
Ruang dapur walaupun tempat memasak mesti berkeadaan bersih bagi memastikan hidangan makanan di masak dengan sempurna.
Begitulah yang seharusnya diamalkan oleh mak-mak setelah selesai memasak hidangan keluarga.
Menerusi perkongsian ini boleh dijadikan inspirasi agar dapur sentiasa bersih walaupun hari-hari masak.
Ikuti tip wanita ini.
Dulu masa zaman anak dara Mak pesan,
” Lepas masak terus kemas dapur. Jangan tinggalkan lama tak berkemas. Nanti jadi tabiat..”
Memang pun. Bila kita tengok habit mak, kita pun akan terikut.
Cara saya settle hal di dapur selepas memasak:-
1) Sambil masak basuhlah apa yang patut dulu. Tak susah pun sebenarnya kalau dah biasa. Kena ligat.
2) Kalau rasa penat sangat saya takkan paksa diri. Saya akan ke ruang tamu, rest dalam 10-15 minit kemudian sambung mengemas.
3) Cuci segala alatan memasak, lap dapur, lap table top, sapu dan mop.
Dapur adalah ruang untuk kita sediakan menu untuk keluarga. Dapur yang bersih sedikit sebanyak akan mempengaruhi kesihatan setiap ahli keluarga. Kalau ke kedai makan bila tengok dapur kotor, rasa- rasanya nak tak kita makan di situ? Tentu tak sanggup kan. So sama jugalah di rumah. Kena ambil berat juga bab ni.
Siap dah masak menu hari ni, Tomyam, Ikan siakap stim, Ayam goreng.
Sumber: Nurlia Mohd Nor
Nak kemas ruang dapur lihat di SINI
Nak cantikkan dinding dapur lihat di SINI
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Terkini: Ramai Keliru Tak Perlu Tampal Stiker “Road Tax” Menteri Pengangkutan Jawab 5 Soalan Popular!

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke selepas beliau pengumuman bahawa pelekat “road tax” tidak lagi diwajibkan untuk dipaparkan di cermin kenderaan ramai yang memberi beberapa persoalan kepadanya.
”Saya tahu ramai yang ada pelbagai persoalan. Saya akan memberikan pencerahan kepada soalan-soalan yang sering ditanya,” katanya menerusi FB rasminya.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
5 SOALAN POPULAR YANG DITANYA.
1) Adakah wajib untuk download apps “MyJPJ”?
Tidak. Ia adalah salah satu opsyen sahaja untuk mendapat salinan digital untuk road tax dan lesen memandu.
2) Kalau tak dapat download apps MyJPJ sekarang dan tak dapat tunjuk digital road tax, adakah saya akan disaman?
Tidak. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status road tax dan lesen melalui sistem dalam gadget penguatkuasaan.
3) Adakah road tax dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas tempoh sah tamat?
Ya. Perlu dibayar. Hanya sticker tak perlu ditampal.
4) Kalau warga emas yang tak ada smart phone dan kawasan yang tak ada internet, macam mana?
Jangan bimbang, digital format bukan diwajibkan. Masih boleh dapatkan sticker road tax dan lesen fizikal dari JPJ sekiranya perlu.
5) Kalau kereta bukan dipandu oleh pemilik, macam mana tunjukkan digital road tax?
Senang sahaja, digital road tax boleh dicetak dalam kertas dan simpan dalam kereta. Namun, kalau tak dapat tunjuk bukti pun, bukan satu kesalahan…pihak penguatkuasa akan check butiran dalam gadget mereka.
6) Mengapa saya tak dapat login MyJPJ sejak pagi tadi?
Seperti mana-mana sistem yang baru, sudah tentu ramai orang ingin mendaftar pada masa yang sama. Trafik yang sangat tinggi.
Saya tahu ada banyak lagi persoalan oleh orang ramai. Kita akan cuba memberi penerangan yang sejelas-jelasnya.
Saya sedar dalam apa sahaja proses perubahan, ia akan mengambil masa untuk disesuaikan. Ada pihak yang tidak akan setuju dengan perubahan tersebut.
Saya menghormati semua pandangan dan cuba menguruskan perubahan sebaik mungkin
Saya bersama pasukan saya di MOT dan JPJ akan cuba memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul dalam proses perubahan ini.
Sama-sama kita menuju ke arah yang lebih baik.
Terima kasih!
Sumber: FB Menteri Pengangkutan Anthony Loke
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Asyik Tak Cukup Duit Nak Beri Pada Isteri, Coretan Lelaki Ini Boleh Jadi Iktibar Untuk Dapat Rezeki Yang Berkat.

Jangan buat main hal duit belanja isteri, nanti boleh jejas keberkatan rezeki. Nampak biasa aje jika tak bagi tapi ia akan buat duit suami sentiasa sentiasa tak cukup.
Sebagaimana perkongsian ini, akan menjadi iktibar buat kita semua.
Dulu saya sentiasa rasa tak cukup untuk beri duit belanja kepada isteri. Banyak benda perlu selesaikan dulu. Hutang kena bayar, bil kena bayar, barang dapur dan barang rumah kena beli. Akhirnya baki cukup-cukup sahaja. Tiada pun bahagian isteri.
Tapi lama kelamaan saya sedar. Dia jadi tak cukup sebab saya letak keutamaan memberi duit belanja kepada isteri itu di tempat yang terakhir.
UTAMAKAN ISTERI
Jadi, saya mula ubah. Saya bagi bahagian isteri dahulu. Yang lain saya buat selepas itu. Cukup pulak. Magik sungguh.
Sebenarnya bukan magik pun. Tapi keberkatan rezeki yang kita dapat tu. Sebab saya sentiasa percaya, apa juga rezeki yang saya dapat ini ada bahagian isteri saya. Sebab, tanpa dia di sisi membantu, menyokong, menggembirakan dan mempermudahkan urusan saya, saya takkan dapat rezeki yang saya dapat sekarang.
Isteri yang tidak mempunyai pendapatan sendiri, pendapatan dia patut datang dari suami. Bayangkanlah, pembantu rumah pun kita kena bayar, inikan pula isteri sendiri.
Cuba fikir satu benda ni sahaja. Isteri yang tiada pekerjaan, tiada bisnes, menjadi suri rumah sepenuh masa, menjaga rumah, menjaga anak, menjaga makan pakai semua ahli keluarga tapi tidak ada langsung pendapatan. Dapat tak rasa sesaknya kehidupan seperti itu?
Kalau masa di luar, nak beli apa suami bagi. Bagus macam tu. Tapi duit di tangan langsung tiada. Tak banyak, sikit pun jadilah. Isteri perlu ada kuasa membeli sendiri apa yang dia inginkan. Bukannya setiap masa perlu melalui suami.
Kalau jadi apa-apa pada suami bagimana? Jika sudah buat hibah atau rumah dan kereta dah habis bayar, lainlah ceritanya. Kalau tak cakna langsung bab tu? Terkontang-kantinglah si isteri nanti.
Pasanglah niat dari sekarang untuk beri duit bulanan secara konsisten kepada isteri. Kalau masih rasa berat, mulalah dengan RM50 dahulu. Lama-kelamaan amaun tu akan naik dengan sendirinya. In Shaa Allah.
Yang penting, tukarkan tangga keutamaan untuk memberi duit belanja kepada isteri dari kedudukan yang bawah kepada yang teratas.
Saya bukan nak menghasut, saya nak mendetikkan sesuatu je. Mungkin selama ni tak terfikir benda macam ni. Harap janganlah salah faham. Ini untuk kebaikan.
Kalau berat hati nak bagi tunai, bagilah dalam bentuk Hibah. Hubungi saya untuk realisasikan Hibah buat yang tersayang. Sebulan lima puluh ringgit je pun ada.
Sumber: Akhtar Syamir
Jangan Ada Rahsia Dalam Rumahtangga, Pasti Itu Membahagiakan Pasangan.

Siapa yang tak nak bahagia. Bagi yang mendirikan rumahtangga sudah tentu inginkan kehidupan bersama pasangan sehingga akhir hayat.
Jadi pelbagai cara untuk bahagia. Bukan sahaja setia, bertanggungjawab dan saling melengkapi tetapi saling berkomunikasi.
Bayangkan jika jarang bersembang dengan pasangan, tentu nampak ada jurang. Nak kongsi rahsia pun dengan pasangan rasa tak selesa.
Sebagaimana perkongsian doktor ini, Ahmad Samhan dalam coretannya, berpesan bahawa suami isteri harus duduk bersantai untuk bersembang agar rumahtangga kekal harmoni.
Ikuti perkongsiannya.
Dalam kesibukan menguruskan keluarga dan anak-anak, kadang kita terlupa untuk menjadi suami isteri. Lupa untuk bersembang. Lupa untuk ada masa berdua. Hanya berdua. Lupa untuk mengimbau kenangan manis bersama.
Setiap hari kita melalui rutin yang sama. Pergi dan balik kerja kemudian luangkan masa bersama anak-anak. Esok ulang perkara yang sama. Kita tiada masa untuk bersembang dari hati ke hati. Antara kita dan dia yang dicintai. Apa lah agaknya yang kita harapkan dari pasangan? Bagaimana kita boleh bantu? Adakah dia selesa dengan kita? Apa lagi yang perlu dibaiki dalam hubungan ni? Bahtera perkahwinan yang dibina pasti dilambung ombak. Jika tidak kukuh dan bersedia dengan rempuhan pasti karam sebelum tiba di destinasi. Hala tuju sesebuah perkahwinan itu perlu jelas. Suami perlu jelas. Isteri pun perlu jelas. Jika salah seorang tidak maka sangat sukar untuk kita mencapai matlamat.
Suami adalah ketua nakhoda. Kalian adalah pemimpin. Tanpa sokongan dari seorang isteri mustahil untuk kalian pandu bahtera ini.
CARA MASA UNTUK BERSEMBANG
Cari masa berdua dan berbicaralah dengan si jantung hati. Pegang tangannya dan pandanglah kedalam matanya,
“Apa lagi yang abang perlu baiki sebagai suami dan ayah?”
“Adakah sayang faham kenapa abang begitu dan begini?”
“Abang banyak kekurangan tapi kenapa sayang tak pernah tegur?”
“Apa kita sama-sama mahukan dalam perkahwinan ini?”
“Apa lagi ibadah kita yang perlu kita baiki untuk lebih dekat pada Allah?”
“Apa harapan kita pada anak-anak?”
“Kalau abang pergi dulu, ini perancangan abang untuk sayang dan anak-anak.”
PENTINGNYA KEJUJURAN DALAM RUMAHTANGGA
Semuanya perlu dibincangkan dengan teliti. Bila semua jelas, masing-masing akan faham peranan sendiri. Cinta lebih erat dan sayang pula makin menggebu.
Manis bila sekali sekala kita boleh membuka ruang bicara dan dapat mengungkapkan keinginan hati juga perasaan tanpa ada ketakutan.
Masing-masing bebas menyampaikan kisah diri, keinginan curahan hati, harapan dan nasihat kepada pasangan tanpa ada rasa takut atau khuatir.
Kadang kita takut nak menyampaikan hakikat atau keinginan kerana takut respon dia akan mengecewakan.
Mungkin akan dianggap remeh, berlebihan atau melukakan lalu akhirnya mengecewakan.
Memilih untuk diam menyebabkan kita dan pasangan tak dapat berkomunikasi. Bila semua didiam dan dibiarkan akhirnya nanti pada satu waktu akan meledak menjadi tegangnya rumahtangga.
Kejujuran dan ketelusan dalam hubungan itu penting supaya tiada prasangka. Masing-masing letakkan kepercayaan namun jangan sesekali hancurkan.
Jangan malas untuk berbicara kerana InsyaAllah ianya akan membuahkan sebuah hasil yang sesuai dengan harapan.
Tolong kongsikan pada pasangan masing-masing betapa pentingnya cari masa berdua untuk berbicara dari hati ke hati. Hanya kau dan dia. Berdua.
Berbicaralah!
Kredit: Dr.Ahmad Samhan