Anak mana yang sanggup melihat ibu sendiri menderita kesakitan kan. Namun ketentuanNya tidak siapa boleh menduga. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
Bagi Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar tiada yang lebih menyedihkan bila mana insan kesayangannya itu terlantar sakit.
Lebih memilukan, sebelah tangan ibunya, Rasimah Abd Rahman terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah.Difahamkan tangan ibu Linda terkena gigitan serangga tiga bulan lalu.
Perkongsian tersebut dimuat naik oleh Linda menerusi laman instagramnya.
“Just wanna share with all my followers.. linda memang tak ramai kawan drp kecik berkepit 24jam dgn mak sana sini.. masa zaman elite baru jumpa kawan @azzaelite @sashasaidin @tie_sadaliofficial@abby_abadi112 tp mak tetap pantau n marah if linda balik show or training lambat..
“Kawan2 elite faham sgt2 linda drp dulu akan balik awal pasal takut Mak marah ?..until skrg dah anak 5 pon bila kuar pergi gv rebut2 nak balik rasa mcm mak tunggu je kat umah..ya allah banyak kenangan dgn mak yg x tak dpt linda gambarkan.. mak terlalu sygkan linda ?
“Cuma hari ini..hari yg linda rasa sebak sgt2 pasal tangan mak yg kena gigitan serangga 3bulan lepas di potong sampai bawah siku???? ..mak blum tau yg tangan dia dah xde ..x sampai hati nk bg tau dia..
“Cuma apa yg linda nk mintak jasa baik semua tolong doakan mak linda trus kuat dan Sihat kembali mcm selalu ??.. linda x kuat nak harungi semua dugaan ini tp linda percaya setiap dugaan yg allah beri pasti ada ganjarannyaa ?? .. linda syg mak linda sgt2 ? love u mak,” Tulis Linda dikapsyennya beberapa hari yang lalu.
Sebelum ini, Rahimah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama akibat gigitan serangga dan menjalani pembedahan bagi membuang kuman.
Bagaimanapun minggu lalu, Rahimah mengadu sakit pada bahagian tangan tersebut sebelum doktor memberitahu jangkitan kuman sudah merebak ke dalam darah.
Selain Linda, adiknya Diana Rafar turut menerusi instagram memberitahu walaupun hanya tangan ibunya yang dipotong, namun ia perlu melalui proses seperti mana menguruskan seorang jenazah.
“Walaupun tangan tapi perasaan ini macam kehilangan orang tersayang, kuatkan kami ya Allah.
“Tangan yang dipotong kena lalu proses mandi, kafan, kebumi juga rupanya… Ya Allah gementar SubhanAllah, sedihnya,” katanya.
Berita tersebut mendapat reaksi dari pengikutnya dan ada yang mendoakan serta mengharapkan penyanyi tersebut terus tabah dan kuat.
Malah, ada yang berkongsi pengalaman dan situasi yang sama dialami mereka sebelum ini.
Sumber: Mstar Online IG lindarafar