Kisah wanita ini tular selepas dimuat naik di media sosial baru-baru ini. dalam perkongsian tersebut, seorang anggota tentera memakaikan mask kepada seorang warga OKU yang berkerusi roda elektronik pergi membeli barangan dapur di pasar raya.

Apa yang membuatkan ramai tersentuh hati bila mengetahui wanita berkenaan yang dikenali sebagai makcik Noraini ini sering kali pergi membeli barang dapur dengan hanya bergerak kerusi elektronik kerana dia hanya hidup sebatang kara bersama kucing-kucingnya di rumah.

Dek kerana kisahnya yang cukup menyentuh hati itu, Ustaz Ebit Lew telah berkunjung ke kediaman mak cik Noraini.

“Walaupun Dia OKU Subhanallah Infaqnya Di Jalan Allah.” Acik’ OKU Rupanya Penderma Tetap Infaq Ramadhan Di Masjid!

 

Menangis tengok video tentera pakaikan mask untuk makcik ini naik kerusi roda elektrik. Pagi-pagi terus cari rumah Kakak Noraini Wong. Tengok ada adik muda yang baik nak pergi rumah makcik ini tapi dia tak nak buka pintu. Bila saya sampai buka mask. Dia menangis. Dia kata ustaz cina penceramah tv. Ebit lew. Saya selalu doa menangis nak jumpa ustaz. Saya tak pandai Islam nak berdakwah macam ustaz.

Terus rasa sebak sangat. Kakak ini meluah segala kisah hidupnya. Menangis semua yang ada disitu. Dia cerita dari kecil sampai sekarang. Sekarang kerja jual kacang-kacang sikit-sikit tepi jalan. Sekarang dah tak jual sebab PKP.

“Walaupun Dia OKU Subhanallah Infaqnya Di Jalan Allah.” Acik’ OKU Rupanya Penderma Tetap Infaq Ramadhan Di Masjid!

IKLAN

 

Dengan kerusi roda elektrik tu dia kesana sini cari rezeki. Allahuakbar. Sikit pun tak mengharapkan sesiapa. Rumah tu dia kumpul duit beli sendiri. Beli sendiri. Terkejut mendengarnya.Menangis mendengarnya.

Dari mula kakak ni menangis. Tanya pasal Islam. Dia betul-betul kenal saya. Dulu berisi sikit katanya. Saya tak pandai mengaji. Kadang Tahajud susah nak bangun berwuduk. Beliau peluk Islam umur 20an.“Walaupun Dia OKU Subhanallah Infaqnya Di Jalan Allah.” Acik’ OKU Rupanya Penderma Tetap Infaq Ramadhan Di Masjid!

Saya beri belanja padanya. Dia tolak pemberian orang awalnya. Tapi bila saya kata hadiah kena ambil. Dia ambil. Banyak kucing dia jaga beri makan.

IKLAN

Katanya doa ini ajaib dapat jumpa ustaz. Berulang dia kata happy dapat jumpa saya. Cita-citanya yang lain yang sangat besar nak jumpa mak dah 14 tahun tak jumpa. Dia asyik menangis rindu mak. Tapi takut. InsyaAllah saya akan bantu. Pohon doa semua. Saya minta beliau doakan saya. 3 doa saya minta dia tolong doakan saya.

Saya dah ambil nombor adiknya di singapura untuk dapatkan nombor maknya. InsyaAllah akan ziarah maknya nanti. Dan bawa akak ini. Doakan yer. -ebitlew

“Saudaraku disebalik ujian ada rahmat”
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia.
CIMB 8603546376

Kisah mak Cik Noraini juga turiut tular di twitter, malah kunjungan Ebit Lew k erumah wanita berkenaan turut dimuat naik di twitter.

IKLAN

“Walaupun Dia OKU Subhanallah Infaqnya Di Jalan Allah.” Acik’ OKU Rupanya Penderma Tetap Infaq Ramadhan Di Masjid!

Apa yang membuatkan ramai terharu apabila mengetahui Mak Cik Noraini setiap tahun tidak pernah gagal untuk menjadi penyumbang tetap infaq ramadhan di Masjid Jamek Al-Aminah Batu Caves.

“Walaupun Dia OKU Subhanallah Infaqnya Di Jalan Allah.” Acik’ OKU Rupanya Penderma Tetap Infaq Ramadhan Di Masjid!

Sumber: Twitter.  Ebit Lew

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI