Pernah tular kerana memakai kasut getah sewaktu bermain bola, kanak-kanak yang bernama Hafiz ini sekali lagi menjadi tumpuan wargamaya apabila dia didatangi oleh seorang aktivis kebajikan iaitu Adrian Edy untuk menyampaikan bantuan sekaligus merealisasikan impiannya.
Mungkin kanak-kanak lain seusia dengannya, jarang mendengar atau melihat kasut getah namun bagi adik Hafiz, kasut inilah yang selalu digunakan untuk bermain bola.
Kasut getah ini biasanya dipakai oleh penoreh getah dan harganya murah. Untuk bermain bola ianya memang tidak sesuai namun hanya kasut ini yang mampu dibeli.
Difahamkan, adik Hafiz ini berasal dari keluarga susah. Ayahnya adalah seorang penoreh getah dan dia memiliki seorang kakak Orang Kelainan Upaya (OKU).
Waaupun datang ke pemilihan bola dalam keadaan serba kekurangan namun apa yang menjadi inspirasi adalah semangat adik Hafiz yang kuat. Hafiz telah berjaya dalam pemilihan tersebut.
‘Sampai coach pun berdiri tengok bakatnya.’ kata Adrian Edy melalui hantaran di Instagram.
Ads
Pemilihan bola di Tenom yang disertai oleh adik Hafiz ini merupakan fasa sebelum dia pergi ke pemilihan terakhir di Johor nanti. Jika berjaya melepas pemilihan di Johor, barulah akan diterima ke akademi Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
Dalam pertemuan tersebut, Adrian Edy telah membuat kejutan dengan memberikan adik Hafiz dua pasang but bola sepak dan menghadiahkan jersi yang ditempah khas buat adik Hafiz.
Menceritakan detik pertemuan itu, Adrian Edy berkata,
“Masa jumpa dia memang malu-malu. Masa saya bagi kasut, dia terdiam. Dia kata selalu nampak but bola sepak orang pakai dalam TV. Dia gembira bila dapat tengok depan mata.”
Ads
Apabila melihat semula video pertemuan tersebut, Adrian berkata dia baru perasan yang adik Hafiz menangis. Video tersebut boleh dilihat apabila Adrian menyarungkan but pada kakinya, Adik Hafiz mengelap air mata. Momen tersebut begitu sebak.
“Rupa-rupanya dia menangis. Masa jumpa tu tak perasan. Selepas balik, masa edit video baru nampak yang Hafiz lap air mata dia.”
Adrian juga turut bertanya Hafiz mengenai impiannya.
“Hafiz kata dia nak jadi pemain bola sepak, dia nak ubah nasib keluarga. dia tahu keluarganya susah, papa dia pun hanya mampu beli kasut getah je. Dia berazam nak jadi pemain bola berjaya untuk bawa keluarga keluar dari kepompong kemiskinan.”
Ads
“Bagi saya ini antara detik paling sedih sepanjang saya terlibat dalam kerja-kerja kebajikan,” Ujur Adrian Edy lagi.
“Bagi saya, kisah Hafiz ini sangat memberi inspiras, khususnya anak-anak di negeri Sabah. Saya berharap dia dapat pergi jauh dan berjaya dalam kerjaya yang diceburi.
Adrian Edy juga menzahirkan harapan untuk melihat Hafiz terbang jauh dalam bidang sukan sekaligus dapat mengharumkan nama negara suatu hari nanti.
Semua sedia maklum mengenai kejadian tanah runtuh pada Jumaat lalu di Father’s Organic Farm di Batang Kali dan operasi mencari dan menyelamat masih lagi giat dijalankan untuk mengesan mangsa yang masih lagi belum ditemui.
Ramai antara rakyat Malaysia ingin membantu dengan pelbagai cara kepada keluarga mangsa. Sementara itu, ibu kepada usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri, Rozita Ibrahim atau mesra disapa Bonda Rozita turut terpanggil untuk membantu meringankan urusan pasukan penyelamat dengan memberikan resort miliknya sebagai tempat berehat di mana ia tidak jauh daripada tempat kejadian.
Hal ini sebagaimana dimaklumkan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram. Bonda Rozita turut merakamkan ucapatan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Bahkan bukan itu sahaja, malah pekerjanya yang berada di Rumah Hutan Terapi Alam juga turut menyediakan makanan buat pasukan penyelamat yang sudah bertungkus lumus selepas dua hari menjalankan misi menyelamat.
“Kesian tengok abang-abang bomba yang menyelamat kepenatan. Saya petani yang tinggal dekat area situ tau bagaimana rasanya selut lumpur yang berat susah nak bergerakkalau kita terbenam dalam tu. Kereta 4X4 pun ada masa tak boleh jalan”
“Saya benarkan staf sumbangkan tenaga ereka ke lokasi kejadian, ia sangat menyeronokan bagi staf bonda, kesempatan ambil pengalaman.
“Staf bonda dapat masuk sebab kasi makanan dari rumah hutan. Sejak awal kejadian area parking, resort halaman rumah terapi alam sampai penuh hari ini dengan kereta-kereta polos dan bomba,” ujar Bonda Rozita berkongsi cerita.
Manakala menerusi perkongsian beberapa video di media sosial, dapat dilihat pasukan penyelamat sedang berehat di Rumah Bonda serta beberapa individu lain telah memuat naik video berkenaan untuk mengucapkan terima kasih buat Bonda Rozita.
Diruangan komen video tersebut, rata-rata pengguna laman sosial mengucapkan terima kasih buat Bonda Rozita yang sudi menyediakan kemudahan tersebut buat pasukan penyelamat yang berpenat lelah dalam misi menyelamat.
Dalam pada itu, ramai yang turut mendoakan agar operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang dipermudahkan.
Setiap pekerjaan ada cabarannya, pun begitu mungkin ada yang menyangka kerja sebagai seorang pegawai kerajaan nampak mudah. Kerja stabil, ada kenaikan gred, akan ada pencen dan sebagainya.
Namun hakikatnya sebagai doktor kontrak KKM ia tidak semudah yang disangka, untuk menjadi seorang doktor, selain akademik, spiritual dan mental juga perlu tiptop.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Dr Mohamad Ali Ridha Bin Said ini berkongsi di media sosial, akhirnya terpaksa membuat keputusan untuk ‘angkat kaki’ dari terus berkhidmat di bawah KKM.
Difahamkan hospital terkahir beliau berhidmat adalah di Hospital Ranau, Sabah. Nyata perkongsiannya ini mencuri tumpuan ramai dan mendapat pelbagai respond.
Officially keluar dari KKM
Keputusan yang bukan mudah. Berfikir panjang. Ragu-ragu. Betul kah keputusan ini? Kalau ikut kata majoriti semua akan suruh stay KKM. Kerja gomen stabil, ada kenaikan gred, nanti dah dapat tetap akan ada pencen. Itu adalah zikir biasa. Eh, kenapa nak berhenti sekarang, jadi lah pakar dulu?
Akhirnya, keputusan ini dibulatkan, dan aku berhenti KKM pada 31 Mei dengan notis sebulan, dengan hospital terakhir aku berkhidmat adalah di Hospital Ranau, Sabah.
Perjalanan untuk menjadi seorang doktor bukanlah tempoh yang singkat. 7 tahun tempoh aku belajar dalam bidang perubatan (2 tahun persediaan + 5 tahun degree). Kemudian, dua tahun pula menjadi seorang doktor pelatih di Hospital Klang dan floating MO beberapa bulan juga di sana, sebelum kena transfer ke Hospital Ranau untuk bertahan lagi 4 bulan.
Orang kata menjadi seorang doktor itu sendiri, dah buat kau tiada life dan daripada awal mengambil bidang ini memang dah kena accept pemikiran itu. Walaupun sebelum ini berkhidmat di Hospital Klang, dikenali dengan kawasan yang sibuk, aku masih ok lagi, adalah life tu lagi, masih rasa seronok bekerja. Sempat bersosial, bersukan dan bernetworking dengan kawan-kawan, lebih-lebih lagi masih ada peluang masa kerap bersama dengan keluarga tercinta.
Segala-galanya berubah apabila mengetahui Januari lepas, akan kena transfer ke sabah. Rasa berdebar, apa pula nasib aku di sana nanti. Tapi aku kentalkan semangat, pergi jugalah. Dahlah masih berstatus kontrak, kena pula transfer jauh ke sabah, jauh amat daripada keluarga, meninggalkan segala perkara yang aku dah selesa di Selangor. Di sini saja, dah buat motivasi aku luntur.
Bukan tidak berusaha, usaha juga yang terbaik untuk aku menyesuaikan diri di Hospital Ranau, salah satu hospital daerah di pedalaman Sabah.
Kalau di hospital besar, kita sentiasa ada orang yang lebih berpengalaman atau pakar untuk rujukan. Tapi di hospital daerah ini, you are on your own dari detik mula pesakit sampai. Kena tahu bila sesuatu kes tu adalah di luar kemampuan hospital daerah, stabilkan pesakit untuk transfer out, tahu masa yang tepat untuk hantar keluar. Jadi proses merujuk doktor-doktor berpengalamanan/pakar di hospital besar di Kota Kinabalu adalah perkara biasa. Memang aku rasa palpitasi setiap kali tahu, nak kena refer case. Berharap sangat doktor pakar yang aku nak refer tu, tak jenis banyak kerenah.
Aku dapat merasai beberapa kali pengalaman escort patient yang perlu transfer ke hospital besar di Kota Kinabalu dengan perjalanan 2 jam setengah, melalui sepanjang jalan yang tidak rata, turun naik bukit dan bersimpang siur. Memang akan rasa mual-mual dan nak muntah masa awal-awal merasa dulu.
Apabila pesakit yang perlu di hantar ke hospital besar agak ramai, dan tidak cukup ambulance, dah kena pilih pulak dulu, siapa yang patut di hantar. Kadang aku rasa geram, penat merefer, penat dapatkan tarikh appointment pesakit, sekali kena call balik pihak sana untuk resechedule balik sebab kekangan ambulance.
Bekerja di hospital daerah, kita kena terima hakikat yang segala-galanya adalah penuh dengan kekurangan. Logistik isu sentiasa menjadi masalah. Tempat di mana alatan, ubat dan segalanya adalah terhad. Belum cerita lagi masalah tiada air atau air kotor yang menjadi masalah hampir setiap minggu, masalah letrik terputus ada dalam sebulan sekali. Apabila berlaku masalah air, maka beberapa result investigation pesakit tidak akan dapat dilengkapkan, pada waktu ini, pesakit akan ramai terkandas di jabatan kecemasan.
Di sini memang hanya fikir bekerja sahaja, akibat ketidakcukupan doktor, oncall lebih 10 kali dalam sebulan tu adalah perkara biasa. Memang tiada life working balance. Selagi tidak mohon cuti, mostly memang akan kena bekerja tak kira weekend mahupun public holiday. Nak ambil MC atau EL pun kadang aku rasa tak sampai hati sebab nak kena fikir nak cari pengganti. Selagi ada tenaga untuk bekerja, bekerja lah. Aku haritu cirit birit dan demam, ulang alik beberapa kali ke tandas time ward round. Sampai ada staffnurse tanya, “doktor ok ka ni?”.
Siapa yang tidak ingin menjadi seorang pakar, aku pun dulu mula-mula sangat tertarik nak menjadi seorang pakar specifically pakar kanak-kanak. Tetapi apakan daya masa mengubah segala-galanya.
Mungkin aku tak cukup sabar untuk kekal lama di KKM. Apabila aku telah hilang life working balance yang aku nak, maka saki baki kesabaran itu sudah hilang. I have lost my ‘purpose’ to stay in KKM.
Aku sangat pandang tinggi pada kawan-kawan yang sanggup bekerja di hospital daerah, malah ada yang sampai berbelas tahun kekal di hospital daerah. Korang punya clinical skill, decision making dan confidence pasti jauh lebih baik dari mereka yang bekerja di hospital-hospital besar.
Sedih mahu meninggalkan rakan-rakan dan staff-staff di Hospital Ranau yang sangat friendly. Disebabkan bantuan mereka lah, aku dapat bertahan dan dapat berfungsi bekerja di hospital ini untuk tempoh beberapa bulan.
Akhir kata, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua doktor-doktor pakar, rakan-rakan MO, MA, staffnurse, dan rakan-rakan sekerja yang banyak membimbing dan mengajar selama 3 tahun yang lalu yang membentuk diri aku hari ini. Pengalaman bekerja dalam KKM adalah pengalaman bekerja yang sangat berharga, ada pahit dan manis yang akan terus tersemat dalam memori sampai bila-bila. Semoga akan ada masa depan yang lebih baik untuk doktor-doktor di KKM selepas ini.
Bismillahirrahmanirrahim, langkah dibuka untuk perjalanan baru.
Umum mengetahui wanita ini sangat penyayang, lembut dan aksinya yang mencuit hati apabila sering mengusik suaminya yang merupakan tokoh yang dikagumi. Siapa tidak kenal dengan Tun Dr Siti Hasmah kan.
Walaupun sudah memasuki usia emas, hubungan suami isteri ini sering mencuri perhatian di media sosial. Sangat mengambil berat mengenai keselamatan dan kesihatan suaminya, wanita ini sering dilihat memantau pergerakan suami agar tidak melakukan sesuatu melebihi kemampuan dirinya.
Kesetiaannya berada di sisi suami amat dikagumi.
Dari sudut seorang ibu pula, Tun Dr Siti Hasmah sangat penyayang dan sangat memberi sokongan kepada anak-anak . Tutur katanya yang lembut apabila berbicara paling meruntun jiwa.
Memetik laporan dari laman sesawang Sinar Harian sewaktu program Mak Untuk Malaysia (MUM) bertajuk ‘Permata Hati Negara’,
Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menjelaskan tindakannya yang pernah menghalang orang ramai untuk mendekati tokoh itu adalah demi keselamatan suaminya.
Memberi contoh ketika pasangan itu menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2022 baru-baru ini, Dr Siti Hasmah memaklumkan, keterujaan orang ramai yang mahu bergambar bersama suaminya menyebabkan Dr Mahathir hampir hilang imbangan badan dan mungkin terjatuh.
“Cemas saya melihat keadaan suami ketika itu. Orang lain tidak tahu sebab mereka tiada dalam keadaan seperti saya sebagai isteri. Saya risau akan pulang dengan van jenazah.
“(Sebab itu) Kadang-kadang saya halang orang datang dekat (dengan Dr Mahathir), jangan bersalam, jangan peluk, jangan selfie. Jadi saya perlu merayu kepada rakyat, bantu saya untuk jaga suami saya sebab ramai masyarakat nampak Dr Mahathir (masih) gagah, tetapi tiada siapa tengok bila dia balik petang.
“Saya tengok dia letih, mata dah kecil nak tidur, itu orang tak tahu. Dia mesti berehat, saya kena jaga, kalau saya ada terkasar sikit (kepada orang ramai), saya minta maaf,” katanya dalam program Mak Untuk Malaysia (MUM) bertajuk ‘Permata Hati Negara’ yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Isnin.
Sumber : Sinar Harian
Semoga Tun Siti Hasmah dan Tun Dr Mahathir dikurniakan kesihatan yang baik.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.