‘Walaupun Suami Bukan Mr Perfect Tapi Sekurangnya Belajar Jadi Perfect.’ Deep Perkongsian Wanita Ini.

Share

Sesungguhnya kehidupan rumahtangga perlu saling lengkap melengkapi. Tiada insan yang sempurna sama ada suami dan isteri. Tidak perlu menjadi terlalu sempurna terima seadanya pasangan. Yang penting suami dan isteri hendaklah saling melindungi, saling mempertahankan. Bukan saling merendahkan, saling mengejek.

Begitu dengan kisah yang dipaparkan oleh seorang wanita ini yang melihat bagaimana seorang lelaki itu tidak perlu menjadi seorang yang bergaya asalkan sempurna dengan tanggungjawab sebagai seorang suami. Itu sudah cukup membahagiakan hati seorang wanita.

IKUTI PERKONGSIAN INI

Salahnya dimana..?

Sepintas lalu di hadapan mata saya… Sepasang suami isteri… Si isteri berbadan agak berisi… Lebih manis jika dipanggil bambam atau chubby… Agak kurang menarik penampilannya, berbaju kuning raja, palazo jingga serta berkulit agak gelap sedikit namun manis orangnya kerana senyuman tidak lekang dibibir… Suaminya pula agak menarik, berkulit cerah, berhidung tinggi dan bertubuh sasa sambil memimpin tangan si anak. Manakala di sebelah kiri pula mendukung seorang anak yang lain… Si isteri tadi menjinjing pelbagai jenis makanan manakala sebelah tangan lagi memeluk erat lengan si suami… Berbual manja… Ada kedengaran ketawa kecil… Senang hati saya melihatnya… Semoga mereka bahagia sampai kesyurga.

Beberapa jam kemudian, datang pula sepasang suami isteri yg lain. Salah seorang pelanggan saya… Kurus kecik comel molek… Cantik orangnya dan pandai bergaya… Mengenakan blause merah, slack hitam dan bertumit tinggi… Sedang memilih selipar untuk si anak manakala sebelah tangan lagi mengenakan ‘child harness‘ untuk memastikan anaknya tidak hilang.
Kelihatan beberapa beg plastik mengandungi juadah makanan di letak di sisi untuk memudahkan lagi dia membelek – belek selipar yang tersusun di dalam kotak. Manakala suaminya pula, sibuk bermain ‘handfone’… mungkin sedang melayan ‘whatsap’ atau pun ‘facebook’ kerana adakalanya dia tersenyum sendirian dan adakalanya berganti dengan gelak – gelak kecil, geli hati agaknya… Sedikit pun tidak membantu si isteri yang sedang gigih mencuba selipar di kaki anak – anak… Sebaliknya menjeling si isteri dengan bengis, mungkin agak lama dia memilih…

Saya faham, bukan mudah untuk melayan kerenah anak- anak. Apatah lagi anak – anak sekarang yang baru setahun jagung sudah pandai memilih ‘fasyennya’ sendiri.
Akhirnya saya dengar si suami berkata…

” LAMANYA… NAK KE TAK NAK…TAK NAK SUDAH.!…JALAN.! “

Nadanya agak kasar seolah – olah ada bau – bau kemarahan disitu. Hilang sudah senyum manisnya bersama ketawa – ketawa kecil tadi. Saya hairan bagaimana perasaan seseorang boleh berubah sekelip mata sahaja dalam beberapa saat. Kenapa dia tidak kekalkan perasaan gembiranya disaat dia bermain ‘handfone’ tadi ketika menegur si isteri.


Si suami berlalu tanpa menoleh kearah si isteri dan kembali melihat handfone, kembali senyum dan ketawa… Maka terkedek- kedek si isteri bangun untuk membayar, lantas saya ‘kalih’ pandangan saya kearah pelanggan yang lain agar si isteri tidak berasa malu. Mereka berjalan agak laju utk mengejar si suami yang sudah jauh ke depan… Sambil menjinjing plastik makanan, memimpin tangan si kakak dan di sebelah lagi menarik si adik.

Semoga tuhan pelihara hubungan mereka dan kekal hingga ke syurga.


Agak meruntun jiwa saya bila melihat situasi tersebut. Apalah salahnya jika si suami meluangkan masa sedikit bersama si isteri dan anak – anak daripada leka bermain handfone. Sekurang – kurangnya membantu si isteri menjinjing plastik makanan atau memimpin salah seorang daripada anak mereka. Berbeza dengan pasang yang mula – mula menarik perhatian saya tadi.

Benar…! Masing – masing penat bekerja. Dari jam 8am hingga ke 5pm. Ada juga yang sanggup bekerja lebih masa untuk menampung perbelanjaan keluarga. Tetapi jangan abaikan pasangan dan anak – anak seolah – olah mereka tidak wujud. Membiarkan mereka umpama mereka tiada perasaan.

Bohong kalau saya katakan bahawa suami saya tidak ‘bersosial’ di ‘handfone’. Betul, suami saya juga ada ‘whatsapp’ ada ‘facebook’ dan adakalanya dia akan duduk melayan mesej – mesej dan menjawab komen – komen di ‘facebook’ dalam masa yang agak lama. Tetapi masa yang diambilnya itu bukanlah masa ketika kami berjalan – jalan atau ‘family time’. Dirumah pula, jika saya dan anak – anak memerlukan pertolongan dia, dia akan segera ‘menghulurkan tangannya’. Bila tiap kali keluar bersama, samada berdua atau bersama anak – anak dia akan meluangkan sepenuhnya masa dengan keluarga dan tidak berkira untuk mendukung atau menolak ‘stroller’ si kecil.

Walaupun suami saya bukanlah ‘Mr Perfect’ sekurang – kurangnya dia belajar untuk menjadi ‘Perfect’ untuk keluarganya.
Saya mula berfikir… Bentuk badan dan paras rupa yang cantik sahaja bukanlah menjamin kebahagiaan rumah tangga…

Jadi… Saya sebagai WANITA perlu belajar lagi ilmu dalam rumah tangga demi membina sebuah kluarga yang bahagia dan diredhai ilahi.

Sumber: Cik Puan Ammy