Semua wanita inginkan dapur yang cantik! Maklumlah disitulah tempat kaum wanita menyediakan hidangan buat keluarga. Dapur kemas tentu bertambah mood memasak.
Apabila ruang dapur dalam keadaan selesa dengan susun atur yang kemas, sudah tentu mudah untuk melakukan kerja-kerja memasak. Malah dapur dalam keadaan bersih dan cantik tentu sedap mata memandang.
Apabila memasuki dapur yang susun atur peralatan dan barang memasak mudah dicapai, urusan memasak pun cepat.
Namun, tidak bermakna dapur yang cantik perlu barang yang berjenama, ia tidak benar. Barangan yang murah mampu memberi impak yang superb jika pandai membuat pilihan betul yang mampu memberi impak pandangan yang menyegarkan mata dan hati.
Begitu dengan perkongsian wanita ini, susun atur dapurnya memang kemas dan cantik. Biarpun hanya menggunakan rak secara terbuka tanpa kabinet dapurnya tetap kemas.
Ads
Ikuti perkongsiannya.
Orang cakap kalau dapur cantik mesti jarang masak. Sis pulak kalau dapur buruk lagi sis tak teringin nak masak. Kita decor ce comel ni nak bagi aura rajin masak dan rajin kemas lah. It works for me. Mmg sis jadi rajin masuk ke dapoq dah skang. Rajin kemas. Cuci lepas masak. Sebab sayang barang dah comel kalau tak jaga terus jadi huduhkan. Macam tu lah sis push diri sis nih utk jadi lebih rajin
Ads
Cantik pinky-pinky.
Ads
“Saya nak share hasil kemas rak dapur. Rumah sewa. Hanya mampu guna rak ja semua. Rak ikea hyllis saya cat ke warna putih, dah 4 tahun guna hyllis neh. Lama-lama guna material dia pun jadi tak best dah. Pastu kotor. So sy cat lain supaya boleh la masuk dengan decor barang pink nih.
Rak ni kira daily use. Pinggan mangkuk cawan yang diaplay pun daily use. So bagi saya tak ada lah berhabuk mana. Rak tu ja kot yang berhabuk.
Menarik idea puan Idzyan ni. Boleh jadi inspirasi untuk mengemas rumah hujung minggu ni.
Anak-anak walaupun sudah semakin membesar dan punya adik-adik namun jauh disudut hatinya, dia pasti rindukan belaian dari ibu dan ayah.
Terkadang mak ayah tak perasan akan hal yang semacam ini. Menurut perkongsian Mohd Fhais Salim, mak ayah jangan terlepas beberapa tanda ini. Anak rindukan belaian dari kedua orang tuanya.
7 tanda-tanda anak sedang nak bagitahu yang dia rindu & mahukan perhatian kita
1. Dia kerap panggil kita dan minta kita tengok dia buat apa.
2. Dia ajak kita teman dia bermain.
3. Dia tiba-tiba boleh datang peluk kita.
4. Dia minta kita suap dia makan walaupun dah besar.
5. Dia nak bercerita sesuatu pada kita. Kadang kisah kawan dia, kadang kisah dia masa kecil.
6. Dia kemas mainan sendiri tanpa di suruh lepas tu tanya kita “bangga tak?”
7. Dia bawa sikat datang minta kita sikatkan rambut dia.. setiap anak ada bahasa rindu masing masing.
Jadi mak ayah jangan buat tak kisah bahasa badan yang ditunjukkan anak ini. Kadang mereka tidak pandai meluahkan rasa hati namun perhatikan tanda-tanda ini.
Biar kasih sayang tetap sama biarpun anak sudah besar!
Bergelar ibu bapa, sudah tentu mahu anak yang dilahirkan menjadi seorang yang cemerlang dalam hidup.
Namun lebih mencabar apabila mendidik anak perempuan lantaran sifat mereka yang lemah lembut dan mudah terasa.
Anak perempuan permata keluarga. Melihat anak perempuan sama seperti kita melihat gambaran generasi yang akan datang.
Sebagaimana perkongsian saudara Abu Hurairah Roslan, yang meluahkan rasa bimbang mengenai anak perempuannya yang semakin meningkat remaja.
Cakna pengaruh gajet, dia mengambil iniasitif menetapkan tempoh masa untuk anak-anak bermain gajet.
Namun, siapa sangka dalam berhati-hati mendidik anak perempuan dalam hal hubungan dengan kawan termasuk lelaki, ia tetap berlaku.
Caranya memberi nasihat kepada anak perempuan telah menurun jiwa para netizen yang turut mempunyai anak perempuan.
Selanjut ikuti perkongsian ini.
Beginilah cabaran dalam mendidik anak perempuan yang ibu bapa kena alert.
Saya ada empat orang anak perempuan. Yang sulung sudah berumur 14 tahun.
Ya, sudah remaja.
Semakin mereka dewasa, kadang saya tak lena tidur memikirkan tentang mereka.
Anak sulung saya ada grup whatsapp sekolah. Dalam grup tu ada pelajar lelaki dan juga perempuan.
Pukul 9.00 malam sahaja, memang saya serta isteri akan minta telefon dan tidak boleh digunakan. Hanya 10.00 pagi sehingga 9.00 malam sahaja. Kecuali, jika ada perbincangan tentang hal sekolah, grup sepupu-sepupu dan juga anak-anak If-One.
Satu malam, saya pulang lewat. 2.30 pagi saya sampai dirumah. Saya dengar bunyi whatsapp dari handphone anak tak berhenti. Malam-malam sebelum ni juga sama. Subuh pun bunyi notifikasi.
Saya tergerak nak periksa, saya buka whataapp dan saya amat terkejut.
Whatsapp dari beberapa lelaki. Saya buka satu persatu dan periksa.
“Hai. Tengah buat apa?”
“Woih, boring seh. Jom sembang!”
Dan beberapa whatsapp lagi.
Terus saya block dan ambil semua nombor mereka. Saya whatsapp dulu kepada mereka, kenalkan diri dan bagitahu jangan ganggu anak saya lagi. Pagi nanti baru saya nak telefon mereka.
Kerisauan seorang ayah
Pagi sahaja, terus saya panggil anak sulung duduk didepan saya dan saya usaha cakap secara baik, walau darah ni menyirap naik saja.
“Ifa, ni apa?”
Saya tunjuk satu-satu whatsapp. Saya tahan lagi dada dan tangan ni dari naik. Isteri tiada sebab uruskan taska dari awal pagi. Biasanya saya dirumah dengan anak-anak.
Ifa terdiam. Wajahnya mula pucat.
Saya dah janji pada anak-anak perempuan, saya takkan sentuh tubuh mereka, pukul ke atau cubit. Saya kalau naik darah, memang susah nak kawal.
Saya bagitahu,
“Ifa seronok tak kalau dapat whataspp macam ni? Tengah serabut duduk rumah. Tengah sunyi. Mak ayah takde pula. Tiba-tiba orang laki nak teman. Seronok tak?”
Dia diam sahaja.
Saya buka grup yang Akhi Fairuz Al-Jengkawi buat untuk kami bincangkan masalah sosial dan keadaan anak-anak kita yang hari ini amat menakutkan.
Saya tunjuk pada dia.
“Ifa nampak ni? Kes-kes wanita yang dirosakkan oleh lelaki. Kes kena tipu dengan lelaki. Mengandung anak yang tidak sah. Ifa tahu punca dia?”
Airmatanya mula bergenang.
“Dari whataspp tadilah. Konon nak hilangkan sunyi. Konon nak teman. Konon nak kejut subuh. Konon nak jadi lelaki baiklah. Tapi percayalah ifa. Lelaki itulah syaitan yang akan merosakkan orang perempuan macam ifa!”
Saya sambung lagi.
“Dalam rumah kita ni, ayah seorang sahaja lelaki yang paling baik untuk ifa. Tidak ada yang lebih baik dari ayah. Selagi ifa belum menjadi isteri, ifa anak ayah. Tanggungjawab ayah. Amanah ayah. Dosa pahala ayah. Setiap hari lelaki yang akan berjuang untuk hidup ifa ayah lah! Bukan lelaki yang dalam whatsapp tu!”
Masa ni, saya semakin tinggi suara. Saya istighfar sebab anak sulung semakin takut melihat saya yang begini. Menggelatar tangan dan tubuh menahan sabar.
Rupanya ini sebabnya.
Tiba-tiba anak sulung bersuara.
“Ifa sebenarnya rindu ayah. Ifa tak jumpa ayah pagi sampai malam. Ifa tak tahu nak cakap dengan siapa. Ifa.. ifa..ifa…”
Allahu. Down!
Ya.
Saya akui saya dah amat jarang bercakap dengannya. Kadang lebih banyak marah dari cakap baik-baik. Lebih banyak bagi arahan dari menyatakan perasaan. Lebih banyak bersoal tanpa bertanya dahulu satu persatu.
Perlahan-lahan saya pergi pada dia, dan untuk kesekian kalinya, saya duduk dan peluk dia. Saya cium dahinya.
Ya Tuhan.
Lamanya saya tak jadi “ayah” kepadanya. Saya bisikkan padanya,
“Ifa, ayah minta maaf sebab lama tak dengar dan bercakap dengan ifa. Ayahlah lelaki paling baik untuk ifa. Ayah ni sekejap je dengan ifa. Selepas ni ayah takkan jaga ifa dah. Akan ada lelaki lain yang jaga ifa. Namanya suami, sama macam ayah. Ifa jadilah wanita yang baik macam ibu. Lelaki pertama dan akhir yang ibu kenal dan cinta, ayah lah”
Lama saya peluk dia. Rasanya saya peluk dan cium dia masa dia kecil macam adik-adiknya. Sedangkan, masa dia membesar inilah, dia juga perlu pada kasih sayang seorang ayah.
Kemudian, saya dapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali.
“Assalamualaikum pakcik. Saya kawan sekolah anak pakcik. Saya minta maaf whatsapp anak pakcik begitu”
“Waalaikumsalam. Baik. Saya ni ayah dia. Saya sayang anak saya lebih dari sesiapa pun. Kalau kamu nak jadi lelaki yang baik, janganlah kacau anak pakcik lagi, dan juga anak perempuan orang lain. Faham? Kamu ada kakak? Ada adik perempuan?”
“Ada pakcik”
“Kalau kamu tak suka orang kacau adik beradik perempuan kamu, pakcik pun sama. Hormat mereka, macam kamu hormat adik beradik kamu. Pakcik tak mahu berkasar atau buat benda jahat. Pakcik cakap baik-baik ni ya”
“Baik pakcik. Saya minta maaf sekali lagi”
Kalian,
Jagalah anak-anak perempuan kita. Anak-anak perempuan orang lain juga.
Serta jagalah dan ingatkan anak-anak lelaki kita tentang adab dan sikap mereka terhadap orang perempuan.
Mereka cukup bahaya dan setiap masa diburu oleh kerosakan dunia. Setiap minit dan saat. Setiap turun naik nafas.
Saya juga bukan ayah dan lelaki yang baik pada anak-anak perempuan saya, namun saya dan isteri InsyaAllah akan berusaha menjaga mereka sekuat hati dan jiwa.
Akhir zaman, moga anak-anak perempuan kita tidak menjadi fitnah buat kita.
Bantulah kami wahai Tuhan, dalam menjadi ibu bapa yang lebih baik buat anak-anak kami.
Dan,
Untuk itu saya nak ajak kalian dan anak-anak sekali dalam seminar yang baik ini.
Ilmu ni, kadang ada yang kita tidak tahu.
Namun, ada orang yang di rezeki untuk berkongsi dengan cukup jelas dan terang. Daftar terus seminar ini.
Percayalah, inilah yang amat anak-anak kita perlu. Baik lelaki atau perempuan.
Usah pandang ringan jika anak anda tersedak setiap kali minum susu atau menjamah makanan kegemarannya. Jangan kata bayi, kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas juga berisiko mengalami masalah ini.
Banyak kematian melibatkan bayi tersedak susu dicatatkan di negara kita. Hal ini membuktikan masalah anak tersedak dan tercekik makanan adalah masalah yang tidak boleh dipandang ringan.
Apa yang perlu anda lakukan jika anak kecil anda tercekik dan tersedak serius yang serius?
#Langkah 1 – Halakan Kepala Ke Bawah
Bagi bayi di bawah umur 1 tahun, sebaiknya anda menepuk di belakang badan menggunakan tapak tangan sehingga lima kali sehingga bayi anda mengeluarkan sendawa.
Dengan menggunakan lengan dan paha anda, posisikan kepala dan muka bayi menghala ke bawah dan tepuklah sebanyak lima kali.
#Langkah 2 – Elak Keluarkan Objek
Jika anak-anda tersedak atau tercekik, tetapi masih boleh bernafas dan bercakap, ini bermakna laluan pernafasan masih ada. Ketika ini jangan cuba mengeluarkan objek atau makanan yang tersekat kerana ia mungkin akan menolaknya lebih dalam lagi.
Apa yang perlu anda lakukan adalah mencuba untuk anak kecil anda batuk dengan sendirinya sehingga dia benar-benar pulih. Biarkan dia bernafas seperti biasa.
#Langkah 3 – Menekan Perut
Jika kanak-kanak itu masih dalam keadaan sedar tetapi tidak boleh bernafas atau bercakap atau mukanya sudah mula menjadi biru, apa yang perlu anda lakukan adalah menggunakan teknik menekan perut. Namun anda harus melakukan teknik yang tepat.
Sebagai ibu, tidak salah jika anda mempelajari teknik ini supaya mampu menyelamatkan anak kecil anda.
#Langkah 4 -Minta Bantuan Kecemasan
Namun jika anak anda sudah tidak boleh bernafas, ada baiknya anda segera meminta bantuan kecemasan.
Pastikan anda menyimpan nombor kecemasan seperti nombor hospital terdekat atau ahli keluarga dan jiran yang dirasakan mampu membantu anda. Sementara menunggu bantuan kecemasan tiba, kaedah paling tepat adalah melakukan kaedah CPR kepada anak kecil anda.
Kanak-kanak?
Bagi kanak-kanak pula, apa yang anda boleh lakukan adalah dengan memeluk anak dari belakang dan letakkan tangan di bawah dadanya atau di atas perut.
Kemudian tarik atau ‘sentak’ sedikit kuat supaya makanan yang tersangkut terkeluar dengan sendirinya. Lakukan beberapa kali supaya keadaan anak kembali pulih. Buat dengan yakin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di