . sentiasa membumi walaupon kakak dah terbang tinggi.. . Jgn lupa kejatuhan akan dtg bila2 je.. Jgn lalai.. Jgn leka.. Dunia akhirat kene seimbang..
“Menjadi ANAK ARTIS – BUKAN TIKET kakak ke syurga.. . Amal jariah, sedekah dan ibadah kakak yg bantu kakak kat sana nanti.. . Tp selagi mommy bernyawa, doa mommy tak pernah putus utk kakak dan semua anak2 mommy.. .
“U are my 1st born.. I am very proud of u.. . Sokongan mommy sentiasa utk kakak smpi bila2.. . Utk bakal menantu mommy..! . Korg mesti sebaik daddy.. Biar gelap..hitam manis.. Tp mommy suka.. Eksotik gitu.. Eh! .
Demikian luahan hati Sheila sempena hari kelahiran anak sulungnya. Cukup menyentuh hati kata-kata seorang ibu buat anaknya.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.