Walaupun Keputusan SPM Tidak Cemerlang Namun Reaksi Ibu Pemuda Ini Undang Sebak. Sampai Basah Surat Tu Dibasahi Air Mata

Share

Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anak mereka berjaya. Namun tak semua anak-anak akan dapat memenuhinya.

Mungkin mereka tidak dapat membanggakan ibu bapa dalam bidang pelajaran, tetapi kelebohan mereka pada bidang yang lain.

Setiap dari anak-anak ada keistimewaannya dan tidak harus diperbandingkan.

Begitulah kisahnya melalui satu perkongsian dari seorang pemuda lepasan SPM ini di Tik Tok apabila mendapat keputusan kurang memberangsangkan.

Walaupun tidak memperoleh apa yang yang diharapkan, reaksi si ibu tetap meraikan remaja tersebut dan berbangga dengan anaknya itu.

“Maaf ibu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya tak cemerlang seperti orang lain,” kata remaja itu di ruangan kapsyen videonya.

Berdasarkan slip keputusan SPM yang dikepilkan, remaja tersebut gagal mendapat gred A dalam sebarang mata pelajaran.

Turut disertakan dalam perkongsian itu adalah sepucuk surat tulisan tangan bersama wang tunai RM100 diberikan si ibu kepada anaknya itu sebagai sokongan moral.

“Assalamualaikum. Kepada anak mak, tahniah mak ucapkan kerana dapat keputusan SPM yang baik. Nanti sambung belajar ya anak. Sambung belajar untuk masa depan.

“Mak dan ayah nak tengok abang berjaya dunia dan akhirat. Abang adalah satu-satunya harapan kami.

“Nanti pergi Kuala Lumpur buat kerja baik-baik ya. Jaga anak maksu. Kalau rasa tak boleh jaga, balik semula kampung.

“Mak sebenarnya berat nak lepaskan abang pergi kerja jauh-jauh tapi tak apa, mak doakan semoga Allah sentiasa lindungi anak mak ni,” tulis ibu itu kepada anaknya.

Surat tersebut juga dilihat basah dengan titisan air mata daripada remaja yang membacanya itu.

“Mak tak dapat nak bagi hadiah besar-besar dekat abang. Ini mak bagi RM100 untuk hadiah SPM abang. Mak tak dapat bagi banyak sebab mak bukanlah kerja pangkat tinggi.

“Abang ada cakap nak beli barang-barang abang yang tak cukup. Abang ambil la duit ni pergi beli es

ok.

“Mak sayangkan abang,” ujar ibu itu menutup bicara.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya mengatakan mereka menginginkan untuk mempunyai seorang ibu yang tahu untuk menghargai usaha anak.

“Syukur bang, saya dapat banyak A pun masih nak dibanding-bandingkan. Nak kata peluk dan ucap tahniah pun jauh sekali. Tapi itulah hargai mak ayah selagi ada.

Warga maya lain pula memberikan semangat kepada pemuda itu untuk meneruskan kehidupan dan tidak putus harapan.

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club