Bukan mudah untuk menjaga seorang anak, apatah lagi sekiranya memiliki lima cahaya mata. Namun pelakon cantik manis, Datin Seri Zizie Ezette, baru-baru ini memuat naik gambar percutian bersama anak-anak di Genting Highland. Menariknya, percutian ini turut disertai oleh pembantu rumah yang dilihat sedang menjaga kelima-lima anaknya.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi dari warganet. Ada yang memuji tak kurang yang mendakwa isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin sengaja untuk menunjuk- nunjuk.
Mengulas mengenai tohmahan tersebut, Zizie menafikan dia mahu menunjuk-nunjuk apabila berbuat demikian. Sebaliknya, dia sekadar mahu berkongsi kehidupan peribadinya yang sering lakukan sejak dahulu lagi.
“Saya rasa tiada isu di sini kerana pengikut IG atau peminat sudah mengenali atau mengetahui kehidupan saya. Apabila membaca ruangan komen di IG, saya dapati ramai yang memberi sokongan.
“Ada dalam kalangan pengikut berharap mereka meraih rezeki yang sama seperti mana saya dikurniakan.
“Saya tidak ketinggalan mendoakan dan berharap rezeki mereka dimurahkan oleh Allah SWT,” katanya.
Menurutnya, dia sering berkongsi perkembangan hidupnya sekeluarga di IG dengan memuat naik foto miliknya.
“Jika foto disimpan dalam telefon bimbit, ia mungkin hilang apabila peralatan itu rosak. Disebabkan itu saya memuat naik di laman sosial kerana ia kekal di situ,” katanya.
Berkaitan pembantu rumahnya, Zizie tidak mengulas sejak bila mereka diupah dan berapa gaji dibayar.
Katanya, dia menggunakan khidmat lima pembantu rumah untuk mengendalikan lima anaknya termasuk keluarga.
Pelbagai reaksi diberikan oleh pengikut dilaman instagramnya. Ada yang memuji tak kurang yang ingin memiliki majikan seperti Zizie Ezette.
Sumber: IG zizieizette & Harian Metro