Walau Suri Rumah, Jadilah Menteri Kewangan Yang Bijak Di Sisi Suami. Begini Caranya!

Share

Mempunyai wang yang banyak atau sikit, itu bukan ukuran sebenar untuk tentukan mantap atau tidak sumber kewangan sesebuah institusi rumah tangga.

Andai tanpa ada pengurusan kewangan yang bijak, wang setinggi gunung pun tidak akan pernah cukup!

Oleh sebab itu, alangkah bagus sekiranya seorang isteri juga mampu bertindak sebagai menteri kewangan disisi suaminya agar pengurusan kewangan keluarga menjadi lebih terurus.

Jadi apa kata ketahui terlebih dahulu apa yang suri rumah perlu tahu tentang kewangan keluarga sebagaimana yang dikongsikan ini. Jom semak.


Apa yang suri rumah perlu tahu tentang kewangan keluarga?

1. Komitmen bulanan keluarga. Berapa bayaran pinjaman bank untuk rumah, kereta, bil air, bil letrik, yuran sekolah taska anak dan lain-lain.

2. Insurans keluarga yang ada samada perubatan, simpanan mahupun hibah.

3. Pendapatan suami tidak kira makan gaji atau dari pendapatan sampingan.

4. Simpanan yang ada seperti tabung kecemasan, duit pergi Umrah/Haji.

5. Hartanah yang ada. Disewakan, atau tanah lot kosong, dah habis bayar ke belum.

Ya, memang banyak dan mungkin benda ni kita tak pernah tahu atau dengar, namun sebaiknya mulalah ambil peduli segera.

Kalau boleh, dalam keluarga pastikan setiap perbelanjaan ada tracking dan bajet yang mana suami isteri berkongsi maklumat. Contoh macam saya dan suami, kami ada google sheet yang boleh dilihat bersama. Jadi semua perbelanjaan keluarga saya tahu.

Dari sekecil beli jajan dan air kotak dikedai untuk minum sehingga modal iklan untuk kerja hartanahnya, walau suami tak cerita, saya tahu. Alhamdulillah, dengan begini mudah saya nak bantu mana yang mampu serta berdoa untuk rezeki suami dan keluarga.

SPA hartanah dan polisi insurans yang ada untuk keluarga kita simpan sama-sama. Apa yang cover, apa tak dicover semua biar dihujung jari kita.

Berapa jumlah simpanan, dah cukup ke 6 bulan tabung kecemasan dan jika belum, kena sama-sama ikhtiarkan.

Kawan-kawan. Semua ini kita isteri lebih lagi seorang ibu bukan ambil tahu supaya untuk kepentingan keluarga masa pembahagian harta dan faraid sahaja, tapi untuk kita sama-sama jaga kewangan keluarga agar stabil sentiasa.

Bila kita ambil peduli, percayalah kita akan jadi selalu berbincang dengan suami pasal kewangan begini. Lepas tu, automatik kita akan jadi bijak berbelanja.

Kan seronok bila kita suami isteri dapat simpan duit untuk anak-anak, berjimat dan sama-sama naikkan ekonomi keluarga.

Ada duit hasil jual kek di kejiranan contohnya, kita simpan sebahagian. Dapat duit nafkah dari suami, kita usaha nak simpan untuk nama kita sendiri selain belanja me time.

Sungguh gais. Biar nama kita suri rumah tapi merangkap menteri kewangan yang bijak disisi suami. Cewah!

sumber : Azlia Ajid