Walaupun Uzur, Nenek Ini Masih Berniaga Untuk Beli Makanan Kucing! Pemuda Ini Terharu Diberi Pinjam RM 1

Share

Dalam pada semua insan bergembira ingin menyambut hari raya, kelihatan seorang nenek tua yang uzur masih lagi berniaga menjual tisu di ibu negara.

Kehadirannya di situ telah meraih perhatian seorang pemuda bernama Ariff Hanafiah yang dalam misi untuk ‘berkongsi’ rezeki kepada yang memerlukan.

Dalam pertemuan penuh emosi itu, peniaga berkenaan memaklumkan dia kini menetap di Kampung Baru, di sebuah rumah yang diberikan oleh seorang ustaz.

“Kampung kat Melaka. Rumah dah tak ada, tinggal rumah kosong je. Nenek duduk Kampung Baru. Kampung Baru tu pun ustaz yang bagi duduk sana.

“Nenek tak hari-hari (meniaga) tak boleh, kaki sakit. Naik bas kan. Kalau nenek tak sihat, tak datang. Nenek nak cari duit lebih sikit, nak beli makanan kucing,” ujar peniaga itu yang mengakui dia tinggal bersendirian dan tidak dijaga oleh sesiapa.

Dalam rancak perbual, Ariff sengaja mahu meminjam duit kepada nenek tersebut. Apa yang mengejutkan adalah reaksi nenek tersebut yang dengan pantas ingin mengeluarkan duit seperti yang ingin dipinjam oleh Ariff.

“Apabila orang dalam kesusahan, nenek tolong juga. Duit, rezeki, Allah yang turunkan pada hamba yang baik,” ujar peniaga itu dalam nada sebak.

Arif yang dalam misi eksperimen dan ingin berkongsi rezeki terus mengeluarkan sampul berisi duit kepada nenek tersebut.

“Sebab kita dah nak raya. Saya ada duit raya sikit untuk nenek. Ni ikhlas. Cuba nenek kira berapa kat dalam tu,” ujar pemuda itu.

Warga emas itu pada mulanya tidak mahu menerima pemberian berkenaan kerana nilainya yang banyak, namun Ariff tetap berkeras untuk bersedekah kepadanya.

“Banyak ni, nenek tak nak. Ya Allah, RM500. Alhamdulillah, ini dah lebih besar. Ya Allah, berikan kamu rahmat, dipanjangkan umur, dapat isteri dan anak soleh, keluarga bahagia sampai akhir hayat.

“Terima kasih. Moga Allah dapat balas kebaikan kamu. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin” ujar nenek itu kepada Ariff sambil menangis teresak-esak.

Para netizen yang menonton video berkenaan rata-ratanya sebak dengan reaksi nenek tersebut. Walaupun susah namun tetap ingin membantu tanpa berkira.

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club