Walaupun hanya seekor kura-kura, namun keprihatinan pihak bomba yang terlibat mendapat pujian dari netizen.
Kisah kura-kura malang ini dimuat naik oleh seorang wanita bernama Hafeezah Ahmad menerusi laman facebooknya.
Dia yang kebetulan sedang berjoging di kawasan Tasik Shah Alam menemui seekor kura-kura besar yang terdampar di kawasan tersebut. Setelah diamati, kura-kura tersebut rupanya tersangkut pada satu mata kail.
Walaupun ada warga prihatin ingin membantu, namun mata kail tersebut gagal di tanggalkan.
Ini antara cerita yang dikongsikan oleh wanita berkenaan.
Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Sebelum masuk meeting, sis nak hupdate kisah benar pagi tadi sewaktu jogging di Tasik Shah Alam. Kisah benar ni disaksikan oleh ramai warga Shah Alam yang sedang beraktiviti di Tasik Shah Alam pagi tadi.
Ads
Niat sis update bukan untuk kecam mana-mana pihak, cuma ingin membuka mata rakyat marhaen, rakyat atasan dan rakyat berjawatan. ?
Sedang syiok sis jogging sambil melayan deru angin, kicauan burung dan air tasik yg memancut, tiba-tiba ternampak seekor kura-kura besar terdampar di tepi tasik. Apabila sis dekati kura-kura itu, rupanya kura-kura itu tersangkut mata kail yang amat dalam tak pasti berapa kedalamannya. Kesian dia kesakitan.
Maka warga-warga prihatin Shah Alam di sekitar tasik telah mulakan tanggungjawab masing-masing. Ada yang cuba cungkil keluar, namun gagal. Apa lagi rakyat marhaen boleh buat selain buat panggilan kepada pihak sepatutnya?
Individu A bersama isteri dan anaknya cuba buat panggilan ke MBSA. Namun dukacita dimaklumkan MBSA kata bukan bidang mereka. Mereka suruh call JPAM.
Saya pun ambik peranan cuba call JPAM. Namun dukacita dimaklumkan JPAM suh call 999 talian kecemasan.
Individu A tadi pun cuba call 999. Dannn dukacita dimaklumkan, kes kura-kura ni bukan isu mereka nak layan. Kah! ?
Ads
Saya cuba pula call Jabatan Haiwan Selangor. Mereka pun buntu sebab katanya haiwan yg dihantar ke sana perlulah haiwan yg ada pemilik. Ye lah kura-kura tu kan duk kat tasik . Mungkin pemilik kura-kura tu MBSA lah kan. Talian cuba disambungkan kpd doc vet di jabatan haiwan, tapi henpon saya pulak prob tetiberr.??
Sementara itu Individu B bergegas ke bangunan MBSA dengan motosikalnya minta bantuan kepada pegawai di situ. Jawapannya dukacita juga. Tiada yg ingin membantu.?
Datang pula pakcik individu C , ambil keputusan contact anak sedaranya anggota bomba di Jabatan Bomba Seksyen 15. Alhamdulillah seangkatan anggota bomba turun padang. ? Anggota bomba datang cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan kura-kura yang masih hidup ni. Namun kura-kura terlalu kuat sembunyikan kepalanya ke dalam. Dan akhirnya anggota bomba bawa kura-kura ni ke veterinar.
Tahniah anggota bomba Seksyen 15 Shah Alam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor . Prihatin dengan aduan org awam. Tahniah kerana bertindak menyelamatkan kura-kura ini. ????
Ads
Walaupun ia hanya seekor kura-kura, ia juga bernyawa dan meronta-ronta meminta bantuan cuma ia takde suara untuk dilontarkan je.
Tahniah warga Shah Alam yg terlibat. Syukurrr masih ramai lagi warga prihatin yg ada di sekeliling kita. ??
Sementara itu, Bomba Dan Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam turut memuat naik kes berkenaan.
1 of 3
Khidmat khas kura2 ditasik shah alam…terdapat seekor kura2 yg beratnya lebih kurang 5 kilo dijumpai oleh org awam terdampar di tempat laluan jalan kaki dimana ada mata kail tersangkut dimulut kura2.tersebut…
Tindakan anggota cuba mencabut mata kail tersebut…tapi tidak berjaya.
1 of 3
Kemudian menghantar ke pusat veretinar seksyen 15 dan berjaya mencabut mata kail tersebut kemudian melepaskannya ke tasik semula…
Perasan tak, anak-anak ni kalau dapat sekotak tisu suka betul main tarik-tarik keluarkan sehelai demi sehelai. Boleh kata, sekotak tu sekelip mata pun habis dikerjakan.
Rasa membazir pula jika sentiasa dilakukan berulang kali, malah boleh buat kita rasa geram dengan perbuatan anak apatah bila saat kita hendak gunakan tiada lagi tisu di dalam kotak.
Jadi apa kata anda gunakan trik yang dikongsikan oleh Yatie Eimra ini untuk ‘selamatkan’ tisu yang ada di rumah. Idea ini bukan sahaja praktikal malah cantik juga di letakkan di atas meja. Jom semak.
DIY Balang Tisu
Sekarang memang dah tak boleh beli tisu kotak sebab dak fydh ni memang suka sangat main tisu.. Sebelum ni pernah 1 set tisu kotak yang baru beli dia gi koyak & tabur² masa ummi masak. Letak atas meja pun tak selamat sebab dakni dah pandai panjat kerusi bagai..
Guna tisu toilet roll ni tak delah terasa sangat bila kena koyak. Ekeke.. Bila tak guna, sumbat je tisu kat lubang bahagian penutup tu. Dakni masih tak pandai lagi nak masukkan jari & tarik tisu dari dalam tu, so selamatlah buat sementara waktu ni.
Bahan-bahan diperlukan.
1. Balang berpenutup
2. Wallpaper
3. Pisau
4. Renda hiasan
Cara buat :
1. Lubangkan penutup balang seperti ini.
2. Tampal dengan wallpaper di bahagian atas penutup. Pada bahagian berlubang buatkan seperti di dalam gambar.
3. Hias dengan renda hiasan untukn nampak lebih menarik.
Seronok juga ye kalau kita dapat realisasikan cita-cita anak kita. Mungkin dah besar nanti ada yang nak jadi polis, askar, nurse, peguam dan macam-macam lagi lah. Semua boleh!
Untuk itu, jom sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan daftarkan diri di http://www.wasap.my/60169647520
*Cara dan syarat boleh lihat di poster
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Musim hujan ini mulalah kita terfikir betapa pentingya kalau kita ada mesin pengering pakaian di rumah. Bukan apa, berhari-hari baju yang disidai tidak juga kering-kering. Lama-lama berbau hapak pula pakaian yang telah dicuci.
Jadi sebelum anda ingin membeli mesin pengering yang ada di pasaran, lebih baik anda baca info yang dikongsikan oleh Rose Dafeeya ini semoga bermanfaat.
Okay, baru saya tahu, dryer ni ada 3 jenis. Ni sekadar pemahaman sayalah ya. 1. Vented – harganya murah juga. RM800 lebih boleh dapat. Cuma jenis ni kena letak dekat luar. Sebab nak alirkan wap air. Kalau letak dalam rumah, kena sediakan satu saluran untuk tujuan keluarkan air tu.
2. Condenser – harganya boleh tahan. RM1200 ke atas. Jenis ni tak perlu letak luar rumah. Sebab wap akan ditukar menjadi air dan disimpan dalam bekas yang ada dekat mesin ni. Cuma, setiap kali lepas keringkan baju, kita kena buang air tu. Dari segi penggunaan elektrik pula, saya dah semak dekat bill calculator TNB. Akan ada tambahan RM15 hingga RM20 jika kita guna setiap hari. Masih dikira okay lah kan.
3. Heat pump – konsepnya masih sama dengan condencer. Tapi lebih power dan padu. Harganya kayangan sikit. Sepanjang pencarian, semuanya lebih RM2000. Saya tak reti sangat nak ulas tentang heat pump ni. Sebab saya bukan orang elektrik. Tapi, memang padulah. Terutamanya penggunaan elektrik. Lepas saya cek, sekali penggunaan 800 watt. Kalau saya guna setiap hari, akan ada kenaikan bil sebanyak RM5 saja. Kalau dua hari sekali, RM2.50 saja bil dryer ni sebulan. Bapak murah. Patutlah Samsung claim, kos elektrik hanya RM30 setahun (kalau saya salah tolong betulkan)
“Kalau abang beli Heatpump, harganya memang mahal. Tapi elektrik murah. Cuba kira balik condencer dengan heatpum dalam jangka masa setahun mana yang lebih untung? Biar beli mahal sekali tapi jimatnya berpanjangan. Daripada beli murah tapi bil mahal.”
Lamanya 3 jam. Kemon. Penggunaan elektrik murah, kot. Lagipun, siapa yang nak tunggu 3 jam tu? Lepas klik start, buatlah kerja masing-masing. Nak tidur ke, tengok tivi ke. Lepastu, bila teringat, barulah keluarkan baju dari mesin.
Tak kedut ke? Ada sesetengah dryer, dia ada anti wrinkle. Baju keluar dari mesin, takkan kedut. Bukanlah tak kedut langsung. Tapi tak berkedut macam kita pakai dryer dobi layan diri.
Paling best, dia boleh memerangkap habuk. Lepas basuh, kita boleh buang habuk yang terkumpul dalam filter. Baju bukan setakat bersih tapi lebih bersih. Ha gittewww.
Kalau tanya saya, puas hati tak beli? Jawapan saya puas hati gila. Berbaloi tak beli yang Heatpump? Sangat berbaloi. Alah membeli, menang memakai. Senang tak pakainya? Senang sangat. Sampai dah terlupa cara nak sidai baju macam mana.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Ramai orang di luar sana mendambakan kebahagiaan kehidupan rumah tangga. Membayangkan indahnya hubungan suami isteri, mesranya hubungan anak-anak, akrabnya komunikasi ibu bapa dengan zuriatnya, suburnya kasih sayang sekeluarga dan seribu satu macam impian lagi.
Bukannya rumah tangga bak neraka dengan iringan suramnya hubungan suami isteri, berantakannya hubungan anak-anak, komunikasi keluarga umpama ayam dan itik dan pelbagai masalah yang melanda.
Peningkan? Resah? Risau? Blank? Tenggelam punca? Apa ya solusinya? Bagaimana nak perbaiki keadaan ini?
Kalau ada isu dalam keluarga, hubungan suami isteri, ayah anak dan lain-lain lagi….Kadang kala cara kita menegur kena betul. Skil menegur pun boleh pelbagai. Guna whatsApp, facebook, SMS, menegur cara berbisik dengan anak bukan mengherdik, ‘mengeteh’ bersama dan banyak lagilah. Kena kreatiflah.
Kita dalam kalangan ibu bapa kena buat orientasi semula sifat dan sikap. Berubah. Banyak yang tak sesuai dan banyak yang perlu disesuaikan. Kalau dulu mungkin marah anak dengan menjerit kuat, mengugut, merotan dan sebagainya. Tapi sekarang kena banyak diplomasi. Banyak berbincang. Banyak memahami.
Sebetulnya anak kita tidak degil, pasangan kita tidak ego ataupun bongkak, orang sekeliling tidaklah bermasalah. Tapi sebenarnya, kita gagal kenal sifat-sifat personaliti yang Allah SWT anugerahkan setiap daripada manusia dengan keunikan tersendiri. Jadi berurusanlah dengan setiap orang sesuai dengan sifat personaliti mereka.
Seperkara lagi pelbagaikan skil bergaul dengan pasangan dan anak. Jangan satu corak. Rules and Directions. Command and do. Siapa tahan? Manusia ni ada macam-macam jenis. Ada macam paku. Kena ketuk baru jalan. Ada macam bangau, dok menyalahkan orang lain. Ada macam buah-buahan, bermanfaat pada orang lain.
Bahasa akademiknya disebut introvert dan ekstrovert. Macam-macam lagilah. Kena fikirkan. Kena sesuaikan. Mahaguru Psikologi Carl Rogers menyebut bahawa fitrah manusia ini semua baik, berpotensi besar. Allah dah ajar pada orang Islam lebih awal daripada Carl Rogers. Nabi pun dah sebut dalam hadisnya.
Jagalah anak dan keluarga daripada persekitaran yang merosakkan. Kawan dengan penyamun jadi penyamunlah dia. Kawan dengan Pencetus Ummah, dapatlah dia hembusan angin Pencetus Ummah. Ikut kajian 80 peratus daripada personaliti manusia dibentuk oleh persekitaran yang melingkungi manusia. Besar tu.
Kita jadi macam hari ini sebab apa yang dilalui sepanjang liku kehidupan. Tengok di luar sana. Sebab apa porak-peranda. Apa puncanya? Semuanya dari rumah, dari keluarga, daripada ibu bapa. Cepaatttt!!!! Kita perbaiki, sebelum nasi jadi bubur. Dah rosak modalnya lagi besar untuk perbaiki anak.
Dah tau laki panas baran, isteri kuat meminta, belajarlah cara menyesuaikan diri. Tegurlah waktu tengah tenang. Jangan jatuhkan ego dia, leteri, mengungkit dan entah apa-apa entah. Wahai suami santunlah rengekan isteri seupayanya, penuh hemah, rasa mulia dengan cinta dan kasih yang agung.
Kenapa jadi begini ya? Mudah saja. Boleh tak kita terangkan isi kitab suci al-Quran sejelasnya. Jawab dalam hati. Kita hanya kenal kulitnya sahaja, bacaannya dan tajwidnya. Baki yang banyak tersimpan tak mampu kita terangkan.
Begitulah juga gagalnya kita menjelaskan personaliti pasangan, anak-anak dan orang sekeliling. Jadi, nak keluarga bahagia, antaranya kena kenal mendalam personaliti setiap ahli keluarga. Terus belajar dan belajar memahami manusia. Senyum selalu. Jumpa lagi.
Sumber: Mohd Azlan Adnan, Perunding Kanan Jelekit Ilmu Training & Consultancy
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.