Apabila rumahtangga itu dikatakan saling melengkapi antara satu sama lain, tentu setiap perbuatan yang dilakukan akan meninggalkan kenangan manis. Lebih lagi jika hidup bersama setelah bertahun. Tentu janggal jika aktiviti dilakukan sendirian. Pasti rindu kepada pasangan untuk melakukan aktiviti bersama.
Begitu juga dengan perkongsian ini yang menceritakan tentang hidupa rumahtangga ini manisnya apabila aktiviti dilakukan bersama. Jika sebaliknya, tentu akan rindu momen indah ini. Walaupun sekadar membeli barang bersama, momen itu tetap jadi kenangan indah sehingga akhir hayat.
PERGI BERSAMA ISTERI JADI RUTIN
Semalam pergi pasaraya nak beli barang dapur. Masuk je pasaraya tu terus jumpa tempat roti. Dalam hati teringat selalu beli ada sejenis roti tu bila pergi pasaraya dengan isteri. Pegang roti tu, tapi tak sampai hati nak ambil.
Lepas tu jalan ke depan sikit, lalu bahagian bawang semua. Terbayang bila isteri pilih-pilih bawang, ikan bilis, cili kering, kentang. Selalunya saya tak tunggu, saya jalan pergi ambil benda lain. Selalunya saya akan ambil lemon untuk dibuat air.
Pergi kat bahagian beras. Kami biasanya akan bertembung semula kat kawasan beras ni dan saya akan ambil beras masuk dalam troli sambil dia hulur bawang dan benda lain untuk ditimbang nanti.
Selepas tu mesti akan lalu bahagian mee segera. Kebiasaannya akan ambil megi biasa je. Baru-baru ni kami mula beli jenama SAJI.
Ads
BANTU PASANGAN MELAKUKAN AKTIVITI HARIAN
.
Kat depan sikit ada tempat kerepek dan jajan. Tersusun rapi Brushette dan seaweed kegemaran isteri. Dua ni je jajan yang dia suka. Teringat saya beli semua jenis Brushette tu untuk hadiah ulangtahun kami bulan 10 baru-baru ni. Ade pizza la, tomato la, bawang putih la. Tersenyum tengok bila dia makan sambil seronok sebab dapat apa yang dia suka.
Bila lalu bahagian sayur, sampai sekarang saya tak hafal jenis-jenis sayur. Sebab saya tak makan sayur. Dia yang akan ambil sendiri dan saya akan pergi timbang.
Bahagian ayam pulak, selalunya kami akan ambil dua ekor, potong kecil dan buang kulit. Saya ambil ayam, dia akan ambil ikan. Kadang-kadang dia akan merengek manja nak beli udang. Saya tak kisah pun dia nak beli apa. Tapi dia masih rasa nak minta kebenaran saya dulu. Termasuklah bila dia teringin nak makan kerang.
Ads
Lepas selesai barang basah, kami akan ambil telur sepapan dan terus ke kaunter. Di kaunter, saya akan keluarkan barang dari troli dan letak atas kaunter. Dia pula akan masukkan barang yang sudah di”scan” dan letak kembali dalam troli yang dah kosong.
Selesai bayar, kami pun keluar. Ada kalanya dia teringin nak makan ais krim dan kadang-kadang dia akan beli ice lemon tea sekali. Dia akan tanya “nak ais krim boleh”. Saya tak pernah tolak. Sambil tersengih, dia akan masuk dalam kereta dengan anak-anak dan saya akan masukkan barang dalam boot.
Semalam, saya lalu semua tempat tu dan keluar dengan troli yang kosong. Tak beli apa-apa pun. Tak tau nak beli apa. Tak tau nak buat apa. Saya tak boleh berfungsi dengan sempurna tanpa isteri saya. Rindu sangat dengan dia.
Bila letak balik troli, baru teringat tujuan sebenar saya pergi pasaraya tu sebab nak beli lemon je. Saya pun masuk semula, beli lemon dan keluar.
Ads
LAKUKAN BERSAMA ISTERI, INI MAKNA SEBUAH RUMAHTANGGA
Apa-apa pun saya buat tanpa isteri saya, saya rasa tak bermakna. Tiada erti keseronokan dan kegembiraan kalau seorang diri. Walaupun hanya ke pasaraya, benda tu jadi istimewa kerana pergi bersama dia.
Kesemua jiwa saya ada pada dia. Bila dia tiada, saya takde mood nak buat apa. Sebab kami memang selalu buat benda bersama-sama.
Saya tak tahu macam mana orang boleh tergamak mengkhianati kasih sayang seorang isteri. Saya tak tahu macam mana orang boleh layan seorang isteri dengan buruk. Saya tak dapat bayangkan tidak meneruskan kehidupan setiap hari tanpa niat untuk isteri saya.
“Sayang, I sentiasa rindukan u. I rindu nak manjakan u, nak tengok senyuman u, nak peluk u lama-lama.”
Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin petang ini telah mengumumkan tentang pembukaan sekolah mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.
Menurut beliau, bagi sekolah menengah, murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 serta murid Kelas Peralihan akan kembali ke sekolah bermula pada hari Rabu, 15 Julai 2020.
Untuk sekolah rendah pula, murid Tahun 5 dan Tahun 6 akan kembali ke sekolah pada hari Rabu, 15 Julai 2020.
Manakala, tarikh pembukaan semula sekolah bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 4 adalah pada hari Rabu, 22 Julai 2020.
Di samping itu, keputusan penawaran kemasukan calon lepasan SPM 2019 ke Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2020 boleh disemak mulai hari ini melalui portal KPM dan akan mendaftar pada hari Rabu, 15 Julai 2020.
Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah dan mana- mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM. Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan.
Dalam pada itu, bagi mengambil kira aspek penjarakan sosial, pengoperasian sekolah perlu dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan berbeza mengikut kapasiti dan keupayaan masing-masing mengikut model yang telah ditetapkan :-
Model pertama adalah Model Satu Sesi.
Model ini ialah untuk sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dalam satu sesi, setelah mengambil kira penjarakan sosial.
Model kedua adalah Model Dua Sesi.
Model ini ialah untuk sekolah sedia ada yang telah beroperasi secara dua sesi ataupun sekolah satu sesi yang kini perlu beroperasi secara dua sesi kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dengan mengambil kira penjarakan sosial.
Model yang ketiga adalah Model Penggiliran.
Model ini ialah untuk sekolah yang tidak mempunyai ruang mencukupi bagi menempatkan semua murid walaupun dengan melaksanakan model dua sesi. Kebanyakan sekolah di dalam kategori ini adalah sekolah yang terletak dalam kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi.
Bagi Model Penggiliran untuk sekolah menengah, murid Tingkatan 5 dan 6 perlu hadir ke sekolah setiap hari. Manakala kehadiran murid Tingkatan 1 hingga 4 perlu dibuat secara bergilir-gilir mengikut kelas atau aliran tertentu.
Tambah beliau, untuk pusat tuisyen pusat bahasa, pusat perkembangan dan sebagainya boleh dibuka semula. KPM ingin memaklumkan bahawa semua Institusi Pendidikan Swasta di bawah kategori pusat yang berdaftar dengan KPM boleh dibuka semula pada hari Rabu, 15 Julai 2020.
Nak beli barang tapi malas nak beratur kat kedai? Jom beli belah secara online di sini !
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang wanita yang menderita akibat berat badan naik mendadak sehingga mencecah 200 kilogram (kg) meninggal dunia malam tadi di Kampung Gaung, Tendong. Nur Izzati Afiqah Hussein, 29, mengalami keadaan itu dalam tempoh lima bulan ekoran penyakit misteri itu menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 10.50 malam tadi. Sinar Harian sebelum ini melaporkan, kehidupan bekas tenaga pengajar kontrak di Pusat Pembangunan Kemahiran Melaka berubah sepenuhnya apabila berat badannya naik mendadak secara ‘misteri’ apabila mencecah sehingga 200 kg dalam masa tiga bulan. Sebelum ini adik bongsu Nur Izzati Afiqah, Muhammad Khairul Akram, mengalami masalah sama dan meninggal dunia empat bulan lalu pada usia yang muda 25 tahun.
Ibu saudaranya, Zainab Hassan, 57, berkata, sebelum ‘pergi’ Nur Izzati Afiqah mengalami pendarahan luar biasa.
“Mulanya, kami ingatkan dia datang haid tetapi berlaku dalam keadaan yang begitu banyak.
“Darah tersebut keluar pada jam 2 petang dalam keadaan berketul,” katanya lagi.
Menurutnya, ketika itu Nur Izzati Afiqah masih boleh bercakap seperti biasa dan kemudian beransur-ansur menjadi lemah sebelum menghembuskan nafas terakhir. Katanya, dia dan seluruh ahli keluarga reda dengan pemergian arwah yang disifatkan sebagai seorang yang baik.
“Selain ibunya, saya adalah orang yang cukup rapat dengan arwah kerana setiap hari mengurus dan menjaganya sepanjang dia sakit,” katanya.
Zainab berkata, jenazah arwah akan disemadikan jam 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung. Tambahnya, keluarga terpaksa mendapatkan kerjasama Bomba dan Penyelamat Balai Pasir Mas bagi membantu urusan pengebumian kerana keadaan fizikal arwah.
Tiada lain yang seorang ibu harapkan, cukuplah zuriat yang dikandung 9 bulan dilahirkan dan dibesarkan dengan keadaan sihat. Namun siapalah kita nak ubah ketentuan Allah dengan menguji makhluknya mengikut kemampuan mereka.
Luluh hati dan sukar untuk terima kenyataan, itulah yang dirasai oleh pelakon Catriona Ross apabila doktor mengesahkan anak keduanya, Jammal Raess seorang autistik ketika berusia dua tahun.
“Saya mula tahu daripada pakar selepas saya dapat rasa yang dia ada sesuatu yang lain. Mata dia tak pernah fokus bila kita panggil dia padahal saya ada di depannya.
‘Pandang Tanpa Sebarang Reaksi’
“Bila panggil, tanya nak susu, tapi dia hanya pandang tanpa sebarang reaksi. Saya pun buat appointment dengan beberapa pakar. Pakar pertama mengatakan anak saya autisme,” kongsinya dalam sebuah segmen di radio baru-baru ini.
Malah, disebabkan terlalu terkejut dengan pengesahan doktor tentang anak keduanya itu, keadaan diri Catriona terus menjadi lemah sehingga mengalami kesukaran untuk bernafas
“Masa itu, saya rasa lutut lemahnya, padahal saya duduk dekat kerusi tapi rasa nak rebah. Saya pandang suami, suara saya tiba-tiba ‘sayang, saya tak boleh bernafas.
“Saya ingat lagi saat itu, ingatkan saya duduk dah okay. Suami lebih kuat dan minta saya sabar. Saya ingat, saya cakap I think, Im gonna die,” kata Catriona dalam nada sebak.
Tidak mahu berputus asa, Catriona mengajak suami berjumpa dengan pakar lain namun tetap keputusannya sama.
Biarpun pada mulanya sukar menerima hakikat, Catriona perlahan-lahan belajar memahami anaknya yang seorang autistik dengan meminta pendapat rakan selebriti Zarina Zainuddin.
Kini, Catriona sangat bersyukur Jammal yang pada asalnya non verbal (tak boleh bercakap menunjukkan perkembangan sangat baik apabila dia mula menyebut beberapa perkataan.
Perkongsiannya di stesen radio tersebut turut dimuat naik di laman Instagram miliknya dan Catriona Ross juga sempat memberi semangat kepada ibu bapa lain di luar sana bahawa mereka yang diuji sebegini adalah insan yang terpilih yang mampu melalui semua ini.
Meninjau di ruangan komen, pengikut Catriona Ross turut berkongsi pengalaman sendiri pertama anak mereka disahkan sebagai seorang autistik. Malah mereka sama-sama mendoakan supaya ibu bapa atau penjaga yang menjaga anak-anak ini dipermudahkan urusan dan kekal tabah menghadapi ujian ini.
Murid PASTI meninggal dunia, sayu hati tengok rakan-rakan keliling jenazah, beri penghormatan terakhir. Tular di media sosial video menyayat hati yang memperlihatkan detik terakhir seorang murid tadika sebelum dikebumikan.