Di dalam sesebuah rumah tangga, kena saling bertoleransi, saling membantu dan memahami antara satu sama lain. Jika suami keluar bekerja, isteri pula menguruskan hal rumah tangga andai tidak bekerja.
Dalam masa yang sama, suami jangan culas dalam bab pemberian nafkah kepada isteri. Namun, kena faham konsep nafkah dengan duit belanja tak sama ya.
Jadi para suami kena tahu bahagian mana nafkah khas untuk isteri dan perbelanjaan rumahtangga. Suami kena tahu walaupun isteri tidak meminta, namun tetap kena hulur setiap bulan. Ini yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin
menerusi laman facebooknya.Nafkah dengan duit belanja tak sama…
Nafkah yang perlu di sediakan suami ialah tempat tinggal, makan minum, pakaian, perubatan…ini yang wajib… Dan duit belanja plak, atas kemampuan suami untuk bagi…
Yang menjadi masalahnya disini, yang menyebabkan kita keliru ialah, pada perspektif si suami, dia bagi 300, setel, selesai tanggungjawab dia…tapi 300 tu la si isteri guna beli brg dapur, guna bayar bil, buh minyak kereta, bagi duit belanja anak skolah…cukup ke tidak? Tak cukup, jadi banyak isteri yanag mempertikaikan nilai nyg diberi tu…bila dipertikaikan, suami suruh untuk bersyukur, sebab dia BAGI JUGAK…
Bukan macam tu bang…tanggungjawab abang bukan terletak pada nilai 300 tu, tapi pada persediaan yang berbentuk tempat tinggal iaitu ansuran rumah, suami bayar….makan minum iaitu barang dapur kering dan basah, suami bayar…pakaian iaitu baju, tudung, seluar isteri dan anak2, suami bayar…dan perubatan iaitu apa saja kos ubat2an, pun suami bayar…ini nafkah…hukumnya wajib…
Pada perspektif si isteri plak, bila suami dah sediakan serba serbi, dah bayar hutang rumah, hutang kereta, bil2 utility, dah penuhkan dapur dengan barang2 kering, barang2 basah, dah beli pakaian untuk dia dan anak2, bayar medical card bulan2, tapi dia STILL NAK duit belanja…duit belanja ni bukan wajib ya, ianya atas kemampuan suami untuk bagi…benda2 wajib smua dia dah bagi dah…
Kenapa perlu DUIT BELANJA? untuk beli keperluan diri yang suami tak beli…benda yang isteri nak, teringin…
Sebab tu ingin saya nasihatkan, walaupun awak bekerja, berniaga, ada duit sendiri, sentiasa hidup dengan KEMAMPUAN SUAMI…bukan kemampuan AWAK…
Bersyukurlah walaupun suami tak mampu bagi duit belanja, tapi dia dah usaha sediakan serba serbi yang lain dengan cukup sempurna…hidup ikut GAJI SUAMI…
Nota kaki : Sekecil2 perkara pun kita boleh pertikaikan, namun fikirlah, hidup yg kita keluhkan ini ialah hidup yang orang lain mahukan…
Sumber: Firdaus Shakirin