Disebalik senyuman dan tawa penyanyi ini, hanya dia yang tahu betapa luluh hati apabila dimaklumkan menghidap kanser limfoma tahap dua sekitar tahun 2012. Erneelya Elyana binti Emrizal atau lebih dikenali sebagai Elyana mula menceburi dalam bidang hiburan ketika berusia 14 tahun lagi.
7 tahun menyembunyikan perkara itu, Elyana kemudiannya berkongsi mengenai penyakitnya dengan peminat di luar sana. Elyana disahkan menghidap kanser itu selepas melahirkan anaknya, Cinta Sumayyah.
Kegigihan penyanyi anak satu ini melawan penyakitnya cukup dikagumi ramai. Malah, dia dan suami, Khairul Anuar Hussin tidak berputus ada mencari penawar menyembuhkan barah limfoma tahap empat yang dihidapi tersebut.
Berpeluang mendekati keluarga kecil tetapi cukup bahagia ini, penulis seakan-akan tidak percaya penyanyi Lagu Kalis Rindu tersebut menghidap penyakit kronik. Dari luaran dia nanpak sihat dan bertenaga serta ceria sepanjang sesi temu bual.
“Macam mana saya nampak kekal sihat? Saya pun terkejut juga kerana hanya saya yang tahu kondisi kesihatan. Di rumah saya tidak seaktif seperti orang sihat lain. Tetapi maklum balas dari orang ramai yang mengatakan mereka nampak saya lebih sihat dan cantik dari orang sihat.
“Jadi saya rasa itu salah satu semangat untuk saya menjadi sihat. Tiada tip tertentu cuma saya banyak minum air dna mengambil ubat. Saya minum air banyak kerana ubat yang saya makan panas. Jadi fizikal saya nampak ‘fresh’ terutama dari segi pengambilan makanan tambahan. Dalam masa yang sama, saya mengurangkan mengambil makanan yang boleh menjejaskan kesihatan saya. Nak kata tak ambil terus itu tidaklah cuma saya kurangkan pengambilannya,”cerita Elyana lagi.
Tangguh rawatan
Mengakui rezeki untuk tahun 2019 sangat murah, dia yang bakal mengeluarkan album baru, turut dilantik sebagai duta untuk dua jenama produk.
“Alhamdulillah ini adalah rezeki baru saya, walaupun sibuk dengan kerjaya, rumah tangga terutama hal anak saya Sumayyah yang kini berusia 8 tahun adalah menjadi keutamaan. Tahap kesihatan masih sama seperti dulu, dalam masa yang sama doktor ada cadangkan untuk mengadakan kimoterapi tetapi saya tangguhkan buat seketika memandangkan ada hal yang tak dapat dielakkan.
“Setakat ini anak saya sangat positif dalam menerima hal ini. Cuma kalau dia nampak kesan radioterapi atau benjolan yang timbul di badan saya. Dia mulai risau dan mula bertanyakan sama ada kanser saya kembali besar. Memang anak saya sangat matang orangnya untuk anak yang usianya baru 8 tahun
Ads
“Tetapi saya ambil dari sudut positif kerana dalam usia sekecil ini Sumayyah sudah tahu macam-macam benda berkaitan kanser seperti rawatan, ubatan dan sebagainya dibandingkan dengan kanak-kanak lain seusianya,”ujar Elyana yang mengakui anak dan suami adalah sumber kekuatan untuknya melawan penyakit tersebut.
Suka memasak
Biar sibuk dengan aktiviti seni dan rumah tangga, Elyana juga suka berkongsi dalam penghasilan resipi. Sementelah suaminya memiliki kedai makan.
“Selain bidang seni, saya juga aktif berniaga. Memang dari kecil dahulu lagi saya sudah mula menjual stiker dan sebagainya. Waktu mengandung saya perlahankan aktiviti seni, kemudian saya jual coklat dan kek. Kini saya jual parfum manakala suami pula membuka kedai makan.
“Secara tak langsung saya turut terlibat. Ramai yang suka dengan masakan saya padahal ia hanya resipi ringkas di rumah. Mungkin selepas ini saya akan keluarkan sedikit masakan yang menjadi kegemaran ramai untuk di jual.
“Tetapi itu hanyalah sekadar perancangan. Pada saya kerjaya dalam bidang seni tidak akan bertahan lama jadi kena ada ‘back up. Kerana itu saya dan suami memilih untuk membuka bisnes,” jelas Elyana lagi.
Rapat dengan anak
Ads
Melihatkan kemesraan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh anaknya Sumayyah, benarlah apa yang Elyana katakan. Anak perempuannya itu cukup menyayangi dan mengasihinya.
“Kalau dengan anak memang kami berdua (suami) sangat rapat. Cuma saya lebih rapat dengan sumayyah memandangkan dia anak perempuan. Ditambah lagi kini usianya semakin meningkat. Banyak perkara dan benda yang menjadi kesukaannya termasuk penyanyi, lagu dan juga fesyen. Jadi emaklah yang paling memahami anaknya.
“Saya memang rapat dari segi hati ke hati dengan anak. Manakala suami pula lebih kepada menguruskan dia ke sekolah dan hal pendidikan. Kami suami isteri ada mainkan peranan sendiri dalam membesarkan dan mendidik anak kami,” ungkap anak kelahiran Selangor ini.
Masa berkualiti di rumah
Lebih gemar menghabiskan masa bersama keluarga di rumah, Elyana akui masa yang berkualiti adalah ketika berada di rumah.
“Aktiviti yang kami selalu buat adalah dengan lepak di rumah. Di rumah kami dapat berehat dan bergurau bersama. Sebagai selebriti ada kalanya ditegur peminat untuk bergambar dan sebagainya. Jadi masa terbahagi dua. Tetapi di rumah fokus saya hanya pada keluarga semata-mata. Selalunya aktiviti kami lebih menjurus pada hal anak. Sebagai contoh jika anak ada aktiviti luar seperti futsal dan sebagainya. Secara tak langsung ia menjadi aktiviti bersama keluarga.
Ads
Anak kena buli
Ditanya tentang penerimaan orang luar terhadap anak selebriti, akui Elyana bab dibuli dan dipulaukan memang ada. Namun dia dan suami mengambil positif akan hal tersebut.
“Lumrah bergelar anak selebriti, soal buli dan dipulaukan memang ada. Ibu mana yang tidak sedih apabila anak berhadapan dengan situasi tersebut. Tetapi saya ambil sudut positif. Orang luar tak tahu atau mungkin tak perasan bidang seni juga adalah pekerjaan seperti mana kerjaya lain juga. Kerana itu saya selalu saya nasihatkan anak supaya tidak perlu ambil pusing akan masalah tersebut.
“Saya selalu pesan, kita ke sekolah sebab nak belajar, kalau ada orang tak nak kawan biarkan. Insyaallah jika kita baik Allah akan hadirkan seseorang yang baik untuk berkawan. Lagipun ia berkaitan anak-anak dan sebagai ibu bapa yang tidak berada di situ hanya menasihati benda-benda positif sahaja. Bab berkaitan buli ini bukan benda kecil kerana ia sangat serius dan diingat sampai bila-bila. Justeru, ibu bapa kena menangani masalah ini dengan serius,” tegas Elyana lagi.
Sumber: Majalah Keluarga Edisi Mac-Apr 2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mendapat anak-anak yang cemerlang adalah impian bagi setiap ibu-bapa. Untuk mengenal pasti mereka ini adalah menerusi perangai mereka kerana golongan genius ini sering menunjukkan sikap pelik dan ganjil berbanding yang lain.
Malah kadang kala mereka juga disisihkan sejak kecil kerana berkelakuan ‘kera sumbang’ dan gemar bersendirian disebabkan mereka gemar melakukan apa yang mereka fikirkan sahaja.
Bagi yang mempunyai anak, jom semak apakah ciri-ciri yqng dimiliki oleh seseorang yang genius. Mungkin di kalangan ahli keluarga anda atau anda sendiri merupakan seorang yang genius.
1. Pemikir Yang Sangat Mendalam
Apa jua aspek pasti difikirkannya sehingga ke akar umbi.
Fikiran mereka sentiasa bergerak dan berputar, malahan mereka juga cenderung untuk memikirkan masalah dengan lebih produktif.
Pada masa sama, mereka juga akan memikirkan perspektif yang berbeza dan kemungkinan hal negatif yang boleh berlaku.
Dengan setiap perspektif, mereka akan memahami masalah dengan lebih baik dan mencari bukan sahaja penyelesaian tetapi juga berinovasi melaluinya.
2. Tidak Jemu Dengan Ilmu Pengetahuan
Mereka sentiasa mendambakan pengetahuan dan akan berusaha keras untuk mencuba mahupun menerokai kemungkinan dalam semua perkara yang mereka fikirkan.
Hampir tidak ada hari di mana mereka tidur tanpa mempelajari sesuatu yang baru atau mendalami sesuatu yang mereka fikirkan.
3. Mengaku Tidak Tahu
Semakin kurang bijak anda semakin anda melebihkan keupayaan mental.
Jika ada, lebih ramai orang yang bijak meremehkan perkara dengan harapan mereka dapat mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang mereka tidak tahu.
Golongan seperti ini merasakan mereka lebih produktif untuk mengakui hakikat bahawa mereka tidak tahu sesuatu dan berusaha untuk mengetahuinya.
4. Mereka Menikmati Dan Tidak Sabar Untuk Meluangkan Masa Dengan Diri Sendiri
Anda akan mendapati bahawa orang yang bijak suka ‘melaburkan’ masa dalam fikiran mereka sendiri.
Mereka juga cenderung lebih individualistik daripada orang lain, bukan sahaja menghabiskan terlalu banyak masa dengan orang ramai mengurangkan kepuasan mereka tetapi ia juga memberi mereka lebih sedikit masa untuk introspeksi pada pemikiran sendiri.
Kebanyakan mereka lebih gemar tidak berhubung dengan masyarakat dalam beberapa perkara yang mereka kurang minat dan hanya bercakap apabila rasa perlu.
Dalam erti kata itu, mereka ‘tidak benar-benar sesuai’ dengan hidup bermasyarakat.
5. Tidak Kemas Atau Tidak Teratur
Jika anda sering dituduh meninggalkan meja atau bilik yang tidak kemas, kemungkinan besar anda seorang yang genius!
Berdasarkan satu kajian yang dijalankan, Universiti Minnesota menyimpulkan bahawa jika seseorang itu tidak menghabiskan banyak masa untuk membersih dan mengatur barangannya, ia bermakna fikirannya sibuk dengan hal yang lebih penting.
Para penyelidik mendakwa bahawa ia membawa kepada output kreatif yang lebih baik.
6. Kurang Tidur
Jika anda lebih suka berjaga lewat, kemungkinan besar anda tergolong dalam kalangan orang yang lebih pintar daripada segi intelek.
Penyelidikan seperti ini dalam Psychology Today mendedahkan bahawa burung hantu malam dikaitkan dengan tahap IQ yang lebih tinggi berbanding dengan burung hantu pagi.
Fikiran mereka jarang tenang dan sering sukar berehat kerana terlalu memikirkan sesuatu hal.
Orang seperti J.R.R. Tolkien, Pharrell Williams, Mark Zuckerberg, Charles Darwin dan Presiden Obama adalah ‘makhluk malam’.
7. Gemar Untuk Berlengah-lengah
Orang pintar akan menangguhkan tugasan remeh semata-mata mahu melakukan kerja berkaitan perihal diri sendiri.
Dalam erti kata lain, mereka gemar untuk berlengah-lengah kerana merasakan masa itu sebagai sesuatu yang sangat berharga dan diperlukan untuk mengendalikan tugasan yang lebih kreatif.
Sering kali kebanyakan kerja asal mereka datang melalui banyak masa yang dihabiskan untuk berfikir, merenung dan memikirkan apa sahaja yang mereka fikirkan.
Dapat menyediakan roti sendiri untuk dimakan bersama anak beranak tentunya terasa puas hati bila roti yang dibakar terasa lembut dan gebu seperti yang ada dijual di kedai bakery.
Apatah lagi dapat pula resipi roti yang tengah viral ketika ini iaitu Bun Cheese Sarang Lebah daripada sesorang yang cukup mahir membuatnya. Tentunya kita rasa teruja untuk mencuba resipi yang dikongsikan itu, bukan?
Ini sebagaimana perkongsian resipi daripada Azlina Ina Fans yang tidak lokek berkongsi resipi istimewa yang telah dibuat beberapa penyelidikan untuk pastikan roti yang dimasak kekal lembut dan kerangupan kekacang dan keju dibahagian atas roti pula kekal rangup.
Nak tahu detail, ikuti perkongsian ini dan selamat mencuba.
Ujarnya, “Roti yang tengah viral di bakery mak, buat habis buat banyak mana pun habis. Kami dah rnd resepi bun ni untuk rasa yang tidak keras bila sejuk dan sesuai dengan cruncys cheese dan kekacang di atas die.”
Malah turut mencadangkan amat sesuai untuk yang ingin berniaga untuk menjual roti ini.
“Kalau korang nak buat tuk berniaga sesuai sangat mak rasa sbb? Sebab bun ni jimat kos. Mak ajar sekali buat sos homemade die yang sedap tu eh. Tu secret resepi mak sebenar nye. Tak apa la dengan korang tak yah secret2 la hahaha,” ujarnya.
Cara Buat :
1.Masak gula dan air atas api sampai perang
2.Masukkan uht cream dalam gula perang perlahan2. Masak hingga pekat. Masukkan butter dan white chocolate. Kacau sebati.
Done bebeh. Memang sangat-sangat sedap sos ni cukup manis lemak dia semua
Penantian 7 tahun untuk menimang cahaya mata sendiri akhirnya dimakbulkan Tuhan. Penyanyi dan juga pelakon, Danny X-Faktor kini bergelar ayah selepas isterinya, Zaidatul Norfazlin Zakaria atau Lyn selamat melahirkan anak sulung mereka.
Dalam satu perkongsian di laman instagram, isteri Danny selamat melahirkan anak lelaki sulung pagi semalam.
“Inilah anugerah yang paling dinanti-nantikan oleh saya dan isteri selepas tujuh tahun berkahwin. Setiap pasangan yang sudah berkahwin sudah pasti menantikan saat dikurniakan rezeki zuriat. Begitu juga dengan saya dan isteri,”ujar Danny lagi.
Danny atau nama sebenarnya Mohd Khardanie Anwa, 38, berkata dia berasa bersyukur atas kurniaan Allah kali kedua selepas isterinya pernah mengalami keguguran sebelum ini.
“Alhamdulillah, saya bersyukur pada Allah. Saya anggap seperti anugerah Allah yang sudah lama dinanti-nantikan. Sebenarnya, isteri saya pernah hamil namun mengalami keguguran ketika usia kandungan memasuki tiga minggu,” katanya.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...