Walaupun Pakai Kasut Getah RM 9, Kanak-kanak Berjaya Lepasi Pemilihan. Pasang Impian Ke Akademi JDT

Share

Pernah tular kerana memakai kasut getah sewaktu bermain bola, kanak-kanak yang bernama Hafiz ini sekali lagi menjadi tumpuan wargamaya apabila dia didatangi oleh seorang aktivis kebajikan iaitu Adrian Edy untuk menyampaikan bantuan sekaligus merealisasikan impiannya.

Mungkin kanak-kanak lain seusia dengannya, jarang mendengar atau melihat kasut getah namun bagi adik Hafiz, kasut inilah yang selalu digunakan untuk bermain bola.

Kasut getah ini biasanya dipakai oleh penoreh getah dan harganya murah. Untuk bermain bola ianya memang tidak sesuai namun hanya kasut ini yang mampu dibeli.

Difahamkan, adik Hafiz ini berasal dari keluarga susah. Ayahnya adalah seorang penoreh getah dan dia memiliki seorang kakak Orang Kelainan Upaya (OKU).

[TRENDING]

Wawa Zainal Hadiahkan Rumah Buat Mak Dan Ayah Di Semenanjung

[LAYAN SELERA] Buat Tauhu Sendiri. Mudah Dan Jimat. Yang Penting HALAL

Waaupun datang ke pemilihan bola dalam keadaan serba kekurangan namun apa yang menjadi inspirasi adalah semangat adik Hafiz yang kuat. Hafiz telah berjaya dalam pemilihan tersebut.

‘Sampai coach pun berdiri tengok bakatnya.’ kata Adrian Edy melalui hantaran di Instagram.

Pemilihan bola di Tenom yang disertai oleh adik Hafiz ini merupakan fasa sebelum dia pergi ke pemilihan terakhir di Johor nanti. Jika berjaya melepas pemilihan di Johor, barulah akan diterima ke akademi Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Dalam pertemuan tersebut, Adrian Edy telah membuat kejutan dengan memberikan adik Hafiz dua pasang but bola sepak dan menghadiahkan jersi yang ditempah khas buat adik Hafiz.

Menceritakan detik pertemuan itu, Adrian Edy berkata,

“Masa jumpa dia memang malu-malu. Masa saya bagi kasut, dia terdiam. Dia kata selalu nampak but bola sepak orang pakai dalam TV. Dia gembira bila dapat tengok depan mata.”

Apabila melihat semula video pertemuan tersebut, Adrian berkata dia baru perasan yang adik Hafiz menangis. Video tersebut boleh dilihat apabila Adrian menyarungkan but pada kakinya, Adik Hafiz mengelap air mata. Momen tersebut begitu sebak.

“Rupa-rupanya dia menangis. Masa jumpa tu tak perasan. Selepas balik, masa edit video baru nampak yang Hafiz lap air mata dia.”

Adrian juga turut bertanya Hafiz mengenai impiannya.

“Hafiz kata dia nak jadi pemain bola sepak, dia nak ubah nasib keluarga. dia tahu keluarganya susah, papa dia pun hanya mampu beli kasut getah je. Dia berazam nak jadi pemain bola berjaya untuk bawa keluarga keluar dari kepompong kemiskinan.”

“Bagi saya ini antara detik paling sedih sepanjang saya terlibat dalam kerja-kerja kebajikan,” Ujur Adrian Edy lagi.

“Bagi saya, kisah Hafiz ini sangat memberi inspiras, khususnya anak-anak di negeri Sabah. Saya berharap dia dapat pergi jauh dan berjaya dalam kerjaya yang diceburi.

Adrian Edy juga menzahirkan harapan untuk melihat Hafiz terbang jauh dalam bidang sukan sekaligus dapat mengharumkan nama negara suatu hari nanti.

[TIP KEWANGAN]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club