Selepas bertarung nyawa melawan penyakit kanser otak dan kanser buah pinggang, Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham meninggal dunia di Unit Dependensi Tinggi (HDU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Bayi berusia empat bulan itu menghembuskan nafas terakhir pada 4.30 petang semalam di sisi kedua ibu bapa dan ahli keluarga.
Ibu Nishka, Khairiah Kamarudin, 35, memberitahu, dia dan suami, Mohd Farham Che Ahmad, 36, reda dengan pemergian anak bongsu daripada lima beradik itu.
Katanya, anaknya tenat sejak semalam apabila tidak mampu membuka mata dan tidak memberi tindak balas.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan Nishka dan mereka yang sentiasa memberi sokongan kepada saya serta suami.
Ads
“Walaupun sedih, namun saya dan suami reda dengan pemergian anak kerana dia terlalu kecil untuk menanggung derita. Sejak semalam Nishka tenat dan tidak memberi sebarang maklum balas. Memang kami sekeluarga sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan.
“Walaupun sedih, ini semua takdir Allah dan bersyukur pemergian Nishka dipermudahkan,” katanya lagi.
Khairiah berterima kasih kepada semua pihak yang selama ini mendoakan Nishka serta kakitangan HUSM yang banyak berjasa kepada keluarganya.
Ads
Nishka disahkan menghidap kanser otak (Medullablastoma) tahap empat selepas 21 hari dilahirkan dan turut dikesan menghidap penyakit kanser buah pinggang bulan lalu.
Khabar duka ini turut dikongsikan selebriti tempatan, Mawar Karim yang sebelum ini pernah melawat bayi comel berkenaan.
“Al- Fatihah. Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Baby Nishka berehat la di syurga menanti awak di sana. Setelah berjuang bertarung nyawa. Allah lebih sayang kan baby Nishka. Ibu bapa baby Nishka akan tunggu di syurga ya anak..
Ads
“Kami sayang baby Nishka. Mari kita sedekah Al Fatihah dan doa kan baby Nishka @kheriykhairiah_nishkaofficial.
“Menerima panggilan dari ibu baby Nishka mengatakan baby Nishka dah meninggal dunia. Sejujurnya memang tidak mampu untuk saya melihat anak syurga ni tabah bertarung nyawa,’ ujar Mawar melalui Instagram miliknya.
Kisah adik Nishka pernah disiarkan oleh Majalah Keluarga sebelum ini baca di sini. Semoga keluarga anak syurga ini tabah dan sabar dengan ujian tersebut.
Kalau perasan, orang Siam atau yang duduk disempadan Siam muka mereka cantik gebu dan semuanya comel-comel belaka. Semuanya cantik dan paling penting kulit licin dan gebu. Jerawat? Memang tak pernah ada.
Orang kata amalan mereka makan pulut sejak kecil dan inilah rahsianya. Ya, itu hakikatnya. Pulut Ayam yang jadi makanan popular mereka adalah menu ruji saban hari. Makan pulut macam makan nasi agaknya dan inilah rahsia kulit cantik mereka. Jika tak mampu nak amalkan makan pulut setiap hari, apa kata kita amalkan petua buat masker daripada beras pulut yang dikongsikan Siti Zainab di facebooknya. Malah MamaAmoi juga dah cuba! Jom tengok apa bahan-bahannya.
Bahan² semua dah ada. So malam ni nak buat masker la.
Aritu BFF Geng Pipi Gebus Jah Khadijah resipi kulit flawless & gebu. Jomm tengok apa bahan²
. Masker Putih Gebus
.
Bahan ²
Beras pulut – 4 sudu besar
Rose Bud – 2 sudu besar
Susu tepung – 1 sudu besar
Air mawar / Facemist Bunga Kampung Suzy Honey
. Cara membuat:
Blend kering semua satu persatu. Blend sampai jadi halus.
Kite bancuh ketiga2 bahan tersebut. Bancuh ikut keperluan.
Pastu baru campurkan air mawar. Agak2 tahap kepekatan tu. Janji senang nak sapu. Sapu pada seluruh wajah, boleh juga digunakan pada seluruh badan. Sekurang-kurangnya 30 minit.
Sebelum bilas dengan air bersih, basahkan masker dan lulur dahulu sebentar. Siap. 1st time buat pun dah rasa best kulit.
Tambah2 pakai masker berjemaah dengan adik boy + gurl Jen. Meriah tau…
.
Khasiat masker rose + beras pulut
Putih gebu
Glowingkan kulit
Awet muda
Hilangkan parut
Haluskan kulit Rose bud mengandungi 2x Vit C berbanding buah oren .
Susu tepung pula bagi effect cerah dan melembab .
Lakukan rawatan 2/3 kali seminggu untuk hasil superb glow dan cerah gebu.
Untung² body pun boleh snow white giteww
#SHARE jika bermanfaat
#MamaAmoi
.
Kredit: Siti Zainab
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sesungguhnya memang sedih hati seorang ibu apabila anak sendiri disahkan disleksia tetapi hakikatnya tidak benar! Malah lebih mengecewakan lagi anaknya ketika itu pada usia 5 tahun, telah menjadi pemegang kad OKU. Semua ini ekoran sikap tergesa-gesa membuat pemeriksaan tanpa ketelitian. Allahuakbar!
Melalui laman facebooknya Dr Norzila Zakaria melahirkan kecewa segelintir pihak dengan mudah memberikan keputusan bawa anak berkenaan bermasalah. Sedangkan, setiap perkembangan anak-anak berbeza. Beliau melahirkan rasa terkejut mendapati seorang ibu memberitahu bahawa anaknya yang boleh membaca dan menulis dengan baik disahkan disleksia dan pemegang kad OKU pada usia 5 tahun disebabkan tidak tahu membaca dan menulis b dan d terbalik.
Katanya, ibu bapa dan pihak tadika perlu tergesa-gesa untuk membuat keputusan sebegitu, kerana normal bagi kanak-kanak pada usia 5 tahun yang ketika ini memang konsep belajar sambil bermain.
Malah beliau merujuk kepada anaknya sendiri bahawa pada usia 7 tahun masih belum boleh membaca disebabkan lahir pada hujung tahun dan ia bukan menjadi kerisauan baginya. katanya,”Berilah mereka masa untuk melalui fasa pembesaran dan perkembangan kognitif yang normal.Insha Allah jika tiada maslah lain dalam komunikasi dan sosial anak ini mampu menguasai kemahiran menulis, membaca seperti anak-anak yang lain.”
Ikuti perkongsian lanjut Doktor ini. Memang mengejutkan!
Anak boleh membaca dan menulis dengan baik disahkan disleksia dan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) ============================================
Seorang ibu membawa anaknya ke klinik. Keluarga mereka ini baru berpindah ke Kelantan. Anaknya yang berusia 7 tahun disahkan mengalami disleksia dan sudahpun didaftarkan sebagai OKU. Katanya penilaian dijalankan di **M di Kuala Lumpur. Ketika penilaian dijalankan anak ini baru berusia 5 tahun lebih. . Doktor yang melihat anak ini membincangkan kes ini dengan saya kerana pada hari klinik tersebut anak ini boleh membaca dengan baik dan tidak menunjukkan tanda lain seperti mereka yang mengalami disleksia. . Saya hanya tersenyum mendengar perjalanan kisah anak ini sehingga disahkan sebagai disleksia. Kalau di klinik saya, minta maaf lah Dr Norzila tidak akan semudah itu untuk mengisi borang pendaftaran Orang Kurang Upaya kecuali kes yang betul-betul jelas gejala dan tandanya.
Apakah yang dilihat pada usia 5 tahun? Ya betul gejala disleksia memang boleh diperhatikan pada usia ini, namun mengapa tergesa-gesa mengesahkan anak ini sebagai disleksia.
sedangkan pada usia 5 tahun adalah perkara biasa menulis b dan d terbalik, hatta tidak pandai menulis juga perkara biasa jika masuk ke Tadika yang menggunakan konsep “belajar melalui bermain’. Mereaka tidak menekankan penggunanan pensil dan kertas tetapi menekankan bermain sambil belajar. .
Anak saya Hisham masuk darjah satu tulis nama pun terbalik dari kanan ke kiri. Z, M, N B, D R tidak terkira acapkali ditulis terbalik. tapi saya tidak mengatakan dia sebagai disleksia.
Tanpa intervensi khas Hisham melalui darjah satu seperti pelajar lain. Dia tidak boleh membaca pun. Namun saya tidaklah memaksanya membaca kerana Hisham lahir pada hujung bulan Oktober, maknanya ketika dia masuk darjah 1 usianya baru 6 tahun 2 bulan. . Menyedari perkembangan kognitif seoarang kanak-kanak pada usia Hisham saya tidak bimbang langsung. Walaupun dapat nombor 6 terakhir dari 210 pelajar dan duduk dalam kelas paling akhir, namun oleh kerana dia adalah anak yang tipikal, Hisham mampu membaca pada hujung darjah 1. Sekarang berilah apa saja semua sudah boleh dibacanya. . Walaupun saya tidak gemarkan cara pelajar dinilai dengan peperiksaan penggal, namun di satu sudut saya mempersembahkan cerita anak seusia Hisham agar jangan didiagnos sebagai disleksia lagi. Berilah mereka masa untuk melalui fasa pembesaran dan perkembangan kognitif yang normal. Insha Allah jika tiada maslah lain dalam komunikasi dan sosial anak ini mampu menguasai kemahiran menulis, membaca seperti anak-anak yang lain.
Anak kita tidak jadi pandai tiba-tiba, mereka perlukan masa untuk menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira. Namun jika usia 5 tahun cikgu tadika dah buat kenyataan
“anak puan tidak berikan tumpuan dalam kelas, sampai sekarang masih belum boleh menulis dan membaca”, atau
” anak puan selalu tak siap kerja sekolah, asyik main saja” atau
“anak puan selalu tulis terbalik, diajar berkali-kali pun tak boleh nak ingat”
… anda silap cikgu. Mereka bukan tak boleh menguasai semua itu tetapi belum sampai masanya mereka mampu menguasai kemahiran tersebut, . Ya saya tidak nafikan ada anak-anak yang extraordinary, umur 3 atau 4 tahun sudah boleh membaca. memang hebat, itu anugerah Allah. namun struktur otak manusia ini tidak serupa maka fungsinya juga tidak sama. Pasti ada yang sel-sel saraf yang berhubung dengan pantas, dan ada yang agak perlahan namun masih dalam spektrum yang normal. . Mereka yang mempunyai sel saraf yang pantas berhubung memang cepat belajar, namun yang agak perlahan pasti lambat sedikit. Janganlah jadikan pelajar yang extraordinary ini sebagai piawai. habis nanti semua pelajar lain dilabel disleksia dan ada masalah pembelajaran, . Penilai-penilai pun lihatlah usia anak yang anda nilai itu, 5 tahun disahkan disleksia dan disahkan OKU, pada saya itu melampau. Para doktor pun update lah ilmu tentang disleksia kerana saya tahu bukan semua doktor faham tentang disleksia. Hantar untuk intervensi dulu, nilai semula dan lihat perkembangan pada usia berapa ketika itu, Jika sudah berpuashati dengan intervensi pun masih sukar membaca, menulis maka mungkin layak didaftar sebagai OKU (ikut hukum di Malaysia – itupun kalau ibu bapa setuju… ini belum masuk isu kelas pendidikan inklusif lagi). . Maka pesanan saya untuk para doktor, jangan lah cepat sangat buat diagnosis disleksia. Kalau berjumpa saya sudah pasti temujanji ke dua adalah 6 bulan selepas yang pertama, setelah pelajar dihantar menjalani terapi carakerja sebagai intervensi awal. Ibu bapa juga diberi peluang untuk memikirkan adakah perlu untuk mendaftar anak sebagai OKU dalam tempoh 6 bulan tersebut. . Saya paling tidak suka mendaftarkan pelajar disleksia sebagai OKU kerana mereka tidak mampu menguasai kemahiran asas menulis membaca dan mengira bukan disebabkan masalah mereka, tetapi masalah pengajaran yang terlalu rigid sedangkan ada beratus cara pembelajaran yang boleh digunakan untuk membantu anak-anak dengan disleksia. Inilah yang saya katakan disleksia adalah “teaching disability” dan bukan “learning disability”. . Kembali kepada kisah anak tadi, saya terangkan pandangan saya bahawa anak ini sekarang tidak ada gejala disleksia, dan status OKU yang telah diperolehinya boleh ditarik balik. Kasihan ibu ini kerana selama ini beranggapan anaknya adalah orang kurang upaya. . Sebenarnya disleksia adalah satu anugerah namun di Malaysia terpaksa diberikan status OKU! Lihatlah bagaimana mereka yang mengalami disleksia dalam dunia ini mencipta nama dalam pelbagai bidang selain akademik.Disleksia adalah anugerah, ya ianya anugerah! . Pada satu sudut yang lain pula, ibu bapa pun janganlah bimbang sangat bila anak belum mampu membaca pada usia 6 tahun jika aspek kehidupan yang lain adalah normal. Ingatlah kisah Hisham anak saya tu ya. Berilah mereka peluang. Kalau 8 tahun belum kenal huruf ya saya agak bimbang. Namun tidak salah untuk hantar penilaian jika gejala amat ketara. pastinya yang terbaik adalah pengesanan awal dan intervensi awal.
Memang benar kata perpatah, Guru Ibarat Lilin, Membakar Diri Menerangi Yang Lain”. Jasa dan baktinya akan dikenang walaupun terputus hubungan. Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan kasih sayang seorang guru Pendidikan Khas SMK Tengku Kudin, Raub Pahang, Cikgu Mohd Khairul Che Hassan memeluk cium pelajarnya tanpa mengira bangsa di majlis perpisahannya sempena pemergiannya ke sekolah baharu.
Video tular itu telah menarik perhatian netizen yang melahirkan rasa sebak dengan sikap yang ditunjukkan oleh guru berkenaan. Biarpun tiada pertalian darah, namun tanggungjawab yang digalasnya menjadi amanah buat dirinya untuk mendidik anak-anak bangsa walaupun mereka pelajar istimewa.
“Cikgu Khairul suka bercucuk tanam, dan pandai memasak. Segala ilmu yang dia ada akan cuba dicurahkan sebaik mungkin kepada pelajar-pelajar istimewanya.
“Sebenarnya hampir 10 tahun juga Cikgu Khairul mengajar di SMK Tengku Kudin. Cikgu ni yang banyak mengajar pelajar pendidikan khas ini berdikari. Contohnya pertanian, penternakan, memasak, dan ada juga di antara bekas pelajarnya sudah berjaya dan bekerja sendiri.
Cikgu Khairul bagaikan ayah dan anak, rapat dengan pelajar dan Ibu bapa pelajar pun turut menyenangi cikgu ni.
“Ada satu kata-kata beliau yang sangat menyentuh hati ketika majlis perpisahan…’ Andaikata masa hari hisab saya di padang Mahsyar nanti berat keburukan saya lebih dari kebaikan, saya harap awak semua dapat memberatkan timbangan kebaikan saya, bantulah saya di sana nanti, tariklah saya bersama ke syurga dengan kamu semua..’ Itu yang buat kami semua sebak..”
Tahniah Cikgu Mohd Khairul Che Hassan menjadi inspirasi buat anak-anak dan ibu bapa dalam mendidik anak-anak penuh dengan kasih sayang yang mendalam. Biarpun anak itu punya kekurangan diri, namun jika didik dengan penuh berhemah dan kasih sayang, ada sinar kehidupan yang lebih baik untuk masa depan mereka.
Sumber: Mohd Raizuddin Abdullah via www.gpsbestari.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.